Putus Penyusuan atau Wean Off

Tuesday 9 April 2019

Hai readers.. Hai mommy semua..
Pernah tak rasa, kalau kena putus susu ni, macam ibarat orang putus cinta. Ehh putus cinta pun tak sehebat tu rasanya..
Tak kisah la putus penyusuan tu secara paksa ke atau memang dah sepatutnya bila capai umur 2tahun ke..

Selalu kita baca kisah kawan kawan bab putus penyusuan ni. Ye perasaan tu memang lain macam sangat tau. Bila anak hampir masuk 2tahun dalam kepala mula berlegar legar. "Ready ke tidak".. Erm.. Saat anak menyusu, kita usap dia.. Usap kepala dia.. Memang feel dia lain tau.. 

Ni just nak simpan kat blog je la pengalaman kita. Masa zhareef masuk usia setahun kita sulam penyusuan dia. Kiranya Bfeed dan FM (Formula Milk) juga. Sebab dia kuat menyusu. Susu badan pula bukan banyak macam masa dia baru lahir. Dari biarkan anak berlapar, menangis meragam, lebih baik campur je kan. Dan kalau anak kena tinggal pun in case ada majlis kena pergi, tak risau la. Anak tak lapar susu.

Zhareef nyusu lama. Kiranya sampai usia 2tahun berbanding zara setahun 10bulan je. Sebenarnya lebih kepada "ketagih" pun ada. Biasa la budak kan.. Time nak tidur orang kata mesti nak "mengempeng".. Sebab kadang tu bukan dia menyusu pun. Saja nak main main. Zhareef stop menyusu masa umur lagi 3hari nak masuk 2tahun 1bulan. 

19.Januari.2019
Hari last jumpa anak anak masa sebelum operation. 
Haritu hari sabtu. Minta ddy dorang bawa budak budak datang hospital. Cakap kat ddy nya. Rasa macam bengkak susu sikit. Nak bagi zhareef nyusu. 

Cakap kat zhareef "adik.. Harini last adik boleh susu mama tau.. Esok mama kena operate. Nanti dah tak boleh susu dah. Adik kena susu botol je. Nanti opah buatkan susu adik tau. Minum banyak banyak"..

Allah.. Masa tu sebak jugak cakap camtu kat anak. Tapi sebelum tu zhareef ditumpangkan kat rumah kawan. Then memang dia nyusu botol pun. Cuma sebab kebetulan bengkak susu sikit, paksa juga dia nyusu. Tapi zhareef malu malu. Sebab tak dapat nak jumpa mama dia kan beberapa hari. Selama mama dia kena admit, selama tu dia tak menyusu (bfeed)


Bagi susu kat dia sampai dia terlena. Allah.. Sayunya masa tu. Tak sangka dia nyusu sekenyangnya sampai boleh terlena. Lama juga la dia tido tu. 2jam ada kot masa tu. Sempat la nurse masuk bilik masa tu nak check, dia cakap "lenanya dia tidur".. Dan alhamdulillah. Bila tiba hari operation, terus susu dah takde. Kering terus. 19 januari tu la last zhareef menyusu.

Setakat ni zara dan zhareef putus penyusuan dengan izin Allah. Dipermudahkan.. Yela, bukan senang nak get ready mental fizikal bab macam ni kan.. Anak kan. Dikandung, dilahirkan dan dinyusukan.. Memang feel dia tu menangkap jiwa la orang kata. Macam kita alhamdulillah target nak susukan zhareef sampai 2tahun terlaksana. 
Nak putus penyusuan pun mudah. 
Zara putus susu sebab dia kena HFMD. Dan zhareef pula sebab mama dia operation.

Apa apa pun, bab putus penyusuan ni kena ready. Mental fizikal semua la. Ada je ibu ibu yang jenis taknak BF sebab leceh. Nak jaga malam la kan. Apa pun atas individu. Dan putus penyusuan ni kena persediaan si anak juga. 

Kita ada juga terbaca Tips Nak Putus Penyusuan ni DISINI.



11 comments

  1. Hehe emi ingat lagi adik bongsu emi dulu masa nak wean off, kemain mak sapu kopi la...sapu sirap rose la, tapi cerdik..dia pi ambik kain lap. Pastu dia sambung menyusu lagi hahah

    ReplyDelete
  2. alahai sedih pula baca entry Mimi ni... mesti teringat-ingat.

    ReplyDelete
  3. Huhu tak pernah dpt menyusu anak bertahun.. paling lama 6 bulan then dorg x nak dgn sendiri..

    ReplyDelete
  4. Dah pernah rasa perasaan tu. Memang sedih tapi kena juga..

    ReplyDelete
  5. Walaupun belum kahwin dan tak ada pengalaman, tapi cerita mimi ni mmg topik yg menarik. Apa pun mcm mimi kata mental fizikal semua tu kena sedia lah kan

    ReplyDelete
  6. pengalaman ini cik en tak rasai lagi. 1 day mesti cik en rasa.. dan dpt feel cmne wean off ini

    ReplyDelete
  7. Dah pernah rasaaaa.. huwaaa.. rasa sedih bila harraz tak nak menyusu lagi masa umur lagi 2 minggu nak masuk 2 tahun.. rasa sedih sebak x ready lagi nak wean off

    ReplyDelete
  8. Alahaii kesiannya.. Takpe dia dapat juga merasa susu ibu buat kali terakhir.. Nad ni si kakak sampai 4 tahun.. Adik tak tau pulak.. Betul lain macam bila putus susu ni..

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this and i m not a mom yet but i can imagine the emotional connection between mom and child.

    ReplyDelete
  10. Setiap ibu mempunyai pengalaman putus susu yang berlainan. Akak alhamdulillah semua anak mudah nak putus susu. Kesian anak Mimi tapi takpelah at least dia merasa juga susu Mimi

    ReplyDelete
  11. Kalau anak tak minum susu memang kita risau, takut ada masalah lain ke sbb dia tak boleh ckp lagi jadi kita pun tak faham. Tp klu dpt minum susu pastu lena memang kita lega

    ReplyDelete