Pengalaman Anak Naik Bot.

Wednesday 24 April 2019

18.04.2019
Assalamualaikum, hai readers!
Ehh, beberapa hari juga la kita tak update blog kan. Bila balik rumah mak ni macam macam la hal nya. Maklumlah, bila dapat balik Ipoh ni mula la nak ke sana sini. Sebab duduk Mersing nothing special la for me and family.
Takde tempat best nak bawak anak anak berjalan. Kecuali pantai. Actually kita biasa biasa je dengan pantai ni.

Actually dah plan lama dah. Nanti pergi Gunung Lang kat jalan kuala kangsar tu nak bawak anak anak naik bot la. Sebab kat situ bayarannya tak mahal. So berbaloi la orang kata kalau nak bagi anak merasa tu. Tiket pun murah sesangat.

Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM1.50
Makanan Ikan : Rm1 (kalau nak beli la)

Sebenarnya pernah bawak anak anak ke bandar hilir, Melaka. Zara nak naik bot. Tapi idok ler mampu nak buang duit macam tu sesaja. Sebab masa tanya tu tiketnya RM18 seorang. Kanak kanak tak berapa ingat. Rasa macam RM11. 
For me membazir la pula, sebab macam bukan penting pun kan. So ni balik ipoh pergi je la ke gunung lang tu haaa..

Teruja la dorang dapat naik bot tu ke seberang taman tu. Nak kata tempatnya terlalu cantik terjaga, tak la juga. Ada juga yang dah rosak dan perlu diperbaiki. Tapi kalau pandai cari view tuk bergambar, boleh jadi cantik juga sebenarnya. 
Tapi haritu tak dapat nak bergambar banyak. Sebabnya ddy dorang fail laaaaa ambikkan gambar kita ni haaaaaa..

Kita ambikkan gambar dia elokkkkk je haaa.. Tapi mintak ddy nya snap kan gambar punya la gelap. Sebab cahaya matahari tengahari. Ikutkan lawa je cahaya cerah. Tapi ddy dorang tak pandai. Maka bertabah je laaa.. Betul betul luangkan masa dengan anak anak je la. 

Bila dah sampai ke gunung lang tu, lepas beli tiket, kena ambil gambar dahulu. Andai kata nanti dorang dah frame kan, berminat boleh la bayar. Nanti kita sharekan dalam entry lain yerk. Pasal frame ni.
Pastu bila bot dah ready, boleh la ke satu bahagian untuk turun, then akan serahkan slip tiket (dorang print dalam kertas size separuh 4A tu). 1bahagian uncle ni akan koyakkan dan dia ambil. 1bahagian lagi kita kena pegang.


Bila naik bot, wajiblah pakai jaket keselamatan. Walaupun dekat je nak menyeberangi sungai tu. (Maybe sungai tapi dia besar la)
Bila ke seberang tu ada juga taman permainan. Tapi anak anak haritu tak main sebab tengah cuaca panas tengahari. Sangatlah tak sesuai.
Then dekat situ juga ada tempat Ostrich .Tapi tak berani nak pergi dekat sebab ada banyak monyet liar sekitar tu. 



Sekadar nak luang masa bawak dorang berjalan je sebenarnya. Nak bagi rasa naik bot. Bak mereka happy. Sebab hampir 3bulan kan berjauhan dengan mama ddy dorang. 
Dan sebab lain ialah, dulu mama dorang ni beberapa kali pergi sana dengan kengkawan. So ala ala terimbas kembali la kenangan tu. Kekekeke...




Kat situ ada la beberapa binatang yang dorang jaga dalam sangkar. Yang perasan macam Ayam Mutiara ni. Pastu ada ayam biasa tu.. Pastu tak jenguk dah ke sangkar lain. Sebab panas. Sian budak budak. Tunggu nanti terjah zoo pulak kalau nak kenal haiwan. 😄



Apa pun, yang penting niat dah terlaksana. Nak bawak anak anak berjalan. Lagipun kalau tak pergi jalan jalan nanti bukan anak je tepu otak. Mak dia pun sama. 😅
Next destination mana ekk.. Kena plan ni. 
Ehh menabung pun kena jugak. Kalau tak next destination tu sekadar dalam angan-angan je la. 



25 comments

  1. owh..dah bawak balik anak2 ke mersing ke mimie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ciknor. Zara pun start sekolah balik dah.

      Delete
  2. Anak sulung Saya suke betul naik ferry! Bot nampak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh, bot ke feri ehhh kita naik ni. Haha.. Kita dok panggil bot je.

      Delete
  3. Best la aktiviti riadah mcm ni bawak anak anak jalan. Boring la asyik g mall je kan? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Kita ni ngan mall x brapa minat. Kecuali ada benda nak beli.

      Delete
  4. Naik bot eh... First time dgr selalu kan naik feri je... Hehehe.. Seronok bila anak² happy

    ReplyDelete
  5. X pernah lagi dtg sini wpun k.el ni org kuala kangsor..best jugak bawa anak2 naik bot..enjoy depa

    ReplyDelete
  6. Wiiiiiii seronoknye.. lama dh x naik bot.. last kat pangkor time bujang dulu..

    ReplyDelete
  7. pernah datang sini siap beli roti nak bagi makan ikan. besar2 ikan dalam kolam. tu. bawak budak2 seronok la dorang la pusing naik bot tu

    ReplyDelete
  8. bestnya Mimi.. Rose pun suka aktiviti macam ni. selalu juga bawa anak-anak sedara jalan. Tapi, tempat ni tak sampai lagi..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Dpt juga luangkan masa dgn tersayang. Nak pergi juga ke sini last 2 years, tp time tu masa tak mengizinkan. In shaa Allah 1 hr nanti 😊

    ReplyDelete
  10. Suka dorang dapat naik bot! Bagus mama dia, pilihan yang bijak. Selagi ada yg murah kita pilih yg murahkan ����

    ReplyDelete
  11. Selalu lalu je kat Gunung Lang ni kalau pergi Ipoh. Tak pernah singgah sini lagi. Murah juga entrance masuk.

    ReplyDelete
  12. Wahh bestnya naik bot lalu sungai... Xpenah jejak ke perak lagi ni

    ReplyDelete
  13. Seronok dapat luangkan masa dengan family kan.. Menarik jugak gunung lang ni erk.. Harotu ade jlana ipoh tapi tak sempat singgah ke sinni

    ReplyDelete
  14. best tempat nie. Sangat sesuai bawa anak kecil untuk datang berjalan2 sebab ada mini zoo. memang kena naik bot untuk ke seberang tu. tp xde mencabar sgt sbb air dia xgelora pon.

    ReplyDelete
  15. Dah lama giler tak pi sini.. naik bot pun tak pernah lagi.. best nya sekali sekala balil ipoh pi sini kan

    ReplyDelete
  16. murahnya tambang dia...untuk pengalaman yang mahal...ya ampun sangat berbaloi...anak2 memang akan excited bila dapat melakukan sesuatu yang baru untuk mereka

    ReplyDelete
  17. Bagus juga bawa anak pergi cuti cuti, i tak pernah perg Gunung Lang lagi.

    ReplyDelete
  18. Murah nau nau pula naik bot kat sana. Kita ni dah lama gak mengidam nak naik duckboat kt Sungai Melaka tu tapi belum kesampaian lagi hajatku walaupun dah bertahun duduk kat Melaka ni. Huhuhu.
    Anak-anak happy la bila kita bawa berjalan kan. Seronok tengok diorang happy walaupun gambar yang disnap oleh bapanya nan hado. Huhuhu.

    ReplyDelete
  19. Kami ni ibubapa akan bawa ank2 jalan2 sekeluarga kan, inilah masa untuk explore pengetahuan selain daripada buku. Anak2 dapat kenali haiwan, cara nak sesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza dan sebagainya.

    ReplyDelete
  20. Luangkan masa bersama anak2 dengan aktiviti macam ni memang seronok..anak happy kita pun turut happy. Sebab tu sis kalau kemana mana suka bawa anak sekali, biar dia pun ikut sama2 merasai pengalaman di satu2 tempat tersebut

    ReplyDelete
  21. Heheheh bestnya dapat bercuti bersama keluarga tak kisah kat mana yang penting masa berharga tu untuk bersama mereka.. Pengalaman tiada ganti.. tempat ni pun menarik banyak anak-anak boleh belajat tak mahal nak masuk kan...

    ReplyDelete