Wednesday, 19 June 2019

Cara Berlauk.

Hai readers, assalamualaikum, salam sejahtera semua..

Lamanya tak bersiaran. Entry banyak pending. Ni bukan kes beraya sakan tau. Tapi macam tak sempat nak jenguk blog. Pastu berebut fon dengan zhareef. Nak bukak laptop kadang lemau sangat. 

Harini kena rajinkan balik menulis. Kalau tak, sampai ke sudah tak mula menulis. Hari hari jenguk blog. Tp tak up entri. 😬😬



Harini kita try buat kuih yang mak kita selalu buat. Kita biasa tolong. Tapi selalu tolong dah setengah jalan. Disebabkan teringin nak makan kuih cara berlauk macam mak selalu buat, maka nya kita beli acuan dia, then buat sendiri. Bendanya bukan susah pun. Antara nak dengan tak nak je. 

Bukan taknak beli. Tapi kecewa sangat dengan penjual. Selalu jual macam tak ikhlas. Tapi nak untung. Dari kita rasa kecewa lebih lagi, makanya buat je la sendiri kan. At least kita pun dapat 1 lagi pengajaran baru.

Cara nak buatnya pun mudah je. Kita simpan kat sini la ye, apa bahan yang digunakan.

Bahan untuk bancuhan tepung :
- Tepung gandum
- Serbuk kunyit (sedikit)
- Sedikit marjerin/planta (dalam setengah sudu besar)
- Garam (sedikit)
- 1biji telur
- Air untuk membancuh

Bahan untuk inti :
- Isi ayam/daging (boleh guna isi ayam/daging kisar)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serbuk kari (sedikit)
- Sedikit garam
- Minyak untuk menumis

Bahan untuk hiasan :
- Daun sup
- Cili masak merah (kalau nak cantik berseri)

Ni bahan yang kita gunakan tadi. Elok gebu je kuihnya. Tak liat pun. So, siapa nak try boleh la. Next kita nak buat cara manis pulak la.. Kalau ada jamuan ke, dah boleh sumbang kuih ni. 😁😁

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

32 comments:

  1. Sedapnya mimi x pernah nak belajar buat lagii padhal suka makan 😂

    ReplyDelete
  2. suka sangat makan cara berlauk ni tapi bab nak buat tu belum try lagi

    ReplyDelete
  3. akk suka kuih ni, tapi malas nak masak hehehe

    ReplyDelete
  4. I never come across this yet. Looks easy to do and yummy

    ReplyDelete
  5. Kalau jumpa kita mesti beli. Tp susah nak jumpa yg betul2 sedap skrg ni.

    ReplyDelete
  6. Kalau ada masak lebih baik buat atau masak sendiri, bahan kita boleh pilih and control kalau beli kat luar semua tepuung jer.

    ReplyDelete
  7. Sedap ni. Favourite akak ni. Nak try buat jugaklah cara berlauk ni

    ReplyDelete
  8. antara kuih pebret sy ni.. =)

    ReplyDelete
  9. kuih peberet ni..pandainya mimi buat..hehee..kalau isis banyak pastu ada cili memang ummpphh sedpp

    ReplyDelete
  10. selalu mkan ni time bulan puasa hee

    ReplyDelete
  11. Lama xmakan kuih cara berlauk... Wawa suka giler kuih nim..

    ReplyDelete
  12. suka jugak cara berlauk ni tapi tak pernah buat sendiri.. takut tak jadi je.. kalau dapat buat sendiri macam ni.. tentu sedap kan.. boleh letak inti tu banyak2.. nanti nak cuba la cari acuan dia.. nampak. macam senang je tu.. tq ya share..

    ReplyDelete
  13. I'm already hungry at the sight of this yummy snacks. I will try to learn to do this by using your recipe. 👍😁 thanks for sharing.

    ReplyDelete
  14. Sedapnya, terasa nak buat jugak sendiri. Thank you sudi share resipi, harap anak suka lah makan macam ni. Dia memilih makan, so banyak kena fikir nak bagi makan apa. Ulang2 benda sama je bosan agakanya.

    ReplyDelete
  15. sedapnya cara berlauk ni. dulu mak rajin buat juih ni untuk minum petang. makan sedap tapi nak buat tu malasnya. kan dah start buat syok la tuang dalam bekas tu, tahu-tahu dah makin banyak cara haha

    ReplyDelete
  16. Family saya suka jugak dengan kuih ni. Tapi masalahnya nak buat tu tak reti, ni nasib baik dah ada cara-cara nak buatnya, senanglah. Terima kasih ya share :)

    ReplyDelete
  17. Selalu beli je tak pernah cuba buat bila tengok bahan dia semua senang rasa nak buat pulak nanti. Baca entry ni memalam terus lapar hahaha

    ReplyDelete
  18. OOhhhh Senang ajaj rupanya nak buat kueh cara berlauk ni, akak memang suka sangat tapi tak tahu nak buat ingatkan leceh.. rupanya senang aja.

    Boleh lah coba nanti. Thanks for sharing dear

    4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing

    ReplyDelete
  19. nampak macam senang je membuatnya. kita pun memang suka sangat cara berlauk ni. dah lama sangat tak mencubanya.

    ReplyDelete
  20. Rajinnya buat cara berlauk, Kak memang suka mkn tp mls buat haaa.. Thank sharing resepi nti tray buat

    ReplyDelete
  21. Cara berlauk adalah kuih my all time favorite. Tapi betul, sekarang semua meniaga nak kaya cepat dan bukan nak bagi orang makan. Nasib ada jumpa seorang makcik yang meniaga ikhlas akt area rumah nie.

    ReplyDelete
  22. Wah.. dah makin terror mimi buat kuih muih ni... dasyatt... ni mesti gara-gara dah syok sangat memasak sebab bahan cukup dan nak pulak dapur dia besar dan cantik.. kalau dekat nak je mai umah berguru dengan mimi.. heheheh

    ReplyDelete
  23. sedap ni mimi..kita suka sangat kuih ni,tapi malas la nak buat sendiri hihi

    ReplyDelete
  24. Pandainya..buat sendiri lg sedap pastu boleh makan puas2..lauk pon boleh boh sesuka hati

    ReplyDelete
  25. Pandai mimi buat cara. Nampak sedap dan menyelerakan. Nanti akak nk try jugaklah cara berlauk mimi buat ni. Buat sendiri lagi jimat

    ReplyDelete
  26. tak adalah susah sangat rupanya nak buat. cara berlauk nie mmg feveret sy, lagi2 kalau banyak isinya. kalau buat sendiri puas hati. boleh bubuh ikut suka n buat banyak2 kan

    ReplyDelete
  27. Favorite ena ni suka sangat makan. Tapi betul la kadang penjual ni bubuh sikit sangat tengah2 tu. Kuih ni dah lah comel. Hehe. Resepi pon senang je rupanya. Rajin dengan tak rajin jela nak buat.

    ReplyDelete
  28. Akak.. Nak tengok step by step pics.... Senang sikit.. For the next entri can do like that? Yana tengah belajar memasak... So memang guna resepi lain2 untuk try out

    ReplyDelete
  29. Mak mouse mommy pun rajin buat utk kami makan jugak bila kecil2 ni. Nostalgia betul resipi ni, simple dan senang nak buat.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments