Thursday, 14 November 2019

Resepi Popia Cheese Carbonara

Setelah 2-3bulan cuti niaga popia, harini cik mimi ON balik atas permintaan. Dan sebenarnya kami sendiri pun dah lama tak buat untuk makan sendiri. Kalau kerap makan takut jemu juga. 

Dan harini, cik mimi share kan juga resepi nak buat intinya ye. Depend sebenarnya atas citarasa masing masing. Tapi ni cara cik mimi buat, sama ada untuk makan sendiri atau untuk buat jualan. 



Bahan bahan diperlukan seperti dalam gambar.
Ni cik mimi tulis berdasarkan anggaran untuk niaga ya. 

- Bawang merah /holand (dipotong dadu)
Tak perlu terlalu banyak. Kalau bawang holand tu bubuh sebiji besar. Kalau bawang merah kecik tu dalam 5biji macam tu.
- Cendawan Butang (1 tin)
- Sosej (1 pek 10batang)
- Isi ayam (agak-agak sendiri nak letak banyak mana. Potong hiris atau dadu)
- Cheesedale (1 pek)
- Lada sulah (tumbuk sendiri boleh, nak letak yang serbuk pun boleh)
- Prego Carbonara (1botol kaca besar)

Cara-caranya : 
- Tumiskan bawang terlebih dahulu sehingga layu / naik bau / sedikit garing.



- Masukkan isi ayam diikuti cendawan butang. Biarkan ia masak sekejap.
- Masukkan pula sosej. Jangan lupa potong sosej tu kecik kecik tau. 
- Agak dah layu, masukkan prego carbonara, then masukkan cheesedale dan juga sedikit lada sulah. 


Siap‼️



7 comments:

  1. Wahhhh nampak sedap. esok sabtu, jadi rasa macam nak try buat lah.

    ReplyDelete
  2. Thank you share resipi ni. Boleh try buat weekend ni :D #BW

    ReplyDelete
  3. Amboi sedapnya.. Akk suka.. Tp hot dog je yg tak suka

    ReplyDelete
  4. Dah lama nak buat.. Tapi tak terbuat2..hehew... Sedap ni..

    ReplyDelete
  5. Amboih sedapnyaaaaa. Fav! Boleh cuba ni!

    ReplyDelete
  6. Nanti nak buat la.. Biasa zaza bt buh sayur2 je

    ReplyDelete

Sponsor

Comments