Pantai Air Papan, Mersing, Johor

Monday 30 March 2020

Assalamualaikum, hai readers..
Selamat pagi.. 
Harini rasa rajin pula nak update blog. Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan, makanya kita kena la duduk diam diam dalam rumah. Keluar bila saat memerlukan je. 

Sebenarnya agak boring juga bila tak dapat keluar jalan jalan with family ni kan. Tapi memandangkan keadaan sekarang memang tak elok, jadi kita Stay At Home dulu la dengan penuh kesabaran. 


Sebenarnya rindu bila tengok moment ni. Teringat haritu, ada keluar pergi Pantai Air Papan ni. Kalau sebut Pantai Air Papan ni famous juga la. Rasanya ianya macam satu daya tarikan untuk Mersing juga la. Disebabkan cik mimi dah duduk Mersing ni, dok rasa biasa-biasa aje la. 


Erm.. 
Masa pergi sini 07.03.2020
Masa ni Corona Virus ni belum lagi jadi sebutan hangat. Walaupun dah bermula. Masa ke sini, kebetulan nak pergi ke Pasar Nelayan di Teluk Buih. Alang-alang dah sampai, saja lajak sikit ke situ. Anak anak memang happy la. Mama dia ni pun ikut happy. Sebab dapat keluar hirup udara segar. 


Tapi masa kat sana, tak berapa lama tu start hujan rintik-rintik. Tapi sempat juga la rakam moment di sana. Kenangan untuk anak-anak juga. 


Bila pergi dalam cuaca yang redup, MasyaAllah.. Cantiknyaaaa permandangan. Dapat tengok air laut yang kehijauan macam tu.. 

Moga cepatlah virus corona ni berakhir.. Teringin nak keluar jalan-jalan bawa anak anak bebas macam sebelum ni. 

Ada rezeki, kalau la mak abah adik adik turun Mersing, boleh la ajak mereka ke sini. Spend time with family kan. 

17 comments

  1. Rindunya nak ke pantai. Tanpa pakai face mask. Sekarang ni nak kemana rasa kemas dengan face mask. dengan ketat kat telinga, dengan tak serasi ngan hidungnya. Huwaaaaa. Moga kita semua terus sihat dan duduk di rumah.

    ReplyDelete
  2. Lama betul tak kesini...skalau dulu masa ada arwahnya Abah, sinilah tempat dia suka bawa berkelah...

    ReplyDelete
  3. Rindu nak ke mana-mana tanpa mask. Bukan sahaja dekat pantai. Tapi pantai dekat mersing semua nya cantik-cantik. Biru kehijuan

    ReplyDelete
  4. Ya Allah! Bila baca entry sis, rasa rasa sayu hati, sedih sebab corona virus ni, kita jadi rindu dengan ciptaan Allah. Cantik sangat pantai ni . Setahu cx, pantai di mersing mmg cantik. Tapi itulah, jauh pula nak pergi hehe best moment mestilah kita kena simpan di sini. Heheh

    ReplyDelete
  5. Take pernah gii walaupun says orang Johor.. muahahaa.. nice nya nampak.. cantik bersih...
    Moga cepat berakhir covid tu harini, minggu nii... Amin

    ReplyDelete
  6. Rindunya bau air laut . Rasa tenang je kalau tengok laut . Siapa yang pencinta laut he yang faham ..


    THE LITTLE YANA

    ReplyDelete
  7. Bestnya dekat dengan pantai. Kalau rasa nak tengok laut boleh singgah kejap, at least dapatlah tenangkan fikiran hehe. Betul, kat rumah nak bosan dan memang terasa nak keluar. Tapi disebabkan saat genting ni, kenalah duduk rumah untuk elak dijangkiti.

    ReplyDelete
  8. Berpuluh tahun mama xpegi sini. Still.cantik.dan.pantai dia bersih MCM.dulu

    ReplyDelete
  9. First time dengar nama Pantai Air Papan kat Johor ni hehehe tengok gambar pun dah rasa tenang dan cantik apa tah lagi kalau dapat pergi sana time-time tengah berkurung ni kan hehehe moga segalanya cepat kembali pulih...

    ReplyDelete
  10. time2 covid ni rindu kan dengan aktiviti macam ni. mesti ramai yang rindu nak keluar tengok pantai, main air terjun, melancong dan sebagainya. jomlah kita stay at home dan pastikan graf covid menurun. aamiin

    ReplyDelete
  11. alahai bila tengok posting ni rindu sangat-sangat nak ke pantai..lagi2 pergi dengan familly..harap sangat covid-19 ni segera selesai..semua orang dah rindu nk tengok dunia luar hehe :D

    ReplyDelete
  12. Oh yesss after MCO i nak bawa family pergi cuti kat pantai

    ReplyDelete
  13. indahnya, mimi.
    aida x pernah ke sini. tapi sebab ramai member jb, biasa la dgr nama tempat ni.
    pantai sebelah sana memang ohsem. pantai nyer panjang. air nyer jernih.
    tak mcm pantai belah barat, kan.

    ReplyDelete
  14. Serious ini pertama kali saya dengar nama pantai nie. Xsangka cantik tempat nie. Boleh pergi nanti lepas habis kuarantin

    ReplyDelete
  15. rindunya nak pergi pantai nak ambil udara segar..Allahuakbar, cepatla berlalu covid ni..bestnya kan dapat keluar macam ni.angin sepoi2 bahasa..

    ReplyDelete
  16. bila tengok pantai, dengan keadaan PKP sekarang ni, rasa betapa tak bersyukurnya selama ni, boleh keluar bila-bila masa tapi tak pernah nak hargai. ke me time juga ni :)

    ReplyDelete
  17. Lama tak ke Johor..rindu nak kesana..jalan2 n cari makan kat sana best. Nanti kalau ke sana nak gi lah tempat ni

    ReplyDelete