Berniaga Burger Ala Zinger.

Tuesday 31 December 2019

Berniaga Burger Ala Zinger | Assalamualaikum, selamat pagi semua..
Alhamdulillah, harini kita semua dah berada di penghujung tahun 2019.
Sebelum berakhirnya tahun 2019 ni, cik mimi nak coretkan disini mana mana yang sempat nak dikongsi. Sebab banyak entri dah tertangguh nak dikongsi. Makanya nanti kita buat entri T H R O W B A C K aje la ye. Hehhe

Cerita pasal berniaga burger ni bermula dalam hujung-hujung bulan November. Masa tu adik ipar dengan adik lelaki yang duduk di kem lipis berniaga dulu. Seronok pula cik mimi tengok. Dan terdetik juga la dalam hati nanti lepas cuti, nak berniaga sesuatu yang baru. Lepas cuti tu, selepas cik mimi balik ke Ipoh la.. Then masa balik ipoh tu dapat la sembang dan ambil ilmu dorang tentang niaga burger ni. Minta izin nak pakai idea dorang ni boleh ke untuk berniaga dalam kem Iskandar ni kan. Alhamdulillah, adik ipar tak lokek ilmu. Tolong ajar kan..



Bila dah balik ke Mersing balik, cik mimi cuba-cuba la tanya dalam group kem sini. Kalau cik mimi try jual burger ala zinger ni ada tak yang berminat. Tak sangka respon agak Positif. Teruslah esoknya cik mimi On berniaga ni. Alhamdulillah.. Untuk 3hari pertama agak kelam kabut sikit la. Sebab permintaan agak tinggi juga la. 

Hari pertama 16 biji terjual
Hari kedua 22 biji terjual
Hari ketiga 36 biji terjual!

Alhamdulillah.. Setiap hari cik mimi On niaga. Bagi cik mimi, sekali dah buat, kita bagaikan ada komitmen. Nak cuti niaga saja saja tu rasa macam susah. Sebab benda makan ni kan kadang orang dah lewat malam dok cari kan. Makan burger ni sambil santai santai macam tu. 



Cik mimi mula berniaga burger ni pada 11.12.2019
Sepanjang dari 11.12.2019 sehingga 30.11.2019 cik mimi dah jual 424 biji burger 🍔
Alhamdulillah.. Allah datangkan rezeki disitu. Bukan niat berniaga ni nak mencaras orang. Tapi memang dah niat masa duduk di Gemas dulu. Nanti bila pindah Mersing nak berniaga sesuatu yang boleh membantu orang-orang dalam kem. 



In Shaa Allah, selagi cik mimi diberi kekuatan ni, cik mimi akan berniaga dalam kem iskandar ni. Dapat tolong-tolong orang dalam kem ni yang nak cari makanan kan. 

Doakan ya moga cik mimi boleh terus berniaga sehingga hari hari terakhir cik mimi berada di kauters Kem Iskandar ni. 🤗 Moga adanya gambar gambar ni semua buatkan cik mimi terus bersemangat dalam berniaga. 




panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo

8 comments

  1. alhamdulillah..rezeki mimie..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Berniaga tu amat digalalkan. Semoga terus dimurahkan rezeki mimi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ana.. Sebab tu semangat berniaga tu sentiasa berkobar2 dalam diri.

      Delete
  3. Wah burger ala zinger.. Nampak besar jiga burgernya.. Alhamdulillah mimi.. Semoga terus maju

    ReplyDelete
  4. Wow the burger nampak sedap and how much are you selling for each burger?

    ReplyDelete
  5. Nasib baik Mimi jual burger ni jauh. Kalau dekat akak jadi pelanggan tetap beli.

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulillah, moga murah rezeki Mimi, kalau dekat boleh lah beli, tapi jauh hi hi hi

    ReplyDelete