Semburan Deodoran + Wangian Badan Terbaru Dari Dashing Untuk Lelaki Masa Kini.

Thursday 4 July 2019 Johor, Malaysia

Hai readers semua.. Harini baru berkesempatan nak menulis panjang lebar tentang wangian terbaru dari Dashing ni. Baru-baru ni kan hari Bapa, tentunya ramai kaum isteri teruja nak hadiahkan sesuatu untuk suami tercinta kan? Kadang kala kita tak tahu nak bagi apa. Betul tak? Sebab orang lelaki ni complicated sikit kalau kita nak hadiahkan sesuatu. Memang pening pikir. So, disebabkan Dashing ada keluarkan produk terbaru, kita hadiahkan wangian ni je la pada ddy ZaraZhareef.


Tentunya ddy dorang suka. Sebab ddy dorang memang menggunakan produk dari Dashing pun. Mandiannya, perfumenya. Bau dari Dashing ni sedap je. Tentunya ramai yang menggunakannya kan..


Untuk wangian terbaru ni ada 4 bauan. Kalau tanya kita yang mana bau best, kita suka bauan dari botol berwarna hitam. Yang lain tu bukan tak suka. Tapi bauan dari botol hitam tu sedap je pada corong hidung ni. Hehe. Lain orang, lain citarasa kan.

So, kalau ada kawan-kawan nak beli untuk suami ke, nak hadiakan pada tunang ke, nak jadikan hantaran perkahwinan je, rasanya sesuai sangat ni. Harga pun mampu milik. 


biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

Jom kita baca sikit kisah produk terbaru dari Dashing ni.


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.
Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!
Drumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 bulan !

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat Dashing DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi


DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai : 

  • HATTRICK : Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

  • ULTIMATE KICK : Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


  • SPEED : Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

  • HITMAN : Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.


Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman



27 comments

  1. Deodorant is a necessity in our hot weather now

    ReplyDelete
  2. Normally kalau semburan lelaki ni bau dia kuat sangat kan? Tak macam kita bau lembut lembut ajer kan? Lelaki juga kena jaga supaya bau badan takde dengan memakai deodorant. Kalau bau badan memang tak tahan ohhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Bau semburan utk kaum adam ni kuat. Menyengat orang kata. Berbanding wangian untuk wanita.

      Delete
  3. Lamanya sebotol boleh bertahan. Jimat betul duit untuk sekian lamanya. Dah la 2 in 1. ubat ketiak dan hilangkan bau ketiak. Minyak wangi dah takyah beli. Sesuai dijadikan hadiah

    ReplyDelete
  4. Boleh jimat ni bila 1 produk ada 2 fungsi. Mesti wangi bau dia kan.

    ReplyDelete
  5. Best sangat bau dashing ni..keempat2 pilihan mempunyai aura tersendiri.nanti nak hadiahkan untuk en.suami lah nanti..

    ReplyDelete
  6. betul..sebenarnya semua bau sedap.. Tapi masing2 ada bau yang paling dia suka..macam akak suka botol biru tu..sedap bau dia..

    ReplyDelete
  7. Dashing memang produk famous Dari dulu hingga sekarang. Saya suka bau Nye. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  8. saya memang penggna tegar produk dashing dari dulu lagi. bila adanya produk terbaru ni, lagilah saya suka. sebab ada salah satunya sama dengan perfume saya juga keluaran dashing. baunya sangat segar dan harum sepanjang hari :)

    ReplyDelete
  9. mudah. 2 in 1.. x perlu nk beli byk produk kan

    ReplyDelete
  10. Alamak kita pun ada juga guna produk Dashing yang baru ni memang wangi dan sedap baunya banyak pilihan hehehee lepas ni tiada alasan untuk orang lelaki keluar dating busuk-busuk wakakaka...

    ReplyDelete
  11. Senang ya dengan Dashing terbaru nie dua dalam satu..

    ReplyDelete
  12. Bertuahlah lelaki diluar sana, Dashing tampil dengan produk baharu.

    ReplyDelete
  13. Lama betul kan boleh tahan. Berbaloi beli...mampu milik pula tu. Boleh pilih mana haruman yang minat. Paling best 2 in 1. Travel tak perlu bawa serba satu..hihi

    ReplyDelete
  14. Firstimw haritu bagi dahing deo dan perfume dekat suami.. Dia pakai wangi betul.. Sedap bau dia.. Bgus sebb dua dalam satu.. Jimatt

    ReplyDelete
  15. Dashing selalu tidak menghampakan. Produk2 dorang sangat bagus especially utk para jejaka. Nanti sy nak cari spray badan dashing nie. Nampak best dan berbau harum. Nak cuba lah

    ReplyDelete
  16. Dashing pilihan ramai lelaki kat mesia ni termasuk la encik suami sy.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Bau Dashing ni memang sedap gak kan. Rasa mmg dari dulu lagi one of famous brands yg ramai lelaki pakai.

    ReplyDelete
  18. Bau dia best .. bila hubby sembur pakai dashing deo ni .. fuh wangi satu rumah

    ReplyDelete
  19. They have many choices too and their price also very reasonable kan

    ReplyDelete
  20. memang dashing ni jadi pilih sdiri ramai lelaki kat luar sana..bau wangi Dan affordable..

    ReplyDelete
  21. Ad alcohol ke produk dashing ni

    ReplyDelete