Safi Bersama Pencuci Muka Beautea 4 Variasi Baru

Wednesday 31 July 2019


Hai, assalamualaikum semua. Salam sejahtera..
Harini Cik Mimi dengan rasa happy nya nak bercerita tentang produk baru keluaran Safi iaitu Pencuci Muka. Pencuci muka pun boleh buat Cik Mimi teruja?
Of course la kan.. Sebab kali ni, Safi Keluaran produk yang dikatakan ada kelainan sikit.

Sekarang ni Cik Mimi dok pakai produk Safi. So bila Safi cuba mengeluarkan produk baru, mesti la nak share dengan kengkawan semua. Mungkin ada kawan kawan diluar sana yang tak tahu kan? So dengan rasa bahagianya, Cik Mimi share kan ye.

Kenapa Safi mengeluarkan Pencuci Muka Beautea? Okay, sebenarnya pencuci muka terbaru ni dia berasaskan teh tau. 'Premium Tea Extracts' 100%.


Dan kali ni ada 4 variasi terbaru. Apa 4 variasi tu?

>> White Tea & Damask Rose : Hydrating Gel Cleanser
>> Black Tea & Black Orchid : Detoxifying Cleanser
>> Green Tea & Neem : Anti-Acne Gel Cleanser
>> Apricot Tea  : Revitalising Face Scrub


White Tea & Damask Rose : Hydrating Gel Cleanser.
Sesuai Untuk Kulit Kering

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini sangat membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Dirumus dengan gabungan teh Putih Putih & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mrngecilkan saiz liang-liang yang besar menjadi kecil.


Black Tea & Black Orchid : Detoxifying Cleanser
Pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi ini membersihkan dan menghapuskan kekotoran. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid yang sangat bagus membantu menjaga kulit, sambil mengekalkan kulit yang sihat dan dilindungi daripada penuaan


Green Tea & Neem : Anti-Acne Gel Cleanser
Pembersih gel yang lembut dan sabun ini menghilangkan kekotoran dan minyak yang berlebihan. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak daun Green Tea & Neem membantu  melegakan kulit terhadap jerawat, sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan paparan parut.


Apricot Tea  : Revitalising Face Scrub
Membantu membersihkan liang dan mengelupas tanpa mengeringkan kulit. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah & berseri. 

Yang paling penting, ianya :
√ Diuji secara dermatalogi
√ Bebas paraben
√ Bebas SLS/SLES
√ Bebas Silikon


Harga yang ditawarkan sangat mampu milik. Hanya RM23.30.
Tapiiii.. Sekarang nampaknya ada diskaun tau.. Hanya RM19.80 sahaja.


Cik Mimi dah beli 2 jenis tau. White Tea & Damask Rose dan Apricot Tea scrub. Walaupun muka kita dan licin, dan kita yakini ianya bersih, perlu juga gunakan pencuci jenis scrub tau. Tapi awas yaaaa.. Jangan gunakan setiap hari. Untuk scrub ni boleh gunakan seminggu mungkin 3kali sahaja.  Kalau gunakan dengan kerap mungkin boleh merosakkan kulit wajah kita. 


Selebihnya, untuk mencuci muka harian, perlu gunakan cleaser jenis biasa. Tak kisah la jenis foam atau gel. Sebab tu la cik mimi grab yang ni. Sebab sekarang ni kulit muka cik mimi dah okay. Perlu gunakan cleaser untuk kulit normal. 

Dekat mana nak dapatkan produk ni? Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan ataupun, korang mesti suka pergi Watson kan? Haaaa, kat Watson semestinya ada. So korang boleh dapatkan disana sementara stok masih ada okay. 😉👌




16 comments

  1. belum try lagi.. tapi mcm menarik!

    ReplyDelete
  2. Hari tu pi Guardian, ada belek. Berat produk dia tapi harga tak mahal cuma sayang cuma ada dua je masuk kat satu branch guardian ni~ yg apricot dengan kaler purple tu je ada.

    ReplyDelete
  3. Akak pun dah cuba Beautea by SAFI ni memang best guna. Rasa licin je kulit lepas guna produk Beautea by SAFI ni.

    ReplyDelete
  4. ala,, nak kena cari juga satu.Since yang brand xx dah habis, nak try lah juga brand safi pulakk. Rasa dah lama skip scrub ni

    ReplyDelete
  5. Safi sekarang keluar scrub? dulu I started guna facial wash dier jer. sekarang ada pula White Tea, Damask Rose dan Apricot Tea scrub. nanti i pergi Guardian nak cuba lah.

    ReplyDelete
  6. Safi dah keluarkan cleanser baru.. mcm best jee..

    ReplyDelete
  7. Kita orang lelaki ni suka guna satu produk jer untuk muka lebih senang dan cepat nak cuci tak lama dalam bilik air hehehehee janji bersih orang laki mudah dan simple jer...

    ReplyDelete
  8. Menarik. Bella nak dapatkan keempat-empat jenis Beautea tu. Mesti bau nya best sebab ada bau daun Teh. Kalau dalam bilik air mesti fresh giler kan.

    ReplyDelete
  9. la jenama safi ke ni mimi? dah nampak macam produk oversea sebab packaging tu really buatkan ia nampak mahal dan ekslusif. dan yang pasti kita pun teruja nak beli sebab packaging tu nampak sangat cute dan rasa nak beli semua beautea tu.

    ReplyDelete
  10. Wahhhh Safi ada produk baru. Macam2 warna ada ya. Semuanya utk cater certain masalah kulit kan. Nampak haritu dekat watson. Nanti nak cuba lah satu. Mana satu agaknya yg sesuai xtahulah

    ReplyDelete
  11. PRODUK SAFI semuana best2!! patutlah jenama ni boleh bertahan lama dr dulu smpai skrg... cuma bestnya skrg ni makin bnyk keluaran baru dr Safi dgn bau yg wangi2... menjadi plak tu... hebat SAFI

    ReplyDelete
  12. Banyak betul produk Safi yang ada di pasaran. & kesemua produk Safi kebanyakkan best sangat. Tak sabar nak cuba produk baru Beautea by Safi.

    ReplyDelete
  13. Nad pun dah beli warna pink dan oren..best snagat guna..segar je muka ni..safi dah banyak produk dia keluarkan..bgus kan..banyak pilihan sekrang

    ReplyDelete
  14. Adik I dah cuba produk ni and dia suka, nampak sesuai jugak dengan kulit dia yang kering. Baguslah Safi dah keluarkan macam-macam produk baru.

    ReplyDelete
  15. They have so many different product base on different skin! Looks really good, have not yet try out this product. Glad it can be purchase through local drugstore!

    ReplyDelete
  16. I want to try their facial scrub also, they said its very good.

    ReplyDelete