Travelling Tips Untuk Wanita | Bila bercerita pasal Travel, rasanya zaman sekarang ni, kaum
perempuan pun tak lepaskan peluang kan? So, harini cik mimi rasa nak share
pasal travel la atau tips-tips yang boleh dikongsi. Sebab ramai juga
kawan-kawan perempuan cik mimi pun sekarang ni suka travel kan?
Siapa kata wanita tak boleh travel tanpa lelaki? Betul tak? Boleh
je sebenarnya just kena extra careful, kan? Nak-nak kalau korang tu belum
berkahwin, tentu la korang travel geng-geng perempuan aje kan.. Korang jangan
salah tafsir pula ayat cik mimi ni. Kang ada yang kecam cik mimi pula.
Statement ni just untuk dalam travel context. Kita nak buang mentality semua
benda yang perempuan buat mesti kena ada lelaki di sisi. Sedangkan ada masa
wanita ni nak juga spend time dengan kawan-kawan perempuan je. Barulah boleh
buat women talk session gitu.
Selain shopping, cik mimi tak boleh nak nafikan yang travel juga merupakan salah satu
terapi yang baik untuk wanita. Perempuan akan lebih relax ketika travel kalau
punya perancangan yang tersusun dengan baik. Yelah kebanyakan perempuan ni agak
clumsy tetapi tak kurang juga yang terlalu teliti dengan semua benda. So, acik
mimi nak share a few tips yang boleh travellers wanita ni praktikkan ketika
travel. Fuhhh, cerita pasal travel ni, macam nak travel lagi je rasa
tau. Hihihik
Jom baca sikit apa info yang cik mimi nak sampaikan ni..
Pilih
airport transfer yang bersesuaian
Terdapat pelbagai pilihan airport transfer yang boleh kita pilih ketika travel. Just
tinggal pilih bersesuaian dengan keadaan kita.
>> KLIA Express
Cik mimi paling suka untuk cadangkan dekat travellers wanita kalau travel in group
less than 3 guna KLIA Express ni. Sebab sangat menjimatkan masa dan mudah.
Perjalanan daripada KL Sentral ke KLIA just less than 28 minit. Sangat cepatkan? Dekat mana nak dapatkan tiket KLIA Express ni? Korang boleh dapatkan KLIA Express online deals dekat Traveloka. Sebab harganya lebih murah berbanding korang beli dekat kaunter. Malah kalau nasib korang baik, Traveloka siap ada less 10% lagi untuk semua jenis airport transfer. Haaaa.. suka ke tidak?
>>
Grab
Pada cik mimi kan, kalau pergi dengan group 4 ke 7 orang, boleh naik grab. Sebab
harganya lebih jimat bila korang dah divide sesame sendiri. Dan tak payah fikir
nak ke KL Sentral ke apa sebab grab boleh pick up depan rumah terus. Erm, betul tak?
Kalau korang tak tahu nak decide cuba guna airport coach ni untuk bandingkan harga setiap jenis airport transfer.
Buat
checklist!
Ini benda yang paling penting. Apa pun kita buat, rasanya checklist ni sangatlah
perlu. Terutama buat mereka yang memang jenis make up atau ada step skincare
yang banyak tu. Nanti kalau tertinggal 1, ada yang kena beli baru pula. Kan dah
tambah kos dekat situ. Sedangkan duit tu boleh digunakan untuk benda lain. Buat
checklist ni biarlah detail setiap satu. Kalau pin tudung tu kena ada 3, tulis
terus ‘3 pin tudung’ supaya kita tak tertinggal apa-apa sekalipun. Bagi mereka
yang make up, cik mimi cadangkan just bawa basic make up supaya beg tak berat
dan dapat jimatkan masa bersiap. Hahaha.
Ehh, cik mimi ni kalau kata nak balik rumah mak pun buat checklist
tau. Haaaa, ni bukan kes terlebih teliti ke apa, biasalah orang perempuan kan. Kalau
boleh semua barang yang biasa guna tu kena ada. Taknak la nanti kena pinjam –pinjam
orang ke, beli ke.. Kalau nak pergi travel lagi la. Memang kalau boleh taknak
ada benda tertinggal.
Stay
di Airbnb
Cik mimi memang suka cadangkan untuk stay dekat Airbnb sebab
kemudahan yang lengkap terutama yang pergi travel lebih 3 hari. Kalau stay di
Airbnb ni kita tak payah fikir nak bawa hair dryer lah iron lah sebab semua dah
ada kalau kita pandai pilih. Baju pun kita tak perlu bawa banyak, sebab boleh
basuh. Lagi best kalau dapat penginapan yang ada dryer sekali. Dah basuh terus
kering. Senang sangat. Lagi satu kenapa Airbnb ni sesuai untuk travellers
wanita? Sebab kebanyakan wanita ni suka masak. Suka bawa makanan yang dah masak
dari Malaysia macam sambal bilis lah apa. Kalau ada dapur ni boleh lah panaskan
segala jenis makanan tu. Menarik kan..
Pakaian
yang sesuai
Nama pun perempuan kan.. kalau boleh satu almari nak bawa pergi
travel. Padahal tak pakai semua pun. Konon-konon ada la baju spare gitu kan..
Jadi cadangan cik mimi, bawalah pakaian yang senang dipadankan antara satu sama
lain. Macam bawalah skirt atau seluar yang boleh match dengan pelbagai jenis
baju. So, tak perlu bawa banyak seluar dan kain. Begitu juga dengan tudung,
bawa yang warnanya boleh masuk dengan banyak jenis baju. Bagi cik mimi untuk
travel bawa 3 tudung dah cukup, termasuk yang kita pakai awal-awal tu. Nanti
basuh je. Senang. Kan.. Lain la kalau kita ni berjalan balik kampung. Nak
angkut 1 kotak pun boleh. Hehehehe
Kasut
Elakkan bawa banyak jenis kasut. Sebelum bertolak kenal pasti awak-awal nak pakai kasut
macam mana. Kalau pergi travel yang jenis banyak jalan, aku prefer untuk pakai
sport shoes atau sneakers atau sandal sebab senang nak bergerak. Kaki pun tak
sakit. Cubalah elak guna high heel masa travel walaupun korang rasa cantik.
Nanti diri sendiri yang terseksa. Dan jangan lupa bawa satu selipar just incase.
Bab ni memang penting sangat tau. Kalau cik mimi memang pakai
kasut sport je senang. Nak jalan pun mudah kan..
So macam mana sedikit perkongsian dari cik mimi ni.. Harap dapat
bagi panduan pada kengkawan yang baru nak try travel tu..
Image source : Google
Wahhh..gud info
ReplyDeleteTips yang bagus ni. Teringin gak nak g travel jauh2 naik flight.
ReplyDeletenice tips.. nk travel leh la rujuk tips ni..
ReplyDeleteSelalu kalau nak travel, rasa nak bawa semua barang je.. Haahha.. Perempua biasalah.. Tapi tu la.. Kene bawk yang perlu je..
ReplyDeleteTips yg bagus. Sis pun suka travel..time nak packing terpaksa berhari hari..hahaha. memang pompuan prob ekk nak packing..ada je yg nk dibawak
ReplyDeleteTips yang bagus buat mereka yang kaki travel ni.
ReplyDeleteThanks for the tips and i will take note on that.
ReplyDelete