Asam Pedas Ikan Parang.

Wednesday 28 August 2019

Hai readers.. Morning..
Rasanya macam 2 minggu cik mimi sepi dari dunia blogging ni kan. Cik mimi kebizian sangat!
Serius. Cuba kejar sale jap, sebab supplier buat promosi FREE POSTAGE dengan setiap pembelian 3item dan ke atas. Haaaaa, rugi kan tak join..

Okay, bukan nak cerita pasal sale. Tapi disebabkan cik mimi dah lama tak menulis kat blog, kita panaskan enjin dulu dengan cerita masakan la ek.. Maklum la, dunia cik mimi dekat rumah, ceruk dapur, tak lari dari kisah masak memasak gitu.


Asam Pedas Ikan Parang

Asam Pedas Ikan Parang.

Siapa kat sini favourite dengan lauk ni? 
Cik mimi kan sebenarnya lepas kawen la baru makan ikan parang ni haaaaa.. Sebelum kawen tak pernah makan. Balik balik ikan kembung, ikan kerisi, ikan terubuk, ikan bawal.. Ehh boleh dikira la.. Paling kerap makan ikan bilis. Kihkihkih..

Cerita pasal ikan parang ni, selain lauk asam pedas dan lemak kuning cili api tu, masak apa lagi yang sedap ekk? Cik mimi buat lauk asam pedas je. Lemak kuning jarang laaa.. Sebab lauk bersantan. Cik mimi kalau kerap makan makanan bersantan mula la kepala pening jeee tau. Stress rasa sebab tak selesa. 

Cerita pasal asam pedas ni, orang kata kalau sekali buat belum tentu menjadi. Betul tak? 
Cik mimi dulu sebelum kawen tak pernah masak sendiri. Setakat tolong kacau mak masak tu ada la. "kadang-kadang".. Sebab bekerja kan. 

Lepas kawen first time buat asam pedas .Ya allah, awat la ceroiii je rasa. Tapi ddy zara still makan tau. Dia tahu first time buat. Kali kedua buat, macam tak berapa jadi. Pastu kali ketiga?? Haaaa,cik mimi rehat dulu dari buat asam pedas ni .

Bila balik melaka, adik ipar akan masak asam pedas. Ya Allah.. Sedapnya dia masak. Kuah pekat. Pedas usah kata. Orang melaka kan. Cik mimi ni je perut tak tahan pedas. Cepat pedih. Tapi dek kerana sedap, cik mimi makan jugak. Dengan gandingan sayur bendi lagi kan. Pergghhhh.. Marvelous sangat!

Dan bila adik ipar masak, cik mimi belajar la dari dia. Sebab ddy dorang pernah tanya "boleh tak buat asam pedas macam adik dia buat?"
Ehhhh, soalan tu bukan soalan yang menyentapkan tau bagi cik mimi, tapi soalan nak kita mahirkan lagi.

So, belajar la dari adik dia. Apa bahan nak kena letak. Akhirnya kali ketiga buat asam pedas masa tu guna ikan siakap. Hahaha.. Sebab confius ikan apa. Sebab mil bagi. Dia dah siap siang, potong. Sekali keluarkan dari peti beku, ikan siakap. 

Orang kata nak masak kena yakin kan, btl tak? So belajar la buat sampai pandai. Now, try pulak asam pedas ikan parang. Perghhh.. Marvelous gitu. Makan dengan penuh selera lagi.

Ada yang nak resepi ke tu? Meh la tengok video cik mimi ni. Hehe..

Cuma dalam video tu cik mimi tak bubuh bunga kantan atau daun kesom. Sebab takde kat umah. Tak bubuh lada hitam. Ada buh lada hitam padu rasanya..

29 comments

  1. terliurrr...sy tak pandai masak asam pedas..hihi

    ReplyDelete
  2. kalo kita, asam pedas wajib letak belacan dan lada hitam..fuhhh! menghirup kuah...! kita tak tahan pedas gak sebenarnya, tapi kalo sedap sangat, memang hadap aje...sama macam cik mimi..hahahha

    ReplyDelete
  3. Okay nanti nak masak jugalah. Ada bendi tu lagi menyelerakan 💋

    ReplyDelete
  4. padu asam pedas .. nak yang dari Melaka. uishhhh , kena try gak la . menyelerakan sungguh !

    ReplyDelete
  5. Sedapnya terliur baca entri ni hahaha yaya memang suka asam pedas! Makan dengan tempe goreng lepas tu buh kcap sikit wowwee

    ReplyDelete
  6. Lama tak masak asam pedas, buat pun senang je kan

    ReplyDelete
  7. sama suka jugak masak asam pedas ikan ataupun ayam tapi tak bestnya sebab adik tak suka makan asam pedas. bila buat menu ni kena masak menu lain jugak

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaa asam pedas ikan parang. Nur peminat asam pedas lagi2 bila makan keesokan hari. Kuah dia pekat dan bertambah sedap. Sedap hirup!

    ReplyDelete
  9. Sedapnya asam pedas. Tiap kali pergi melaka mesti cuba asam pedas ni. Masak dkt rumah tk sama rasa dgn dkt kedai. Abam suka asam pedas ayam . Haha.

    ReplyDelete
  10. Antara lauk peberet saya dan suami asam pedas..tapi biasanya sya suka masak asam pedas ayam..nie masak asam pdas ikan parang xpena try lg..nanti nk try masak la..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Asam Pedas hehehe bestnya lama tak masak hari tu pun kita order online jer yang asam pedas Melaka wakakkaka.. Bila tengok video tu mudah jer dan mesti sedap hehehe nak buat lah nanti..

    ReplyDelete
  12. Kesukaan saya masak asam pedas... family sy pon mmg suka makan asam pedas.. kalau pergi Melaka mmg akan singgah makan Asam Pedas

    ReplyDelete
  13. Sedapnya.. Kak Sue pun kalau masak asam pedas selalu guna ikan siakap juga..

    ReplyDelete
  14. Pekatnya kuah asam pedas Mimi. Sedap uitt.

    Asam pedas ni antara menu kesukaan Ruby juga tau.

    Yang ikan parang ni, ruby belum pernah cuba masak lagi

    ReplyDelete
  15. Dulu saya rasa nak masak asam pedas nie susah, tp bila semakin dewasa nie, baru tahu senang rupanya. Bahan dia mmg banyak tp senang utk didapatk. Lamanya xmasak asam pedas. Tetibe teringin nak masak besok

    ReplyDelete
  16. aida org melaka, memang sebati dah dgn asam pedas ni.
    wajib letak daun kesum, mimi. tu yg tanam tepi laman. mudah!
    ikan parang ni aida x pernah masak kat rumah.
    byk tulang, mimi! camne la anak2 nak makan, kan...
    yes, asam pedas kena pekat. baru terangkat deria rasa :)

    ReplyDelete
  17. Terus rasa lapat tgk foto asam pedas tu. Boleh lah Cuba dekat rumah nanti

    ReplyDelete
  18. huwaaa sedapnya akakkkk. saya fav asam pedas. rindu nak makan. sekarang takleh makan sebab dah tak tahan pedas walau sedikit. akibat makan samyang 4 tahun lepas. hukhukhukhuk.

    ReplyDelete
  19. Jarang nampak org masak ikan parang kan.. Sbb katanya susah nk makan sebab byk duri.. Kita suka gile asam pedas

    ReplyDelete
  20. Kalau letak daun kesum dan bunga kantan memang lagi meletop lah asam pedas nie. Nampak sedap..k mid dah terliurlah pulak

    ReplyDelete
  21. Sedapnya. bolehlah cuba resipi ni nanti. Buntu jugak nak masak apa malam ni. Tengok semua bahan ada, bolehlah buat.

    ReplyDelete
  22. Kak pun org Melaka mmg rajin madak lauk adam pedas tp xpernah msk dgn ikan parang sbb hubby xsuka tulabg byk tp kak suka mkn ikan terubok skrg susah nk cari

    ReplyDelete
  23. kalau masak asam pedas memang akak suka sangat sebab masam-masam pedas tu buat berselera makan. siap bertambah berkali-kali.. akak jenis tak kisah ikan atau ayam atau daging buat asam pedas, asalkan pedas

    ReplyDelete
  24. TB dah try buat ritu guna resepi mimi tapi TB tambah sikit bahan-bahan yang TB guna masa masak asam pedas untuk arwah atuk.. tengah memasak tiba-tiba sebak, rindukan arwah atuk.. sebab atuk yang paling suka makan asam pedas TB.. tapi lepas kahwin TB tak pernah masak asam pedas kat umah ni, hari saja try masak .. hubby terkejut pandai pulak masak asam pedas.. errr.. macam kedai punya rasa dia.. kata hubby.. Alhamdulillah.. hubby suka.. susah nak pikat lidah hubby tu..

    ReplyDelete
  25. Sedappp! Kat KL susah nak dapat ikan parang juga, biasa masak asam pedas ikan pari atau kembung jer.

    ReplyDelete
  26. huuuhaiii...asam pedas ikan parang....faberet bonda ni...mmg sedap laa haiii...masak asam pedas pekat2...makan pulak dengan nasi panas...

    ReplyDelete
  27. Kita jarang makan asam pedas di rumah. kalau nak selalunya makan di luar atau orang lain masakkan. rindu pulak nak makan.

    ReplyDelete