Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Terbaru!

Saturday 7 March 2020


Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Terbaru | Hai semua..
Siapa dah tahu yang Safi Shayla dah keluarkan produk penjagaan rambut yang baru? 

Bagi yang belum tahu, cik mimi nak war-warkan dekat sini bahawasanya Safi Shayla telah mengeluarkan lagi produk baru untuk kaum hawa. 

Cik mimi telah memilih Safi Shayla Botanical Silk kerana cik mimi sememangnya pengguna setia untuk penjagaan rambut bersama safi shayla. Bukan produk untuk rambut sahaja sebenarnya. Tapi penjagaan muka dan badan pun cik mimi menggunakan safi juga. 

Tapi hari ini, fokus cik mimi adalah dari segi penjagaan rambut. Menggunakan safi shayla dalam kehidupan seharian dari segi penjagaan rambut membuatkan cik mimi sentiasa berasa selesa. Apatah lagi tugas cik mimi walaupun sebagai surirumah, sibuk dalam pengurusan anak anak juga. 

Selain dari itu juga, kelebihan Safi Shayla ni dari segi ketahanan baunya yang lama. Walaupun cik mimi kerap bertudung, dan aktif pada waktu siang, kelebihannya ia tidak membuatkan kepala cepat berbau. Boleh dikatakan rata-rata ramai mengatakan, safi shayla mempunyai kelebihan ketahanan bau sehingga 48jam! 
Sangat diakui. Jadi tak perlu risau nanti kulit kepala akan gatal atau sebagainya la.


3 variasi yang berbeza. 
Safi Shayla Batonical Silk Shampoo ni terdapat dalam 3 pilihan. 

Hair Fall Rescue


Untuk mereka yang mengalami masalah rambut kering, gugur dan rapuh, disarankan untuk mengunakan pilihan ini kerana ianya dapat membantu dalam memulihkan kembali struktur rambut menjadi lebih sihat. 

Bahan yang terkandung di dalamnya terdiri daripada Organic Habbatus Sauda, dimana ianya kaya dengan sumber nutrien yang membantu dalam melindungi dan menyuburkan kulit kepala. 

Argan oil menjadikan rambut lebih lembut bak sutera, mudah diurus, serta menjadikan ia lebih menarik dan sihat. 

Sunflower oil membantu menyelamatkan rambut yang halus dan rapuh serta menggalakkan rambut menjadi lebih sihat dan kuat!

Intense Nourishment


Safi Shayla Batonical Silk Shampoo Intense Nourishment ni sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut yang kering dan kasar. Bahan utama yang terkandung di dalam syampu ini ialah Organic Habbatus Sauda, Argan Oil serta Charmomile Oil. 

Dengan penggunaan secara baik dan komisten, ianya boleh membantu dengan merawat dan melahirkan rambut yang sihat bermula dari dalam. 

Silky Sheen Care


Bagi yang bermasalah seperti rambut kusan dan kering, cik mimi sarankan korang guna Safi Shayla Batonical Silk Shampoo silky sheen care.
Ianya membantu melembutkan kembali rambut anda seperti bak sutera.

Bahan yang terkandung di dalamnya Organic Habbatus Sauda, Argan Oil serta Rose Oil. 

Apa yang menarik dengan Safi Shayla?
Sejujurnya la kan, cik mimi ni sejenis mudah alami masalah keguguran rambut. Pantang panjang sikit, mula la gugur. Tapi kan safi shayla ni boleh atasi dengan sebaiknya. Rambut tak lagi gugur, malah rambut semakin lembut. Bau usah dikata. Memang wangi selepas dicuci. Itu pendapat dari cik mimi sendiri la. 

Mesti korang pun nak cari juga shampu ni kan? Dekat mana boleh beli? Jangan risau tau, produk safi ni boleh dapati dengan mudah di hypermarket, farmasi seperti di watsons, guardian, shopee ataupun juga di Lazada. Mudahkan? Tak sempat nak cari diluar, buka je aplikasi belian secara online okeh? 🤗

Jangan lupa dapatkan 3 pilihan shampu ini untuk kegunaan anda semua. Maklumat lanjut boleh layari website safi malaysia. 

7 comments

  1. Tiga tiga wangi tapi akak suka hair fall rescue tu sebab masalah rambut gugur dah tak ada

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaaa. Tahan wangi sampai 48jam. Memang hebat sungguh shampoo terbahaeu daripda safi shayla ni. Cx kena cuba ni .

    ReplyDelete
  3. Ada likihan okla kan.. Menarik botol dia.. Banyak safi keluarkan produk sekarang ye

    ReplyDelete
  4. Suka syampu safi ni sbb wangi2 je smua kan. Packaging pun cantik

    ReplyDelete
  5. ray x pernah beli but pernah la try. org punye hehe

    ReplyDelete
  6. Ramai sis tgok pomot syampoo ni..ni mesti wangi ni. Nanti nak cuba lah

    ReplyDelete