PKP 22 : Ketam

Thursday 9 April 2020

Hai readers, Assalamualaikum.. Morning..
Cerita semalam..
Siapa dekat sini favourite dengan ketam angkat jari taip komen cepat. Hehehe

Cik mimi kan, kalau diberi pilihan untuk pilih antara ketam dengan udang, cik mimi akan pilih ketam. Udang ni kalau takde pun takpe. Okay je. Small matter gitu. Tapi ketam ni, boleh bawak mengidam. 😋😋

PKP 22 : Ketam


Dah lama cari ketam. Dari bulan 2 macam tu teringinnya. Tak jumpa-jumpa. Kalau ketam nipah, cik mimi kurang minat. Suka cari ketam biru ni. Tak tau pasal apa. Ketam nipah tu dah la gelap. Nak pegang pun rasa seram. 😅😅😅
Walhal orang kata tu yang sedap. Sebab isi banyak. 

Hari ahad haritu ada orang jual barang basah promote ketam. Sekilo Rm23. Tak sempat orang tu sampai ke depan gate Kem ni, dah ada yang booked. Hampaaaaa nya masa tu.. 😭😭😭
Dalam kecewa, bersabar je la..

Esoknya hari isnin ada lagi. Harga jadi mahal pulak.. Rm30 sekilo. Terkejut tengok harga naik mendadak. Rupanya adik yang jual barang basah tu dapat ketam dari supplier lain. So harga agak mahal la kan. Cik mimi hold dulu.

Sekali tengok hari selasa, adik yang jual barang basah tu tak dapat ketam. Ada. Tapi dari supplier lain, harga pun agak mahal. So tak berbaloi untuk dia ambil stok tu. 

Dah hari rabu semalam tengok ada ketam. Rm28 sekilo. Cik mimi tawakal aje. Booking terus nak 6 ekor. Janji dapat! Lama nau mencari kan. Kesnya jemu makan ayam ikan la ni. Sebab tu nak juga ketam. Takpe, tak perlu la nak tunggu harga turun lagi. Karang esok lusa dah takde stok, menung laaaa kan.. 


Dapat sekor size besar tapak tangan. Cengkerang je pun yang besar. Hihihi

Dan semalam dapat la ketam 6 ekor ni. Allah.. Nikmatnyaa.. Dapat makan ketam fresh! Harga tuk semalam 6 ekor Rm42.
Cik mimi belasah je beli. Sebab anak anak pun suka. Biarlah mahal sikit pun. Sebab bukan hari hari atau sebulan sekali beli. Kadang tu setahun mau sekali atau 2 kali je makannya. 

Sekarang ni dah musim agaknya kan. Nampak macam dah mula ada jual ketam sana sini. Dan semalam sambil siang ketam tu tengok ada telur dia. Agaknya musim mengawan dia juga la kut ye. Hehehehe..


Apa apa pun, semalam juga dah selamat digulaikan. Nikmatnya la haaaai.. Selain digulaikan macam ni, masak apa lagi yang sedap ehhh ketam ni.  Share sikit apa yang mommy selalu masak. Maybe boleh tukar idea menu. 💕💕

7 comments

  1. Sis ada tu ketam belum masak lagi, sebab menu dah siap susun hahahaha/..
    Baca post ni baru tau, kita 22 hari PKP ek...

    ReplyDelete
  2. Wak kalau beli ketam, pilih yang betina, pilih yang berat2
    Banyak telur kat dalamnya.

    ReplyDelete
  3. Sedap sangat.. Kan.. Bukan makan selalau.. Bila teringin mesti kene beli

    ReplyDelete
  4. Rumah akak jaranggggg sangat masak ketam Mimi. Beli bila suami teringin nak makan. Sebab kitorang anak bedanak failed bab nak makan isi ketam kat kaki. Kaki ketam semua bagi kat suami sebab dia bab ni terror

    ReplyDelete
  5. Omg... now you make me crave for crab. I memang suka makan ketam and dah lama tak makan dah.

    ReplyDelete
  6. Lama betul tak makan ketam..sejak pkp ni mmg tak beli langsung. Hummm teringinlah pulak

    ReplyDelete