Riadah Petang | Pantai Kem Iskandar

Tuesday 3 September 2019

Hai readers.. Selamat tengahari..
Salam maal hijrah buat semua. Harini baru berkesempatan nak update blog kesayangan ni. Maklumlah bizi 24jam. Tapi tak tau bizi dengan apa.

Sebelum menjadi entri basi, baik Cik Mimi simpan dalam blog ni buat kenangan hari mendatang kan.

Kisahnya tentang pantai.
Rasanya sejak balik dari ipoh zhareef suka sebut nak mandi sungai. Tak tahu la mana dia tahu pasal sungai. Sebab rumah opahnya rumah taman. Dan rasanya dalam 4bulan dia duduk dengan Opahnya, takde pulak dorang bawak ke mana mana sungai. 🤔

Pastu bila dah balik mersing yang nampak laut. So dia akan sebut laut. "Mana laut, mana laut. Adik nak ngok kan (nak tengok ikan).

So bila keluar dari kawasan kem nak ke pekan akan nampak la juga air laut. Ke pantai ekkk nak sebut. Haha.. Laut dengan pantai tu sama ke tidak ekk? 😄😄
Okay, janji paham la yer. 

Kisahnya hari ahad nak pergi ke Pantai Penyabong. Minyak kereta tinggal setakuk. Ddy nya tak isi pun. Dah tanya, cukup ke minyak tu. Dia cakap cukup. Ehhh, yakin sangat la kan. Dah la tempat tu jauh juga. Sekali tak sampai pun ke Pantai Penyabong, dah naik lampu. Erm.. 

Patah balik ler jawabnya. Kenapa patah balik? Sebab mana ada stesen minyak nak isi kat situ. Cuak lettew ddy dia. Dah la nak patah balik pun jauh. Separuh jalan dah. Tak kesampaian la nak tengok Pantai Penyabong tu rupa mana. Anak anak pulak dok tanya, mana laut. Mana pantai. Erm.. Pantai apa nyaaa kalau dah kena patah balik.

Then cakap kat ddy nya.. "haaa, esok bawak pergi pantai dalam kem ekk"..
Actually dah setahun kat mersing, tak pernah pun ke situ. Ada ajak ddy nya ke situ. Tapi dah ddy nya  tak nak bawak, malas la kita nak bawak budak budak kan.

Dan semalam ddy nya kotakan janji. Sebab ddy nya kata, selagi tak bawak nanti mama nya bebel je cakap nak pergi pantai.

Ehh orang perempuan kan. Biasa la tu. Ajak pergi tempat FREE je pun. Bukan holiday tempat mahal mahal. 





Semalam bila pergi pantai dalam kem.. alahai... bestnyaaa.. Lapang je fikiran.. Dengan angin yang kuat. Permandangan pun indah. Berbeza la kalau tengok pantai kat tanjung tu. Walaupun pantai dalam kem ni bukan la tempat kunjungan orang ramai, tapi best. Sebab orang dalam kem je pun yang ke situ. 

Kalau nak mandi pun boleh. Takde hal. Tapi takde tempat nak salin pakaian je la. Sebab dia bukan tempat tuk berkelah sakan pun. Kalau nak berkelah pun boleh. Tapi kalau sakit perut ke, nak terkencing ke, pergi je la lari balik umah. Hahaha.
Macam umah cik mimi nak ke pantai ni tak la jauh pun kalau naik moto. Tak sampai 10minit pun. 

Tak pun tumpang la toilet dekat masjid. Masjid kem ni berdekatan juga la dengan pantai ni. So bila semalam dah bawak zhareef teruja la dia tengok air laut tu macam mana. Tertunai dah hajat nak bagi dia tengok laut. 



Ddy nya kata boleh la lepas ni anak anak boring kita jenjalan kat situ lagi kasi lapangkan fikiran. 
Duduk rumah 24jam pun boleh naik beku otak kan. 






Suka tengok pantai dalam kem ni. Airnya pun bersih je. Haritu ada tertengok Cik Puan Khalida ke Istana Flinstone. Then anakanda nya bermandi manda dekat pantai tu. Cantiknyaaa.. Tak sangka pula pantai yang anakanda mandi tu sama macam pantai di dalam kem ni juga. Kalau berjalan kaki dari kawasan pantai ni, rasanya sampai ke istana flinstone tu. 

Now dah ada port baru nak berjalan petang petang. 😍




Siaran dikongsi oleh nur syamimi (@syamimi8088) pada




promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store

26 comments

  1. Bestnya jalan-jalan kat pantai kan.. cantik..

    ReplyDelete
  2. Cantik Pantai.. Rindu ya dengan oantai

    ReplyDelete
  3. Bestnya mimi dapat pi pantaiii.. rindu nak pi pantai.. last pi kat pantai pulau pangkor tu.. syok sgt.. banyak pokok dan redup.. rindunya nak dengar bunyi angin kuat camtu

    ReplyDelete
  4. Bestnya rumah dekat dengan pantai. Boleh la berkelah tiap minggu.

    ReplyDelete
  5. Sy pon suka Pantai.. Lama tak pergi Pantai Mersing kalau ke Pulau Tioman akan naik jeti dr sini kan.. Happy weekend

    ReplyDelete
  6. cantik sgt pantai kat sini.. lepak2 ptg seronok..

    ReplyDelete
  7. such a lovely place to get enough vitamin sea... must b very enjoying for everyone there..

    ReplyDelete
  8. Lama dah tak bawak anak² mandi pantai. Seandainya ke Mersing boleh jugak nak singgah ni sambil dapat tengok matahari masuk ke kan..cantik pemandangan waktu tu

    ReplyDelete
  9. Bersih je pantai dia kan - almaklum bukan kawasan awam ye tak
    Boleh la nak riadah santai dengan famili bagai ye

    ReplyDelete
  10. bestnya rumah dekat dengan pantai ni. Dekat area rumah pun ada laut jugak tapi takde pantai, ada selut je banyak sebab dah kawasan muara.

    ReplyDelete
  11. Best betul rumah kat pantai. Impian sis tau nk rumah kat pantai ni. Dok berangan petang2 jalan kat pesisiran pantai..perghhh haven sungguh lah

    ReplyDelete
  12. Pantai bersih, dekat pula dgn rumah, ni bokeh tiap2 minggu datang melepak jalan2 tenangkan fikiran..

    ReplyDelete
  13. Bestnya rumah dekat dengan pantai. Sorry lari topik tapi cantik la syamimi ni sejuk hati yaya tengok hihi

    ReplyDelete
  14. alahai kesiannya kene patah balik minyak dah nak habis ya, tapi nasib baik dapat juga ke pantai. ini memang tempat lepak paling heaven sambil layan deruan ombak dan angin sepoi bahasa. janji bebudak happy kan mimi

    ReplyDelete
  15. Cantiknya pantai dekat kem iskandar mersing ni, macam orang yang menulis entry ni jugak hihi.. qiya pun da lama tak pergi pantai, biasa hujung tahun jela dapat berjalan.. nasib badan la kan hehe.. tapi kan bab minyak tak isi tu kelakar kot, sama perangai macam qiya, malas nak isi minyak, da menyala lampu baru gelabah cari stesen minyak 😂

    ReplyDelete
  16. BESTNYA LAMA KITA TAK MANDI PANTAI RINDU SANGAT NAK PERGI HURMM BILA BOLEH MANDI PANTAI HUHUHU SEBELUM MASUK MUSIM TENGKUJUH NANTI DAH TAK BOLEH MANDI AIR LAUT KUAT NAK PERGI SINI MACAM JAUH LAK HEHEHEHE...

    ReplyDelete
  17. Bestnya ke pantai. Baru2 ni saya ke pantai di Terengganu. Mmg best bila rasa angin daripada laut tu. Kalau mandi laut pulak, rasanya mcm dah 10 tahun jugak tak mandi laut.

    ReplyDelete
  18. Syoklah tak pyah cuti jauh2. Ni hari2 boleh prgi. Adik ipar kena posting ipd mersing so banyak lah info ktorang tahu pasal pantai sana. Rupnya sana banyak pantai cntik. Mmg plan nak ke pulau tinggi. Hehe. Tgk view air jernih tu tak tahan

    ReplyDelete
  19. Seronok jalan-jalan ambil angin petang. Nampak tenang jer. Ayu jarang ke pantai sebab phobia, hehehehe. Tapi mmg seronok habiskan masa dengan keluarga

    ReplyDelete
  20. Cx pon suka beriadah petang hari santai² tengok alam, tgk sekeliling tapi anak² masih kecil, suami kerja lebih kdg², so tk sempat pon nak riadah. Bahaya pon ya nak handle anak kecil dua org. Seronok tgk sis sis share aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
  21. ada tengok hari tu kat ig mimi. cantik kan. bersih dan tenang. buat piknik pun best jugak ni. boleh pegi nanti kalau datang sini.

    ReplyDelete
  22. cantiknya pantai kem isskandar. Bersih dan jernih airnya. Rasa tenang bila tengok ombak pastu awak yang lapang.

    ReplyDelete
  23. bestnya dapat pergi pantai..nad dah lama tak pergi pantai..huhu..nanti sekali sekala nak ambil angin la..duk dalam rumah je

    ReplyDelete
  24. Eiza kalau bab petrol kalau nak jalan jauh, memang wajib isi. Gaduh pun gaduh la sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi kelak. Isi dulu baru boleh teruskan perjalanan. Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga impian anak nak ke pantai. Memang tenang je rasa bila kita lihat ciptaan Allah.

    ReplyDelete
  25. best aktiviti riadah ke pantai. rasa tenang je. cantiklah pantai kat sini. bersih dan rasa tenang. bawa budak2 mesti dorang suka. kena siap2 bawak baju lebih. hahahaa

    ReplyDelete