Koleksi Tudung Sarung Pilihan.

Wednesday 8 May 2019


Assalamualaikum, hai readers.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Harini baru berkesempatan nak share al kisahnya tudung sarung pilihan.

Haritu masa bulan 4, ntah kenapa la kemaruk sangat nak cari tudung sarung tau. Dia punya nak tu, hari hari dok survey. Dia punya nak nak nak tu macam orang mengandung mengidamkan sesuatu. Akan cari benda diinginkan tu sampai dapat. Survey pun sebab Cari pilihan harga yang orang kata, berbaloi la kalau beli tu. 
Kalau boleh tak perlu mahal mahal. Janji cantik dan selesa pakai. 

Survey punya survey kan, ada 4 pilihan kita jumpa. Sebenarnya 3 je. Tapi ntah macam mana terjumpa 1 lagi page kat facebook ni, terus la grab sebab harga pun berbaloi. 
Cuma ada dari 1 seller ni je kita tak pakai lagi. So kita akan sharekan dari 3 page facebook yang kita beli ni tau. 



WM Collection.
Sehelai tudung dia berharga Rm25
Actually kita beli 2helai. Tapi lagi sehelai tu supplier tersalah bagi size. Kita order M. Tapi terbagi size L. Kita boleh je pakai size L. Tapi haritu size L nya besar. Tak berapa sesuai dengan kita, so kita jual pada kawan yang nak la. 

So kalau korang berminat, cuba la beli. Sebab coraknya pun lawa lawa. Nak mudahkan urusan, nak tanya stok yang ada, whatsApp je. Nanti supplier akan hantar stok yang latest.





MazilaBoutique My
Yang ni kita beli 2helai juga. Harga dia Rm50 termasuk postage untuk 2helai. 
Kita ambil warna hitam dan juga brick. Warna brick ni macam maroon tapi gelap sikit kot. 
Selesa pakai. Dok belasah pakai hari hari keluar ambik zara sekolah. Kita beli warna plain je. 

Luni Collection
Yang ni kita ada beli 2helai juga. Tak silap masa tu supplier nak habiskan stok. So dia jual buy 1 free 1 macam tu. Tapi yang ni kita tak pakai lagi. Ntah kenapa rasa macam warna tu tak ngam pulak dengan muka. So kita simpan je la dulu. Mungkin satu masa zara dah boleh pakai, kita bagi je pada dia. Hehe

So, untuk ni, kita takde testimoni nya la. Tapi korang boleh je survey survey. Sebab dah banyak pilihan dah koleksi dia. 

Yang last dan akan repeat order in shaa Allah..


Didam scaft


Didam Scaft


Didam Scaft

Didam Scaft.
Yang ni haritu kita beli set combo 3helai terus.
Masa tu harga dia untuk sehelai Rm12. Grab 3helai Rm34 tak termasuk postage.
So berbaloi beli combo, sebab jimatkan postage dan sememangnya kita perlukan lebih tudung sarung. Sebab sekarang ni nak kena cepat. So mudah kalau adanya tudung sarung ni. 

Haritu masa kita balik ipoh, mak cakap nak cari tudung sarung. Mak konon konon berkenan yang kat Go Shop kot. Kelazzz tau mak kita ni, berkenan tudung hat mahal. Kekeke..
Last last kita tunjuk tudung kita dari Didam Scaft ni , dia borong terus sampai 10helai. Pastu adik ipar pun nak, last-last 20helai terus dorang borong. Meriah. Suka tengok tudung yang sampai tu sebab semuanya cantik cantik.

Untuk tudung dari Didam ni tentunya ada testi la kan. Sebab best, dan kita akan repeat lagi. 

Ni contoh 3helai tudung bercorak yang kita grab haritu. Harap harap stok baru ni lelawa la, sebab nak grab lebih sikit. Kikiki.. Tak puas la beli sesikit ni. Alang alang beli, beli banyak terus sebab boleh tukar tukar pakai. Lagi lagi nak raya ni. Beli sekali tuk pakai raya.

Actually kita share ni bukan nak menunjuk. Tapi sebab harga berbaloi kalau nak beli, then kalau yang bercorak tu kan, lawa lawa bila tengok real tau. 

Ni kan nak raya. Apa kata, korang hadiahkan la untuk mak ke, kakak tersayang ke, isteri tercinta ke dengan tudung ni. Gembirakan hati mereka. Kita dapat tudung ni pun dah rasa happy. Walhal beli pakai duit sendiri. Kalau la orang hadiahkan, rasanya happy tu sampai terbawak dalam mimpi kot. Hehehe

Sekian dulu perkongsian dari kita. Yang nak beli, klik je link page dorang tu ye. Harap dapat la membantu. Kita share salah 1 sebab kualitinya juga. Even murah, tapi kualiti dia elok tau.  😉💕

45 comments

  1. Mudah,cepat,ringkas dipakai..suka lagi-lagi bila balik kampung..dalam perjalanan nak solat di RNR mudah..kalau kat rumah ada orang datang zaasssss sarung terus..nak tengok jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Betul tu PC. Memang memudahkan pun sebab tinggal sarung je kan..

      Jemput singgah. Mana tahu berkenan, boleh grab.

      Delete
  2. Alahai cantiknya. Dah dah tak tengok orang pakai tudung sarung macam ni. Maklumlah dah bukan trend. Tpi cantik je design2 tudung ni. Boleh belikan mak ni. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab orang sekarang suka pakai shawl.. atau pakai yang jenis berdesign.
      tu susah nak nampak pakai yang simple macam ni..

      Delete
  3. Oo emi ingat beli dari seller yg sama. Rupanya dari seller berlainan. Emi jarang pakai tudung sarung. Tapi macam nak kena cari jugak la satu untuk musim raya ni. Sebab ada kenduri kat rumah time raya ni. So senang kalau ada tudung sarung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak emi.. beli dari berlainan seller. Sebab tu kita share kan kat sini.
      supaya kawan-kawan ada pilihan. hehe

      Delete
  4. Cantiknya corak-corak tudung tu. Terberkenan pulak ni. Hehe.. Memang wajib pun beli tudung kan.. Untuk kegunaan kita seharian. Sesekali tukar-tukar pakai barulah best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. tak kan hari hari nak pakai tudung sama.
      karang berkepam bau kepala. hihi

      Delete
  5. Mimi sesuai pakai tudung macam ni.. nampak kemas dan comel sebab mimi memang comel pun.. sekarang memang nak cari tudung yang senang sarung terus macam ni kan mimi.. TB berkenan lak yang 3 rm34 tu.. ada lagi ke? suka sebab labuh tudungnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai ke tak sesuai belakang kira kak..
      sebab nak keluar hantar ank sekolah payah kalau nak sarung tudung bawal.
      nak kena iron lagi kan..
      so ni la penyelamatnya. hehe
      stok lama habis dah baru ni kita tanya,, kena tunggu stok baru..

      Delete
  6. suka jugak pakai tudung sarung ni sebab senang nak travel, tak payah fikir nak iron semua dah. Tinggal nak sarung je pastu gerak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul. bab travel lagi la kena cari yang selesa dipakai.

      Delete
  7. berkenan tengok tudung dr didam tu..cantik design dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa pun kak El.. ni pun kita tengah tunggu stok sampai.
      Nak order lagi..

      Delete
  8. Senang afa tudung sarung ni. Skrg dah byk corak yg cantik2 dah. Tgl pilih je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sekarang dah divariasikan dengan corak-corak yang lawa-lawa..

      Delete
  9. Cantiklah tudung sarung mimi pakai.. Wawa nk sgt pakai tdung sarung tp muka wawa xsesuai sbb jnis lebar besar. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wawa nampak ok lagi bila pakai shawl ye..
      Kita ni malas nak berlilit2.
      heheh

      Delete
  10. Bagi saya tudung sarung ni koleksi wajib semua Muslimah terutamanya bagi tujuan kecemasan dan pantas macam kalau ada orang tetiba datang rumah. Bolehlah terus capai dan sarung. Cantik-cantik koleksi tudung sarung pilihan yang disyorkan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Betul sangat, wajib ada kalau tak banyak pun.
      Time emergncy memang perlu sangat la..

      Delete
  11. tudung sarung ni jadi pilihan sebab senang nak pakai. tak perlu gosok mcm kain tudung bawal dan shawl tu. lagipun, ia juga sesuai dengan semua orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, setuju sangat-sangat..
      oleh je nak bergaya dengan bawal semua tu..
      Tapi kalau mood malas pegang iron dah datang, tudung macam ni la dicari..

      Delete
  12. Sally suka design yg Didam Scarf tu sbb design dia mcm up to date, murah jugakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sally.. Pastu kan material dia tu okay sangat tau, walaupun murah.
      Dia bukan jenis chiffin nipis tu..

      Delete
  13. Semua cun...padan dengan mimi

    ReplyDelete
  14. Nampak kainnya cantik-cantik dan selesa.

    Harga pun boleh tahan murah! Wah, boleh lah lepas ni try tengok-tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, Material dia sangat okay.
      Sebab tu kita nak repeat menambah stok lagi.. heehe

      Delete
  15. Sng pakai tudung sarung.. Tp mcm zaza pakai spek kena cari yg awning lembut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni awning lembut zaza. Yang orang dok sebut scuba tu..
      Best pakai..

      Delete
  16. senang pakai tudung sarung ni..tapi nad kalau pakai mesti tak lawa..hahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang sebab tak biasa pakai nad.. tu dok rasa tak lawa.. hihi

      Delete
  17. Cantiknya pilihan tudung.. senang nak pakai kan tudung sarung macam nie..

    ReplyDelete
  18. Cantik n senang di sarung tak payah nak lilit2 bagai. Boleh le beli buat collection..bagi hadiah kat kakak2 pun ok gak ni

    ReplyDelete
  19. Murahnya yang Didam Scaft tu! Lawa lawa plak tu designnya, berkenan tengok. Nak shopping gak lah hehe

    ReplyDelete
  20. Cantik cantik tudung sarung Mimi pakai. Akak dah lama tak pakai tudung sarunf .Nih nak cari semula tudung sarung sebab senang nak pakai bila pergi tempatbdekat deka . Sarung aje ka . Kalau shawl kang nak lilit sana sini lagi

    ReplyDelete
  21. Lawa tengok awak pakai tudung sarung, kalau kita pakai orang panggilan makcik dah. Boleh la nak belikan untuk mak nanti, dah nak raya ni kan. Sekurangnya ada idea nak beli apa untuk mak. Yang didam scaft tu lawa-lawa betul la

    ReplyDelete
  22. Wah the price is very reasonable right, i like the Didam Scaft in pastel and floral.

    ReplyDelete
  23. tudung sarung memang selalu emnjadi pilihan wanita2 di luar sana sebab senang. tinggal sarung je dan tak payah nak susah2 gosok dgn sungguh2. tak kan pernah lapuk dek zaman.

    ReplyDelete
  24. Orang perempuan tak kisah kalau tudung banyak dalam almari pun mereka masih kat tak ada tudung nak pakai bila keluar wakakakaka... hehehehe tengok yang baru macam lagi lah kita nak beli bagi hadiah kat mak sebab mak kita suka tudung macam ni...

    ReplyDelete
  25. Thanks sharing mimi. Okay la harganya affordable. Huda ada beli kat pasar malam tudung sarung, harga RM25 . Tak tahu ada jual online harga lebih berbaloi. Thanks sharing, nk beli jugaa tudung raya utk pakai kat rumah.

    ReplyDelete
  26. Manyaknye tudung dia.. semua cantik² belaka..

    ReplyDelete
  27. cantik pulak design tudung tu, bukan setakat boleh pakai santai-santai nak keluar rumah, kalu pandai match boleh pakai event majlis kahwin dan sebagainya. mesti kain tu lembut & sejuk kan

    ReplyDelete
  28. I like the WM collection very much...and from the price I think I can afford to buy 2 pairs each for my mother and sister.

    ReplyDelete