Thursday, 11 April 2019

Nak Menulis Tapi Ketandusan Idea? Apa Perlu Buat?

Hai readers..
Boringnya kalau tak dapat membebel kat blog ni. Rasa macam nak luah sesuatu tapi tak lepas. Haaaa gitu perasaannya. Haha
Macam orang bercinta pulak, tapi perasaan tu terbuku. Ewahhhh sangat kan..
Biasa la blogger kan. Dia suka share macam macam cerita..


Nak membebel, tapi takde modal sangat. Biasa la kan. Jadi blogger ni kadang ketandusan idea jugak nak menulis tu.. Nak bebel kadang risau jadi entri merapu. Kena pulak entri merapu yang memang ntah apa apa cerita nya, tak syok jugak kan. Orang yang baca rasa hambar.. Pastu mula la dapat kutukan sedass dari pembaca. Pastu mula la sentap. Haaaa, siapa gitu? 😄

Sebelum kita ni pun membebel jauh, jom kita kongsi sikit apa boleh buat kalau tengah boring mengadap depan PC, laptop. Nak menaip, tapi dia punya idea tu macam tersangkut. Tak keluar pulak. 
Macam kita ni jarang la nak menaip entri guna laptop. Ada masa tertentu je buka laptop. Selebihnya banyak mrnggunakan telefon. Sebab mudah. Sambil baring pun keluar 1 entri. 

Tapi kalau mengadap fon ni pun tak tahu apa benda nak ditulis, sebenarnya ada cara untuk kita keluarkan idea. Orang kata, menulis ni biar la menulis sesuatu yang berfaedah. Kalau tulis benda yang baik, dapat dikongsi dengan kawan kawan, kita dapat pahala. Tapi kalau menulis mengutuk mengata orang, dosa pulak. Selama mana entri tu tersimpan. Seramai mana yang membaca kan. Sebab tu kita cuba elakkan nak menulis pasal gosip ni. Suami pun dah bagitahu. Nak berblog tu tulis benda yang berfaedah. 

Kalau tak tahu nak buat apa, sambil nak cari idea tu kan, cuba blogwalking. Haaa, blogwalking ni sebenarnya seronok juga. Kadang tu, tiba tiba kita dapat info penting. Kadang tu info yang kita dok cari-cari .Haaaa, tu pentingnya blogwalking. Pastu lepas baca, tinggalkan komen sikit. Orang kata letak la sikit jejak jari jemari tu sikit kan. Baru la orang tahu, entri yang dia tulis tu ada juga readers. 

Sambil blogwalking tu juga, kalau ada rezeki jumpa pulak segmen la, giveaway la.. Contest la.. Best ke tidak?? Kalau kita la kan, selalu nak menaip takde idea buat macam tu la. Sudahnya dari tak tahu ada giveaway terus terjoin sama. Mana nak tahu kalau la ada rezeki terselit kat situ. Kena pulak hadiah dia duit cash. Tak ke rasa seronok kalau dapat?

Manfaat dari blogwalking ni juga, boleh datangkan ilham nak menulis. Yela, kita kan membaca blog kengkawan tu. Mustahil la kita tak dapat apa apa idea dari situ. Contohnya kita terbaca entri percutian. Haaa, tiba tiba teringat yang kita ada juga pergi bercuti. Tapi kita tak share lagi pengalaman tu kat blog sendiri. Haaa betul tak?

Blogwalking ni bukan setakat kita seronok tengok orang akan singgah ke blog kita balik je. Pageview setiap entri yang ditulis tu pun mungkin akan meningkat. Yang ni kita akui la. Dulu, zaman bekerja kan, bila kerja dah selesai, kita suka blogwalking. Sambil tu tinggalkan jejak. Masa tu memang kepala ni dok ligat dengan macam macam idea la orang kata. Idea datang je kita tulis. Pastu singgah blog kengkawan tinggal jejak. Dari situ PV naik. Then secara tak langsung juga, kawan pun makin bertambah juga. 

Erm.. Kalau malas nak perah kepala otak dari segi penulisan, cuba keluarkan idea lain.. Contohnya rasa macam blog pun hambar je. Buat la pembaharuan. Edit la blog tu sikit bagi mereka yang mahir. Kalau blog cantik, kemas je, mesti la nak menaip pun rasa membuak buak. Betul tak? Buat satu pembaharuan kat blog..penting juga tau. Tak pandai, boleh upah orang yang pandai. Betul tak?

Ni antara perkara mudah yang boleh dibuat la. Tak perlu share banyak sangat. Tak terbuat punya. Ni kita share apa yang kita buat la. Hehhee..
Bab join segmen, giveaway in shaa Allah la kita akan support. Sebab sebenarnya dari pengalaman berblog ni la, kita ramai kawan pun punca dari situ. Ingat senang ke kita nak kenal orang, orang nak kenal kita macam tu je. Tak mudah tau. So, nak ramai kawan join la macam ni. 


Tapiiiii kalau semuaaaa ni tak mendapatkan mood korang nak menaip entri, i think korang kena tutup laptop / Pc, fon letak tepi, slow slow pergi tarik bantal busuk korang. Maybe korang kurang rehat dan tak cukup tidur. Haha.. Sebab tu la idea tak mai sampai ke sudah. Dahh dahh.. Pergi buat ikut cadangan ni ehh.. Jangan serius sangat baca tu. Kikiki.. 






24 comments:

  1. Memang betul.Kadang nak menulis sangat tapi idea tak berkunjung tiba..hehehehe..kena rehat..santai-santai..inshaAllah nanti ada la idea.

    ReplyDelete
  2. Saya kalau tak ada idea nak tulis apa dekat blog, saya akan buka galery dalam phone. Dan tengok gambar apa yang ada. Kalau ada gambar menarik, saya buat lah entry pasal bende tu. Kalau tak ada, saya tengok apa yang ada dekat rumah. Kalau dah habis benda dekat rumah nak diceritakan, saya scroll fb atau twitter. mesti banyak idea. cumanya masa tu je yang tak ada. nak nak pulak baby baru ni tak boleh mak die pergi jauh sikit pun dari die uhuhuh

    ReplyDelete
  3. ciktom pulak terbaik..idea banyak..pending post byk..tp masa limited dgn anak nak berkepit..huhu

    ReplyDelete
  4. Selalu juga tak ade idea...
    tapi biasanya kalau dah mengadap pc ke laptop..ade je idea nak taip apa...:)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah buat giveaways, takot org takde yg nak join. Haha..btw isu tkde idea tu mmg selalu. Writers block happened. Kadg2 sampai dah dekat dateline pun tak tahu nak tulis apa. Before tulis, Bella mesti nak make sure ada gambar sendiri yg sesuai utk digunakan. Hehe..tak suka guna pic google.

    ReplyDelete
  6. Idea yg bagus jugak ni. ...
    Tapi klau penat sgt idea mmg xda. .

    ReplyDelete
  7. Murni ada jer idea..tapi mood pulak takde..kalau ada mood masa pulak takde ..tapi alhamdulillah blog masih hidup..

    ReplyDelete
  8. wah.. betul jugak tu tips mimi ni.. blogwalking ni boleh tambah ilmu kita dan boleh juga terbitkan idea untuk kita hasilkan new entri.. terbaik tips..

    ReplyDelete
  9. Salam ..blogwalking sini..thank for info yang menarik ni

    ReplyDelete
  10. Kita pulak selalu ketandusan idea nak menulis thesis, time tu kita switch button, gi menulis kat blog. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. idea yang bernas ...masalahnya susuah nak tulis habis untuk 1 entry , kalau sambung2 mood dah jadi lain pulak , bila ada idea nak menulis time tulah ada macam2 hal

    ReplyDelete
  12. singgah blogwalking sini..
    memang selalu je takde idea sekarang ni.
    fakto usia mungkin.. hihihi

    ReplyDelete
  13. selalu jugak takde idea nak tulis, tapi dalam masa yg sama still nak menulis. ha cmna tu? so kena cari motivasi dengan blogwalking blog rakan2.. lepas tu barulah ada idea...terima kasih atas perkongsian menarik ni :)

    ReplyDelete
  14. Betul tu Mimi .kakau dah tak ada idea nak uodate blog ,blogwalkkng blog jawna kawna yang boleh beri kita idea .macam akak selalunya nak cari idea update dekat blog akak baca isu isu semasa dulu .bagi otak aktif dulu .bila dah membaca barulah banyak idea datang

    ReplyDelete
  15. Kadang tu belek-belek galeri gambar kat handphone. Ada gambar yang best, boleh jadi satu cerita kat blog. Ulas isu semasa pun ok juga tapi biar kena dengan fakta.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. kalu tak ada idea update blog biasanya BBL akan mandi atau sibukkan diri kemas rumah. kan kejap lagi ada je idea datang..terus save note dalam telefon buat draf sikit kan nanti baru cari gambar untuk upload..hehehe

    ReplyDelete
  17. Memag kalau menulis kena ade mood, ade gmbr atau apa shaajala.. Macam nad tak ceeita review cerita pasl anak, pasl cerita tv. .yup dulu jkin segmen2 gak, dari situla kenl ramai blogger

    ReplyDelete
  18. Betul kalau blogwalking and tinggalkan jejak kadang2 blog kita pun akan dapat kunjungan balas. Seronok sgt dapat kenal org baru hehe

    ReplyDelete
  19. Oh kalau emi, emi tak suka taip entry guna phone. Rasa susah. Most of the time guna laptop. Tapi kadang2 kalau malas nk buka blog, emi draft dulu kat email guna phone. dah buka laptop nanti baru copy masuk blog.

    ReplyDelete
  20. Tulah kan, nak buat apa je semua boleh. Asalkan jangan ada sifat malas. Kadang alasan pun dah tak boleh di sebut sebab zaman serba laju ni, kalau kita lambat. Kita rugi. Menulis la walau apa cara sekali pun. Pesanan untuk diri Saya juga. Saya Kadang-kadang fikir ada tak teknologi saya sedang fikir dan terus transfer ke email dalam keadaan dah siap taip. Hahahaha. Bapak pemalas.

    ReplyDelete
  21. Betul2 sy sokong. Kalau datang nak menulis tapi dah kering kontang mmg ambik mood dari blogwalking. Then mmg nak cantikkan blog je keje. Biar org suka tgok kita pun suka tgok baru semangat. Lps tu mst saya akan selalu cakap dgn diri sendiri 'jgn malas2 nanti rezeki pun malas baru tau'. Haha gitu lah dia.

    ReplyDelete
  22. Sis pulak sekarang ni..kalau idea tak ada, malas nak bukak laptop..berhari hari tutup..hehehe. Kadang2 kalau ada idea, nk menaip n edit gambo pulak malas. Dah tua2 ni rasa malas pulak banyak..hehehe

    ReplyDelete
  23. If I don't have mood, usually I just change my environment and good coffee for myself... Most importantly my earphone to listen some songs without disturbance...

    ReplyDelete
  24. Setuju sangat. Sebenarnya apa-apa pun boleh Tak ada salahnya. Cuma nak dengan tak nak je. Malas tu satu hallah.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments