Juadah Berbuka Puasa Ke-14

Sunday 19 May 2019


Assalamualaikum.. Holla readers..
Sekejap je dah masuk 2minggu kita semua berpuasa. Macam mana puasa? Masih full? Alhamdulillah.. 2minggu juga kita masih menyediakan menu seperti biasa. 
Even membeli, tapi lauk pauk setakat ni masak sendiri. 

Untuk harini kita just nak share menu simple je la. Saja tepek dekat blog sebagai kenangan kan. Mana nak tahu, nanti dah tak tahu nak buat menu apa, boleh tengok balik menu menu yang dah terbuat. Atau sebenarnya bulan puasa ni akan keluar menu menu baru,kan?


Macam biasa, kalau bab kuih muih ni selalunya beli je. Sebab nak makan pun tak banyak kan. Jadinya beli la. Pilihan ada kan. So pilih je nak apa. 


Harini ddy dorang cakap buat nasi goreng daging. So kita buatkan je la nasi goreng daging. Selalu buat nasi goreng bubuh isi ayam je kan. Jemu jugak kan.. Tapi kita tak makan sangat. Jenis kita berbuka cukup sekadar ada air dengan kuih muih. Dah rasa kenyang.


Isi Ayam Ala Pop Corn
Ddy dorang mintak gorengkan isi ayam, potong kecik kecik pastu goreng celup tepung. Bukan susah pun. So, buatkan je la. Nak meratah pun sedap.


Elok tengah masak, jiran depan rumah hulur sepinggan puding karamel. Ya Allah.. Seronoknya dapat jiran yang sudi tertukar juadah ni tau. Dulu 4tahun kat gemas tak merasa buat macam tu walhal jiran ada je. Tapi sebab kita duduk tingkat 4, jiran searas pun takde tau. Bukan xde jiran. Tapi lagi 3 rumah tu jenis isteri tak duduk sekali. 
Ni kita dah pening kepala ada 3pinggan akak jiran depan nak dibalas. Kita blur nak masak apa. 😅😅😅

Bab pikir menu sekarang ni kita suruh ddy dorang pikir. Sebab apa? Sebab kalau kita bagi cadangan pun dia taknak menu tu. So, kita suruh je dia bagitahu apa dia nak makan. Kalau dia tak boleh bagitahu, kita goreng telur makan dengan nasi, kicap je la. Hehehhe








21 comments

  1. terliur tengok puding caramel tu..memang favourite ekin tu..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Mimi. Menu ringkas ni yang nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  3. wow now I am feeling hungry. Yeah lots to try I see here, I like to eat too. Caramel pudding I bet my kids will love to try them too. My sis in law loves cooking, but nothing like this here, I guessed she has her way of cooking.

    ReplyDelete
  4. sedap tu nasi goreng daging..teringin nak buat tapi tak terbuat-buat..ehhehe..kek karamel tu pun nampak sedp..haritu baru je makan

    ReplyDelete
  5. ok jugak kan klu buat nasi goreng daging...sebenarnya klu nasi goreng kita bole aje pelbagaikan bahan. klu ada sotong bole letak sotong..klu ada udang letak udang...jadi rasa mesti berbeza..mesti anak-anak suka.

    ReplyDelete
  6. paling terliur kat kuih and isi ayam ala popcorn tuuu hahahhaa. nampak sodappp! :D

    ReplyDelete
  7. Tu dia nasi goreng dengan cili api sebijik-sebijik nampak. Rawlins setakat nie jarang sangat masak, banyak berbuka kat luar manakala membeli kat PaRam ada la dalam 2 kali kot hehehe

    ReplyDelete
  8. Nasi goren daging tu nampaknya macam sangat enak belaka kan. Lapar lar sekarang ternampak gambar ini. Wow jiran memang pemurah kan bagi puding karamel. Mesti sedap. :D

    ReplyDelete
  9. HHAHAHA YA ALLAH puding caramel jiran awk tu!! HAHAHHA dh bole meniaga dh tu gebunya lahaii hahaha kruk kruk trus perot ni!! kejam wakk

    ReplyDelete
  10. waa sedapnya nmpk puding caramel jiran tuu hehe. seronok jugk kn bila ada jiran yg suka dan saling nk tukar2 juadah masakan ni. nasi goreng dan kuih muih oon serinok je jugk layan unt berbuka, klau goreng telo je pon sedap haha.

    ReplyDelete
  11. I tak pernah masak sekali pun. Every time sampai rumah pukul 7:00 lebih. Tak sempat buat apa dah Azan dah pun. Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  12. Kenapa nasi goreng tu berasnya nampak macam besar-besar jer pakai beras apa tu hehehehe kita memang suka nasi goreng daging kita kurang sikit letak ayam wakakaka.. Simple tapi masak sendiri lagi bermakna dan jimat tambah dapat tukar-tukar ngan jiran best....

    ReplyDelete
  13. Menyelerakan semua. Ruby pun suka menu simple tp pelbagai mcm ni. So taklah boring makan berbuka sesama keluarga. Hehehe

    ReplyDelete
  14. Mmg bulan puasa ni menu ala kadar je.. selalunya sejenis lauk dan sejenis sayur. Cukup dah.. lagipun time puasa bnyak minum air dr makan.. suami pun sama makan je menu apanyg dimasak utk anak-anak.

    ReplyDelete
  15. Syira paling tergugat tengok ayam tu. Hahahaha puasa ni apa pun nampak sedap di mata. Nasi goreng daging ye? Macam menarik idea ni

    ReplyDelete
  16. The food looks very yummy. Yes it always good to eat together at home rather than dine out.

    ReplyDelete
  17. Seronok berkongsi juadah dengan jiran, dapat makan pelbagai lauk dan jugak menjalin silaturrahim. Selamat berbuka puasa bersama keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  18. Baru je buat puding karamel ritu tapi kurang manis pulak. Kena cari balik resepi yang memang sedap. Huhu. Last-last tambah sendiri je susu pekat manis sbb nak bg manis.

    ReplyDelete
  19. Sedapnya nasi gireng daging.. nak kena beli daging juga nie.. lama tak makan.. asyik ayam je.. tukar sesekali pun best juga..

    ReplyDelete
  20. nasi goreng daging win .. tak pernah masak. ini boleh jadikan menu utk family and tak semestinya untuk bulan puasa..

    ReplyDelete
  21. sedapnya menu.teringin puding caramel tu.selalu nampak orang jual tapi macam nak buat sendiri last-last tak terbuat pun

    ReplyDelete