Masak Lemak Nenas + Ikan Masin

Sunday 5 January 2020

Masak Lemak Nenas + Ikan Masin | Hai readers, entri masakan pertama untuk tahun 2020. Sebenarnya ni kisah throwback aje la ye. Sebab bulan 12 haritu tak sempat nak update blog sangat.

Kisahnya ada 1 hari tu, dia punya rasa lapar tak boleh bawak bincang dah. Boleh pulak terbayangkan masak lemak nenas campur ikan masin. Ya Allah.. dia punya nak tu, macam orang mengidam tu haaaa.. 
Dulu masa mengandung pun tak pernah mengidam teruk macam ni. 😅😅😅

Kebetulan masa tu nak keluar beli barang dapur, so cari sekali semua bahan yang diperlukan. Makanya tengahari tu masak dengan bahagianya sekali.. Nak pulak lawan kan dengan sambal belacan + ulam timun. 
Lepas tu buat pulak telur dadar.



Ya Allah, nikmat betul makan masa tu. Tak pernah rasa bahagia macam tu sebelum ni!..
Tapi tu laaaaa, kalau dilayan makan cenggitu selalu alamatnya naik badan bagai dipam-pam balik la nanti. haha

Dah la ddy Dorang tengah control makan. Karang badan pun ikut sama naik, jenuh laaa nak buat sambung perkhidmatan uiii.. 

Nak resepi jugak ke? Rasanya ramai yang pandai masak lemak kan? Caranya sama aje.. Cuma bahan masakan yang perlu letak, Nenas dan Ikan Masin. Tak kisah lah nak letak ikan masin jenis tulang atau isi ya.

Haritu cik Mimi letak ikan masin jenis tulang tu.. Sebab tekak dah membayangkan menu tu je.

13 comments

  1. Ya allah sedapppnyaa lauk tu semuaa

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap walau akak x makan lauk ni..kang naik naik balik darah tinggi..ikan masin pun baru sekarang cuba2 makan

    ReplyDelete
  3. ya Allah..sedapnya lama xmsk gni..:)

    ReplyDelete
  4. kat rumah ni mmg ada stok ikan masin..ikan kurau..sbb suka masak gulai ikan masing tumis darat..kalau ada balance nenas tu..ha buat pulak gulai lemak nenas ikan masin pulak hehe

    ReplyDelete
  5. Kesukaan zaza ni.. Biasa suruh mak buatkan hehe.. Kalau ada lauk ni mmg bertambah selera..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. teringin lah pulak tengok entri Mimi nie..

    ReplyDelete
  7. Haritu balii kampung pun masak lemak nenas.. Sebab dah teringin snagat.. Tapi tak letak ikan masin..

    ReplyDelete
  8. Ini lauk kesukaan saya, sedapnye lama tak makan menu nih...ikan masih pilihan Bonde tulang ikan kurau terbaik

    ReplyDelete
  9. perghh kalau lemak nenas ikan masin ni sape je xlaju kan... Kalau wawa dah bertambah..

    ReplyDelete
  10. Masak lemak nanas ikan masin ni favourite akak. Sedap ni.. Makan pulak dengan nasi panas. Aduhhhh

    ReplyDelete
  11. Uishh fav sis nenas ikan masin ni. Boleh bertambah makan dibuatnya

    ReplyDelete
  12. Ikan masin ni kalau ade, mmg xlyn da lauk lain. Sedapp

    ReplyDelete
  13. Oh my... sekarang juga i nak makan masak nenas ikan masin

    ReplyDelete