Family Bonding Time | Zoo Johor

Wednesday 11 September 2019


Hai readers, assalamualaikum..
Cuti haritu kemana je kengkawan semua? Berjalan ke duduk rumah aje?
Cik mimi dapat juga berjalan bawak zara zhareef. Sebab kebetulan ddy mereka ada kerja sikit dekat Johor Bahru, so take time sikit untuk dorang juga la. Plus mama dorang pun dapat la ala-ala release tension gitu. Heehe..

Hari jumaat malam kitorg gerak ke JB. Gerak dalam pukul 5 ke 6 petang macam tu. Sampai sana dalam pukul 9 lebih juga la. Pastu melilau la cari hotel yang Nampak agak okay sikit dekat Tebrau. Sekitar tu banyak je hotel. Tapi kena pandai tengok harga dan ikut korang rasa selesa ke tidak nak menginap kat situ.


Ehhh, bukan nak cerita pasal hotel. Hotel kita cerita next entri aje la ehh.. Tapi entri kali ni nak cerita pasal jalan jalan dekat Zoo Johor. Before ni dalam 2 bulan lepas kut ada ke Zoo Melaka kan. Kali ni ke belah selatan pula. Best ke tidak?


Tentunya BEST. Walaupun Zoo tu taklah seluas Zoo Melaka. Tak sehebat Zoo Negara.

Kali ni suka pula nak berjalan ke tempat macam ni. Sebab pada Cik Mimi, jalan-jalan ke Mall ni macam buang masa. Sometime boleh jadi buang duit juga. Sebab tershopping secara tak sengaja. Lain la kalau ada benda nak beli kan. Then taknak ajar anak anak ke tempat shopping je. Karang ada je yang nak dibeli.

Kali ni bawa ke Zoo Johor pula sebab Zhareef nak sangat tengok singa. Nak sangat tengok harimau. Tak tahu la apa yang di suka sangat dengan harimau. Setiap kali keluar berjalan je mesti cakap “adik nak tengok imau (harimau)”


Bestnya dekat Zoo Johor ni kan, harga tiket masuk tu murah sangat tau. Hanya RM2 untuk dewasa. RM1 untuk kanak-kanak. Memang berbaloi sangat la kan harga tu untuk orang awam. Tak terbeban la siapa yang punyai anak ramai tu. Then mak ayah pun happy je nak bawa anak banyak kali ke situ.



Kalau nak cerita banyak ke tidak binatang kat Zoo tu, bagi Cik Mimi boleh la. Nak kata terlalu banyak tu, tak la banyak mana. Nak kata sikit, tak la sikit sangat. Sebab 2 bulan lepas pergi Zoo Melaka tu tengok banyak jenis binatang ada, so boleh compare la. Tapi okay la. Tak boring pun jalan-jalan kat situ. Next entri cik mimi share kan antara binatang yang ada dekat Zoo Johor ye. Yang cik mimi snap gambarnya. 



Yang bestnya dekat Zoo Johor ni bagi cik mimi yang dah pergi ni, tempat dia bersih tau. Memang Nampak la ianya terjaga. Tak berbau busuk. So happy je la nak berjalan kat situ. Nampak la kat situ terjaga dengan baik even bayaran masuk dia tak mahal. Pekerja dia jaga dengan baik kawasan tu. Nak berjalan rasa selesa je.

Cuma satu je la yang cik mimi perasan. Souvenier dia tak meriah sangat. Pastu harga macam mahal sikit. Cik mimi ingat kalau murah atau boleh dapat murah memang nak beli lebih. Nak bagi mak dengan adik adik sekali. Next time la kalau ke situ lagi baru belikan FM tuk mereka.

Now favourite pula pergi berjalan beli FM. Dah macam satu kemestian je. FM yang cik mimi beli ni seketul RM6, cik mimi try la Tanya beli lebih dapat ke kurang. Tapi pekerja dia macam tak berapa nak ramah je, dia kata bagi RM10 la kalau 2. So cik mimi beli 2 ni je la dulu.


Bukan cik mimi kedekut tau. Hehehe..
Tapi macam beli dekat Zoo Melaka haritu, 6 ketul dapat Rm15. Memang beli tuk bagi mak dengan adik adik sekali la. Baru seronok kan kita berjalan, kita beli kan sekali souvenier untuk family sekali..


Apa pun, tertunai dah hasrat nak bawa anak-anak ke Zoo Johor. Next, mana pula destination nya ye.. hehehe..
Siapa orang johor kat sini, meh suggest tempat yang best. Takmo legoland ye. Cik mimi belum kaya raya lagi nak masuk situ. Ahahahaha!



promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store

29 comments

  1. berbaloi dgn hrga murah! bestnyeeee..
    kene bwk ank pegi zoo jgk ni.. ank suka binatang.. haha

    cuti xde ke mana sbb ank xsihat.. mereput je kat umh..

    ReplyDelete
  2. Wah Johor pun ada zoo ya. kita tak pernah sampai lagi kat sini. bestnya dapat luangkan masa sama anak2 ke zoo.

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat jalan-jalan spend time dengan anak...

    ReplyDelete
  4. Kene bwk anak² jugak satu hari nnti p jenjalan sini..

    ReplyDelete
  5. Murah je tiketnya ya. Dan Sal pun baru tahu Johor ade gak Zoo..hehe. Seronok baca sebab tertarik dengan kebersihan dan tak berbau. tetiba terbayang Zoo Negara..kihkihkih

    ReplyDelete
  6. Sis kalau ke Johor cari makan aje keja sis..tak terpikir nak masuk zoo..hehehe. Next time kalau ke sana lagi..bolehlah dipikirkan nak masuk zoo ke idok..:)

    ReplyDelete
  7. Wah best lah anak-anak ya dapat pi zoo..

    ReplyDelete
  8. Last pergi zoo tak silap 3 tahun lalu. Skg ni fmly lain dh berkeluarga jadi mereka pun bercuti dgn psgn msing2.. Tgl je la zaza haha.. Nak berjalan2 geng tak ada

    ReplyDelete
  9. Dilah pun suka bawak anak-anak pergi zoo.. boleh anak-anak belajar mengenali habitat haiwan kan.. asyik bawak shopping mall jer boring jugak...

    ReplyDelete
  10. november ni nak ke johor. thankyou untuk info tempat ni. boleh masuk jadual untuk ke sini nanti. anak anak mesti seronok dapat tengok fauna.

    ReplyDelete
  11. eh murah jugak zoo dia...hmmm...kalau Johor ni Sally takde idea sangat...Sally sendiri pun selalu ke Kluang je sbb rumah makcik kat sana...lain x tau sgt nak cadang pun :P

    ReplyDelete
  12. Masa duduk Jb, memang selalu ke sana. Best bawa anak buah berjalan.. tiket murah tu yang seronok. Untung kita ni kan..zoo melaka mahal! Tak sanggup nak masuk. Hihi.. pergi zoo johor ni seronok tengok harimaunya. Masa Rose pergi dulu, kebetulan tengah nak bagi makan. Dapatlah tengok real dekat kan, dan banyaklah harimau tu.. memang puas hati...

    ReplyDelete
  13. banyak kali lalu zoo johor ni..tapi tak tersinggah lagi..nanti la nak bwk jgk anak ke sana..kalau xnak legoland..blh bwk anak pergi jejalan forest city atau puteri harbour..

    ReplyDelete
  14. Dah lain ye Zoo Johor ni.. 20 tahun lepas pernah la pergi zoo ni.masa tu daif sangat. Hahah.. akak tak tau la kot zoo lain tapi memang zoo johor la. Yang ni la kot.

    ReplyDelete
  15. Kalau nak explore masuk Zoo kena spend time sehari baru puas hati jalan2 dalam tu...Zoo Joor x pernah masuk

    ReplyDelete
  16. to be honest, nisa tak pernah tahu dekat johor ada zoo. beberapa kali jugak lah dah ke sana. boleh lah singgah zoo johor lepas ni kalau ke sana lagi.

    ReplyDelete
  17. Kak Zoo Johor nampak bersih lah. Memang mereka jaga baik eh? Ruby hari tu tengok video Monkey Zoo Negara makan plastik. Kesian betul. Kalau la anak saya nampak, mesti dia tanya macam-macam. Kadang bukan pihak zoo tak bg makan. Ada pengunjung buang sampah merata-rata.

    ReplyDelete
  18. Baru tau ada zoo kat johor. Banyak tempatla nak tuju nanti kalau pegi johor. :)

    ReplyDelete
  19. Johor ada Zoo! Tak sangka kan sebab ye lah ingat Johor je Legoland lah, itu lah ini lah. And murah pulak entry fees dia. Cuma macam tak banyak aktiviti boleh buat ye kat sana? Besar tak kawasan dia compare to Zoo Melaka?

    This month pun nak ke Johor lagi, kalau cun nak singgah.

    ReplyDelete
  20. Mimi. Sama lah kita. Isnin hari tu Nur pun ada ke Zoo Johor dgn anak, mak & adik. Tapi tak lama pun pergi, sbb bawak stroller kan. Leceh juga nak angkut nail tangga. Klu suami ada tkpelah juga. Kita lenggang aje. Ini suaminya outstation. Maka tengok yang mudah2 jela

    ReplyDelete
  21. Kita dah sampai sini. zoo yg plg murah bayaran dia. Berbaloi2 rasanya. Nampak kecik tp berjam juga bila dah masuk.

    ReplyDelete
  22. Anak2 dok zikir juga nk ke zoo... Nk kumpul stamina dulu hehe

    ReplyDelete
  23. Akak ke johor belum pernah ke zoo johor lagi..nanti boleh masuk wishlist

    ReplyDelete
  24. First time tau ada zoo dkt johor. Mcm2 tmpat kt johor yg saya tak tau sbnarnya. Lama jugak saya x pgi zoo, selalu tgok haiwann dalam tb je.

    ReplyDelete

  25. blogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete