Belum Mandi Junub Mahu Potong Rambut Dan Kuku

Thursday 14 November 2019

Hai readers.
Harini Cik Mimi nak share tentang Persoalan tentang ilmu agama. Maaf kalau ada kesilapan dari Cik Mimi, sebab Cik Mimi copy dari sebuah buku yang Cik Mimi baca. Kalau ada kemusykilan, kita sama sama la kongsikan,kan..
Cik Mimi rasa tak salah pun kongsikan maklumat yang mana kita sama sama perlu tahu kan?



Soalan : Saya belum mandi junub tetapi mahu memotong kuku dan rambut, bolehkah saya berbuat demikian?


Jawapan : Memang boleh, tidak ada sebarang dalil daripada syarak yang memakruhkan orang berjunub memotong kuku atau rambut. Namun begitu, al Imam al Ghazali dari kalangan mazhab Syafie mengatakan makruh bagi seseorang yang berjunub memotong kuku kerana bahagian yang dipotong itu akan disoal oleh Allah S.W.T pada hari kiamat kelak. 

cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

1 comment