Nasi Impit + Kuah Lodeh = Lontong

Monday 8 July 2019

Hai readers. Morning..Harini hari isnin, monday blues ke tu. No monday blues okay. Zaman cik mimi bekerja dulu, hari isnin adalah hari yang bersemangat nak pergi kerja. Why? Sebab ahad kan cuti, then pejabat koperasi tu dah macam rumah kedua cik mimi. Then bekerja kat sana even sorang sorang pun tak rasa stress.


Okay harini bukan nak cerita pasal kenangan bekerja, tapi nak bercerita pasal "Lontong". You know lontong? Ada orang tak tahu tau. Serius. Lontong ni terhasil daripada gabungan Nasi Impit dan dimakan bersama dengan kuah masak lodeh. 

Sedapkan lontong. Lontong okay, lontong. Bukan lutong ke apa tau. Jangan salah sebut. 😅
Kalau tanya cik mimi tang mana sedapnya "Lontong" ni. Sedap dia bila tang kuah dia tu sedap la. Memang best la. Pastu penuh dengan bahan. 

Macam biasa la, menu lontong ni akan muncul time raya. Tapi tahun ni raya tak dapat makan lontong, rasa macam frust pulak. Sebab teringin.. Dia punya teringin tu macam orang tengah mengidam. Tapi cik mimi tak pregnant tau. Hehehe..

Tak sangka pula zara dengan zhareef pun suka. Zhareef suka hirup kuah dia. Dia punya hirup tu tak pakai sudu dah. Angkat pinggan terus! Amazing pulak tengok anak pun suka. Haha
Kalau zara dia suka makan dengan nasi biasa. Hirup tang kuah jugak. Next time boleh buat sebab ada geng makan. 

Then harini cik mimi nak share sekali la resepi dia. Maklumlah, kadang cik mimi sendiri pun terlupa nak bubuh bahan apa. 🤣🤣
Manusia biasa kan, kadang pelupa juga kalau benda simple pun. Then kalau ada kawan kawan nak try buat, boleh juga guna resepi ni. 


Resepi Kuah Masak Lodeh


Bahan-bahannya :
🍲 Bawang Merah
🍲 Bawang Putih
🍲 Udang Kering

Dikisar atau ditumbuk bahan diatas ya. 

Bahan rencah :
🍲 Kubis
🍲 Lobak Merah
🍲 Sengkuang
🍲 Sayur fucuk (Direndam sekejap bagi lembut)
🍲 Tempe (Digoreng dan ditoskan)
🍲 Tauhu (Digoreng dan disejukkan dahulu sebelum dipotong kecil)
🍲 Udang (option nak letak atau tak)
🍲 Kacang Panjang
🍲 Serbuk kunyit (Nak pakai kunyit hidup pun boleh)
🍲 Sedikit Garam
🍲 Santan
🍲 Cili merah (Cili Masak)


Cara masakan : 
- Tumiskan dahulu bahan yang telah ditumbuk / dikisar tadi. Nampak garing, masukkan sayur sayuran tadi, kecuali tempe dan tauhu. 

- Gaul biar nampak lembut sikit, masukkan santan dan serbuk kunyit. 
Biarkan sehingga hampir mendidih, masukkan garam, udang, tauhu dan tempe. Serta cili masak.

- Biarkan ia betul betul mendidih, dan tutup api. Mudahkan?

- Ada sesetengah orang makan bersama sambal dan telur rebus. Macam kita haritu tak buat sambal. Cuma letak telur rebus je. 

26 comments

  1. Sedap sangat tu Zhareef sampai menghirup! TQ Share resepi. Boleh cuba =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dimasak dengan penuh kasih syg. tu sampai hirup kuah. 😄😄

      Delete
  2. Kalau kita plak, ni mmg tak panggil lontong. Ni kita sebut nasi impit kuah lodeh je. Dr kecik kita panggil Lontong = nasi macam nasi impit tapi di masak dalam daun pisang, Cuba google kat Wikipedia ada. Sbb tu kita selalu frust bila org kata mai makan lontong, tapi takde lontong nye. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Yeke. Ke lontong ni ikut tempat panggilannya ehh? Sebab husband kita orang melaka pn pnggil lontong. Kita dduk ipoh, family belah mak orang johor pun mmng sebut lontong. Hehe

      Delete
  3. Sape yang suka masak lemak tentu suka. Saya kurang sikit kalau masak lemak ni. Ada yang makan dengan sambal tumis ikan bilis pun sedap sebab leh potong rasa lemak kuah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak suka masak lemak. Haha..
      Tapi tang ni kita jadi suka. Kita pun pelik sebenarnya. Mungkin sebab penuh dengan sayuran tu.

      Delete
  4. alahai sedapnya! thank you sebab share nanti boleh lah masak sendiri dekat rumah, Nampak macam senang je nak masak heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je. Masuk semua bahan kan. Macam masak lemak biasa tu juga.

      Delete
  5. Alaaaa, terus rindu lontong mak! Regu dengan sambal kacang & rendang daging. Ya Allah tak terkata nikmatnya. Tapi bila dah kahwin ni, terikut suami pulak suka makan lontong darat. Tak ada kuah lodeh. Sedap juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lontong darat mcm mn? Nak kena google ni. Hehe
      Kita kalau makan ni dengan sambal bilis je. Nikmatnya..

      Delete
  6. Umi saya suka sangat masakkan lontong time raya. Sengkuang takde la dalam bahan2. Tak tau pulak boleh jugak sengkuang tu. Mesti rasa lagi sedap. Tengok rupa macam nak mintak umi pakai resepi ni pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap letak sengkuang. Tak perlu banyak. Potong pnjng pnjang. Sedap tau.

      Delete
  7. Masa dok kuantan dulu susahnya nak jumpa lontong ni..raya pon rare .maka teringin masak sendiri la juga..haha.. ni baca entry ni pon jadi teringin..aduyai..

    ReplyDelete
  8. Raya ritu xdpt pun mkn lontong..lontong sedap kalau kuah sambal dia kick..nti boleh try resepi mimi

    ReplyDelete
  9. wah.. nampak sedap. jarang sebenarnya saya dapat makan lontong ni, sebab dkt kawasan rumah saya jarang orang buat. mak saya pun mcm tak pernah masak lagi lontong ni. haha mmungkin pernah, tapi saya lupa. bolehlah request nk makan lontong dkt mak lepas ni :) terima kasih share

    ReplyDelete
  10. Sedapnye... dah lama tak buat lontong kuah macam nih, terima kasih kongsi resepi

    ReplyDelete
  11. Ala resipi ni lepas kita dah habis buat open house baru keluar hehehehe tak dapat nak cuba kalau tidak boleh kita masak tak apa nanti Raya Haji lah cuba wakakak boleh tak..

    ReplyDelete
  12. tak pernh buat masak lodeh ni walaupun senang ..sebb banyak baahan kene sediakan..hahahaa..tapi makan masa raya je, kalau hari baisa memng jarang buat

    ReplyDelete
  13. Ok. Rawlins dah shared dengan adik - biar dia belajar masak sebab kalau suruh Rawlins, memang ke laut la jadinya.
    Senang je resipi dia kan.

    ReplyDelete
  14. Adeh sedapnyaaa. Lauk-lauk camni buat rasa rindu nak raya pulak hahah. Lontong ni memang favourite Nad lagi-lagi kalau dalam tu ada isi. Sedapnya! Kalau pandai buat sendiri kan best 😂

    ReplyDelete
  15. Saya kurang gemar makan nasi impit dengan sama ada kueh lodeh atau pun sup. Yang sup tu orang panggil ape dah? Lontong kan. Saya lagi suka kalau makan dengan kuah kacang likat. Tapi husband saya dia bedal je semua. Nanti ada masa boleh refer entry ni nak buatkan kueh lodeh untuk dia.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya masak lodeh tu. Raya tahun ni banyak pula tu jumpa lontong ni. Hehe. Makan pula dengan sambal ikan bilis. Terasa pula dalam mulut

    ReplyDelete
  17. I memang suka lontong dari dulu, biasa i tambah sambal ikan bilis lagi power and more flavour.

    ReplyDelete
  18. I wanna try these dish really badly. I mean I had not have it since like forever. OMG can't resist the gravy and the anchovies and not to mention the sizzling sambal. :D

    ReplyDelete