Thursday, 30 May 2019

Barang Hilang? Mudahkan Carian Dengan Tag La V2

Hai readers! Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Harini cik mimie nak share dengan semua orang tentang satu benda baru ni.
Rata-rata antara kita ni kadang kala mesti menjadi seorang yang pelupa sekejap kan?
Contohnya macam selalu yang terjadi, terlupa letak kunci rumah dekat mana. Disebabkan nak keluar rumah, baru perasan kunci takde kat tempat biasa. Betul tak? Gelabah ke tidak? Dah la terlambat, sekali benda penting pulak hilang.. Dan dalam masa yang sama juga, kita akan buang masa mencari dulu kat mana kunci tu tersembunyi. Rupanya ada je terselit dalam bag. Maklumlah, kadang tu dah buka pintu, kunci selit balik dalam bag kan..



Okay, memandangkan benda ni selalu terjadi, jadi cik mimie nak sarankanlah pada korang, apakata korang cuba dapatkan TagLa ni.. Apa benda TagLa ni? Haaa, ni nak cerita sikit pasal benda ni.

Intro Tag La :

TAG La telah melancarkan inovasi produk terbaharunya, TAG La V2, selepas satu tahun proses pembangunan. Penjejak Bluetooth berbentuk pusingan baru ini ditetapkan untuk menjadi lebih banyak bersaiz padat, lebih tahan lama dan menghasilkan bunyi berbunyi desibel yang lebih tinggi, yang boleh didengar dengan mudah oleh pengguna.

Rakyat Malaysia adalah orang istimewa yang mula-mula mendapatkan pada kami tracker Bluetooth baru ini.
Sebelum ini, TAG La Technology menawarkan pelacak berbentuk segi empat tepat, TAG La. Dengan TAG La V2, syarikat itu telah meningkatkan penampilan peranti itu dengan reka bentuk berbentuk bulat.

Mengapa bentuk bulat?
Penyelidikan menunjukkan bahawa seseorang membazir secara purata 10 minit setiap hari mencari barangan pada tempat yang salah . Tambah itu dan anda telah mensia-siakan sebanyak 150 hari dalam seumur hidup anda. Bentuk baru mewakili masa, jam, jam tangan. Ia berfungsi sebagai peringatan harian untuk menghargai masa dan hidup anda hari dengan cekap.

TAG La app

Bersama dengan peranti TAG La V2, TAG La juga melancarkan kemas kini ke aplikasi mudah alihnya yang akan mempunyai antara muka pengguna baru, memberikan pengguna TAG La pengalaman pengguna yang lebih lancar dan lebih baik.



Okay, agak-agak paham tak dengan TagLa ni? TagLa ni kiranya alat penyelamat untuk korang la.. Kalau fon tertinggal pun dia boleh bagi alarm macam tu. Tapi kalau fon ni cik mimie jarang la tertinggal. Sebab benda tu memang selalu dicheck dah masuk bag ke belum. Dan TagLa ni kita gunakan untuk kunci rumah la. Maklumlah kunci rumah ada sorang 1 je. Kalau hilang nanti, susah. Lagi lagi nak balik bercuti raya ni kan. Barangan penting kena simpan betul-betul okay. Mana tahu, anak buat main kita tak sedar ke, menangis la kalau terhilang.



Macam mana nak gunakan Tag la ni, korang kena install app nya terlebih dahulu ya. Dan bluetooth juga kena dalam keadaan aktif. Kalau tidak, ianya tidak berfungsi. Ada diberikan buku panduan sekali tau. step by step ditunjukkan. Ianya tidaklah susah mana pun. Mudah sahaja. Agak menarik tak? Mesti ada yang nak tahu berapa harganya kan?

Harga yang ditawarkan : 
RM79.90 sekeping

Harga promosi
Pek Rakan (3 keping) RM199.90 (NP: RM239.70)
Pek Keluarga (6 keping) RM369.90 (NP: RM479.40)
Beli RM100 dan ke atas untuk menikmati penghantaran percuma.

Pilihan warna

Hitam, merah, kuning, hijau, biru dan putih.

Bagaimana hendak membuat pembelian?
Layari : https://tagla.com.my
facebook : www.facebook.com/taglaTM

Okay, cik mimie dah dapatkan 1. Awak bila lagi? Jangan lupa dapatkan sebelum terlambat ye. Nak lagi jimat, pakat pakat la dengan suami, isteri, kawan-kawan atau saudara mara tu beli sekali. Ingat! Jangan buang masa untuk cari barang yang hilang. Permudahkan dengan TagLa! 

27 comments:

  1. wow..mudah la ada benda klu cr barang hilang..:)

    ReplyDelete
  2. Huhu kena cari satu ni. Selalu sangat lupa letak kunci kat mana hehe😅😅

    ReplyDelete
  3. A person that have short memory like me definatedly need this. I owe the Christmas version of Tag. Like it.

    ReplyDelete
  4. Harga mampu milik. Kira macam sensor kan. Ia memudahkan kita yang sering pelupa, terima kasih berkongsi satu alat mampu bantu Naim kelak. Nanti nak survey .. hehe

    ReplyDelete
  5. Insan seperti Rawlins memang perlukan TagLa nie - selalu tertinggal kunci, wallet dan macam-macam lagi.
    Nampak gaya kena beli yang second package tu sebab satu tak cukup. Haha

    ReplyDelete
  6. I have tag La as well. Love how I don't have to look for my car keys in the morning anymore!

    ReplyDelete
  7. Menarik jugak ya alat ni kan mimi.tgk harga pun mmg boleh dibeli

    ReplyDelete
  8. Bestnya gadget ini. I selalu hilang kunci dan payah nak cari . Will get this to make my life better.

    ReplyDelete
  9. Mudahnya ada apps ni. Kunci rumah dan kereta ada duplicate pon tetap hilang. Baru berlaku pintu bilik terkunci lepastu ena tak ingat letak mane kunci. Haru cari. Last2 pakai kad. Huhu.

    ReplyDelete
  10. para suami kena ada TAG LA ni ya �� sekaum dorang suka hilangkan barang..

    ReplyDelete
  11. Sesuai sangat dengan Nad yang pelupa ni. Lagi rushing, lagi adaaa je benda nak hilang lupa letak mana. Sekarang pakai pouch kecil khas untuk letak kunci saja hahah. Btw, warna kuning tu sexy lah hehe.

    ReplyDelete
  12. Barang yang mudah hilang kena ada kotmnenda ni. Senang kota nak buat pencarian balik. Paling best saiz dia praktikan untuk dibawa ke
    Mana sahaja

    ReplyDelete
  13. Woww nyaa!! klu sy kunci n phone tu mcm jarang lah lupe hahaha jap yg mungkin misplaces err earphone! hahaha penting tau i cnat live without music gtuh, btw bagus sgt ni great invention!

    ReplyDelete
  14. haaa inilah alat yag ditunggu2...saya selalu terslah letak beg dompet...rasa boleh jugak guna tag la ni...pastu mungkin boleh letak pada mak2 yang sedang shopping raya ..senang asben nak cari...ehehehe

    ReplyDelete
  15. I need this also la, coz i always misplace my car or house keys.

    ReplyDelete
  16. Artikel Yang Bagus Gan Mohon izin Comment nya ^_^

    BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME.
    Join US ! klik link di bawah ini ☟
    Prediksi Bola dan Togel.
    Bola Online
    Mix Parlay
    Bola Jalan
    Bandar Bola

    ReplyDelete
  17. wah.. tah mudah skrg.. sha selalu lupa letak spek kat mana.. hehehe

    ReplyDelete
  18. mcm best je.. kunci selalu hilang.. ahahaa

    ReplyDelete
  19. bagusnye bende ni.. senang detect bila hilang..

    ReplyDelete
  20. senang ada alat ni kan mimi.. kalau memang jenis pelupa ni.. elok la guna lat ni.. senang nak cari barang tu

    ReplyDelete
  21. I have one of these too. Tagged my car key

    ReplyDelete
  22. Kalau lupa senang, tak gelabah.. Benda penting kalau hilang zira gelabah sikit. Huhu

    ReplyDelete
  23. Wah mkin mudah la ye... Senang nk mencari

    ReplyDelete
  24. Situs Permainan Kartu online yang dapat menambah penghasilan tambahan
    yuk langsung saja https://bonsaiqqjr.blogspot.com

    ReplyDelete

Sponsor

Comments