Madu Kelulut Asli D’hati Dari Hutan Nusantara

Sunday 28 April 2019

Hai readers semua, 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam hujung minggu.. Baru-baru ni, kita saja la cari ilmu mengenai Madu.. Ni bukan kisah madu tiga ke madu boleh buat perang dunia ketiga tau.. hehe.. Pastu dalam dok godek-godek tu terjumpalah artikel mengenai Madu Kelulut Asli ni..
Kita biasa juga dengar tentang Madu Kululut ni. Tapi tak berapa tahu sangatlah kelebihan dia.. Dan selalu dengar, Madu yang orang selalu cari ialah madu kelulut ni..
Sedap sangat ke ye? Kita ni tak pandai sangat tentang jenis jnis madu ni.Sebab ianya banyak kan. Tapi kalau tak silap, madu kelulut ni dia berwarna gelap sikit kan?

Madu ni kita semua pun biasa dengar, elok diamalkan kan.. Sebab ianya satu makanan sunnah orang kata. Dan orang kata, elok gantikan manisan yang kita biasa gunakan, dengan menggunakan madu. Siapa biasa buat begitu? Kalau kita la, kalau buat ayam merah pastu nak jadikan dia manis sikit, ada la bubuh madu sikit. Tapi madu biasa je la kot guna tu. 

Harini kita nak share la sikit tentang madu kelulut ni, mungkin ada yang nak tahu lebih mendalam lagi tentangnya kan? Dan mungkin ada yang cari Madu Kelulut ni nak membelinya, boleh cari daripada penjual ni yang dikenali dengan nama Paksu ni..

Jom baca perkongsian dari Paksu ni tentang Madu kelulut ni..


Kenapa madu kelulut di angkat sebagai Superfood berbanding makanan-makanan yang lain?

Berdasarkan penyelidikan dan kajian telah terbukti bahawa madu kelulut ini..
🍀 Merupakan gula ringkas yang terbaik.
🍀 Sumber tenaga yang utama.
🍀 Sebagai functional food kepada organ tubuh.
🍀 Mengembalikan tenaga tubuh.
🍀 Memerangi sel kanser.
🍀 Tingkatkan kecergasan minda.
🍀 Sangat kaya dengan antioksidan.
🍀 Anti penuaan dan menyerlahkan kecantikan.
🍀 Meningkatkan daya tahan tubuh.
🍀 Merupakan anti diabetik.
🍀 Anti keradangan yang baik.
Rupanya ramai juga yang dah cuba madu kelulut asli brand D'hati ni ye.. Yela, bab beli-beli madu ni memang kadang orang risau kan. Risau kalau ianya bukan 100% asli.. Ni saja la kita share, antara pengguna yang dah mendapatkan produk ni.. Untuk tujuan berkongsi dengan kawan-kawan. Mana tahu, ada yang tengah cari madu ni. Tapi tak tahu nak cari kat mana kan..

Orang kata, ada kebaikannya yang tersendiri kalau amalkan Madu Kelulut ni.. Mana tahu, kalau ianya diizinkan Allah dapat memberi kebaikkan untuk diri kita yang mencubanya kan.. Madu ni bukan sejenis ubat tau, jangan salah faham pulak ye.. Tapi ianya ada la kelebihan yang tersendiri. Contohnya macam :
  • Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Mencegah serangan strok
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Meningkatkan pengeluaran hormon
  • Membaiki Sel tubuh yang rosak
  • Mengelakkan badan berasa letih
  • Merawat batuk ,selsema dan sakit kerongkong
  • Memberi dan meningkatkan tenaga
dan banyak lagi..

Sebenarnya kan, ramai jugak la orang perempuan yang suka amalkan madu ni tau. Dulu kawan kita ada masalah kesihatan pun dia cuba amalkan makan madu..
Antara sebab lain kenapa orang perempuan ni akan amalkan madu kelulut ni sebab :

  • Membentuk berat badan ideal & langsing.
  • Sebagai penganti gula yang ideal.
  • Meningkatkan kecantikan wanita.
  • Sebagai serum dan pelembap kulit.

Erm.. dalam info yang kita baca juga, rupanya ada beza ye Madu Kelulut Asli yang dari hutan dengan yang ternak punya. Nak tahu apa bezanya?

  • Madu kelulut hutan lebih banyak kandungan herbanya yg baik kpd kesihatan kerana persekitarannya lebih semulajadi yang kaya dengan tumbuhan yang berkhasiat.
  • Mengandungi bahan2 kimia semulajadi (polyphenols) yang lebih tinggi dari madu kelulut ternak yang sangat penting dalam memberikan kesan positif kepada kesihatan dan rawatan perubatan.
  • Madu lebih matang.
  • Khasiat yang lebih tinggi.
  • Proses fermentasi yang telah selesai yang kaya dengan pelbagai enzim untuk kesihatan.
  • Lebih berkualiti dan berkhasiat kepada kesihatan

Kalau nak tahu banyak lagi info, apa kata korang terjah terus website ni >> lottepi.com/dhati-madu-kelulut-asli-dari-hutan-nusantara sebab kat situ ada banyak lagi info tentang kisah madu.. Kalau nak buat pembelian terus pun boleh.

Yang mana duduk sekitar Johor bahru, boleh buat pembelian secara terus tau. 


Sebelum akhiri perkongsian ni, kita rasa tertarik pulak dengan satu soalan ni, lagi lagi kita semua kan bakal bertemu dengan ramadan ni..

Kenapa bila kita ambil madu kelulut asli di bulan puasa, kita kekal cergas sepanjang hari ❓

Hal ini adalah disebabkan oleh kandungan bahan kimia semulajadi yang terkandung dalam madu kelulut tersebut. Antaranya adalah disebabkan oleh simple sugar atau gula ringkas yang terkandung di dalam madu kelulut ini. Selain daripada itu, memang terdapat bahan-bahan kimia lain yang memberikan manfaat kepada kita untuk menguatkan tubuh dengan memberikan tenaga kepada badan dan organ badan.

Sekian dulu perkongsian dari kita ye. Kalau korang memang nak sangat cuba madu kelulut ni, cuba la whatsApp dengan Paksu ni.. In shaa Allah dia akan layan sebaiknya. Dan Paksu juga ada buat promotion tau dengan pembelian 2 kotak madu ni.. So, jangan lupa klik saja link kat bawah ni, untuk mendapatkan info penuh tentang madu kelulut asli ni ye.


26 comments

  1. sha suka madu kelulut ini sebab ada rasa masam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Ada rasa masam eh.. Kita tak pernah rasa sangat. Ke pernah rasa tapi x tahu tu madu kelulut. 😅

      Delete
  2. madu baik utk kesihatan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ciknor. Betul.
      Madu ni baik untuk kesihatan kan.
      Sebab tu ramai yang amalkan.

      Delete
  3. Kawan2 yang nak cuba D'hati Madu Kelulut Asli dari hutan nusantara ini boleh wasap saya ye. Madu kelulut asli dari hutan ni berbeza dari madu kelulut yang diternak dari segi khasiat dan rasanya yang unik. Kat hutan lebih banyak pohon-pohon herba yang menjadikan madu kelulut hutan kaya dengan khasiat pelbagai herba. Jemput wasap saya Paksu Cuckoo 012-7092198 ye. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih paksu sudi komen disini.
      Betul tu, siapa nak beli madu kelulut ni, boleh contact paksu terus. 🙂

      Delete
  4. Madu kelulut pernah makan yang ori sebab ayah ada buat dulu untuk makan sendiri2 je la xjual hehe bagus utk batuk semua

    ReplyDelete
  5. suka madu kelulut.. dia tak manis macam madu biasa sangat.. khasiat pun bagus..

    ReplyDelete
  6. mmg slalu dgr pasal madu kelulut ni rasanya kat radio kot? haha femes sgt! btw slm perkenalan dr sy :)

    ReplyDelete
  7. pernahlah juga dengar madu kelulut ni..mmg byk khasiatnya..kalau amalkan mmg ianya bagus untuk kesihatan..tp jaga2 ada yang jual madu kelulut fake jugak tau

    ReplyDelete
  8. Cx pon ada madu kelulut dekat rumah. Memang banyak kelebihan madu kelulut ni. Tak rugi pon amalkan. Cuma madu kelulut dia masam² sikit. Tapi risau juga kalau fake. Kena kaji betul². Sekarang yg fake semua gula je

    ReplyDelete
  9. tak pernah try lagi madu kelulut. nampak macam sedap je tu;. harga pun not bad! kalau ada masa nanti nak carilah mana tau dpt makan time puasa

    ReplyDelete
  10. rasa pernah makan madu kelulut tapi tak ingat beli kat mana.. kat orang asli cameron kot.. mahal.. huhuhu.. tapi memang elok untuk ubat apa-apa sakit macam batuk ke demam ke kan

    ReplyDelete
  11. I pernah makan madu kelulut ni. Rasa dia masam sket but sedap gak. Tapi mahal betul mine betul kecik pun harga dah RM138. They all cakap betul betul asli punya.

    ReplyDelete
  12. wah madu kelulut asli! sedapnya madu ni sungguh enak dimakan begitu saja. harga sepadan dengan kualiti asli yang ditawarkan. sesuai lah dengan menjelangnya bulan ramadan dalam masa seminggu lagi.

    ReplyDelete
  13. Dulu dekat kampung ade orang ternak kelulut ni sebab nak ambik madu die. die buat kecil kecil je. yang dekat kampung tu tak pernah lah rasa madu die. tapi pernah rasa maduk kelulut dekat karnival makanan dulu

    ReplyDelete
  14. Madu kelulut asli rasa dia lain sikit. Tak manis, sikit masam. Sedap!
    Yang asli memang bagus dijadikan amalan . Ada asli gini kena beli simpan buat stok.

    ReplyDelete
  15. Madu kelulut mmg sedia maklum byk giler khasiat. Apatah lagi yg asli mmg susah nak jumpa. Rasanya agak
    Masam sikit kan

    ReplyDelete
  16. Madu asli memang banyak baik untuk kesihatan. Tapi susah nak jumpa yang asli sekarang. Semua dah campur gula.

    ReplyDelete
  17. setuju, madu kelulut nie banyak khasiatnya. tambah2 untuk bulan puasa nanti, memang baguss untuk diamalkan. boleh bekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari.

    ReplyDelete
  18. madu kelulut ni yang cair dan masam-masam sikitkan? memang banyak khasiat madu kelulut ni. ayah mertua memang amalkan madu kelulut ni.

    ReplyDelete
  19. Susah nak dapat yang ori sekarang ni kan semua tambah gula. Bagus dapat jumpa madu kelulut 100% ori macam ni barulah kebaikkan yang dibagitau dapat betul2 happen. Sekarang ni byk yg dah campur benda asing still nak claim kebaikkan untuk badan. Tipah tertipu.

    ReplyDelete
  20. Madu kelulut ni bagus untuk kesihatan tp kak min kurang suka sebab rasa masam siki

    ReplyDelete
  21. madu kelulut memang best... haida mula-mula cuba pun masa masuk kampung orang asli.

    ReplyDelete
  22. Saya pernah try madu kelulut. Rasanya memang lain kalau nak dibandingkan dengan madu lebah. Manis dia lain sikit. Saya suka juga makan madu ni, tapi tak kerap la. Kadang kadang je sebab stok susah nak dapat

    ReplyDelete
  23. Sis kdg2 memang ambik madu ni tapi beli yg kat kedai punya je. Tak pasti pulak pernah rasa or tak madu kelulut ni. Ingatkan apa2 madu yg kita ambik ada khasiat..kisahnya lagi asli yg kelulut ni ekk..boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete