Sunday, 7 April 2019

Kuartes Tentera | Kem Iskandar Mersing, Johor

Hai readers..
Morning.. Salam hujung minggu. Cuti cuti ni seronok la rehatkan diri dekat rumah kan. Lagi lagi kalau hari biasa dah penat bekerja.
Tapi kalau isteri yang tersedia duduk rumah ni pulak kadang seronok nak ajak suami keluar berjalan. Haaaa, camne tu.. Hehe

Harini kita rehatkan diri kat rumah, sambil mengadap blog, ala ala seorang yang bekerjaya gitu.. 
Harini saja la nak simpan kat blog pasal kehidupan di Mersing ni..

Duduk kat kem iskandar Mersing ni hampir setahun. Setakat ni okayyyyyy laaaaa, boleh laaaa rasaa selesa tu. Masa pindah Mersing ni, mula mula kitaorang sekeluarga duduk menumpang di Blok G dulu. Dalam 5bulan juga la. Sebab ketiadaan rumah kosong di blok sepatutnya. Blok G ni kira untuk mereka yang berpangkat Koperal ke bawah. Macam kitorg ikutkan tak boleh duduk situ, sebab pangkat ddy zara zhareef dah pegawai waran.


Pandangan dari rumah sendiri. Bentuk rumah kita macam ni la sekarang ni. 

So, bulan 12 kitaorang dapat la blok sepatutnya. Alhamdulillah.. Rasa selesa la dengan rumah diberikan. Bahagian balkoni pun rasa selamat siksit. Tidak macam sebelum ni masa duduk di blok G tu. Balkoni jenis berpalang besi. Seram okay.. Pengalaman tak boleh lupa, bila zara pernah ambil bangku kecik, dia nak jenguk ke bawah. Allah.. Kalau la masa tu tak perasan, ditakdirkan jatuh?? Allahuakhbar.. Memang berderau darah sampai menggigil satu badan masa tu. 

Dan sebenarnya duduk blok sekarang ni (Blok F) nampak view pun cantik dan selesa la mata memandang gitu. Kalau dulu duduk blok G bukan tak best. Tapi entah la.. Kalau macam nak baring kat ruangtamu tu kena tutup sliding door. Kalau orang blok depan teropong, memang clear je nampak apa kitorg buat. Haha..

Macam dulu duduk blok G, bahagian dapur tu memang terhadang dengan batu sampai nak ke atas. Guna batu berlubang. Tapi menghadap dapur orang (blok sebelah)



Masuk blok F ni, belakang nampak hutan hutan je la gitu. Tapi okay la jugak. At least tak nampak apa orang lain buat kan..

Yang best duduk sini sebab angin kuat. Mungkin dekat dengan pantai kot,kan..
Kalau duduk dalam rumah elok je sejuk.
Tapi kalau dah keluar turun bawah tu kadang boleh la buat keluar peluh.

Kalau dari persekitaran lain macam jiran jiran tu setakat ni okay je. Macam blok F ni, 6 keluarga je. 3tingkat. Kami sekeluarga duduk tingkat 2. Tak larat la kalau asik nak duduk tingkat atas je kan. Rezeki. Masa di Gemas, 4tahun la juga turun naik tingkat 4. Masa di Mersing ni, masa menumpang blok G haritu dapat tingkat 3. Dan rezeki masuk blok F, dapat pula tingkat 2. Tingkat 1 bila?? Tunggu masuk rumah sendiri kot. Tak bertingkat dah. Haha..

Apa apa pun, share kat sini sebab ni la pengalaman masa ddy zara zhareef masih bekerja kan. Pengalaman merasa duduk kauters di tempat ditugaskan.. 
Saja simpan kat sini. Mana la tahu ada orang nak google ke, macam mana keadaan kehidupan di kauters ni. 

Sebenarnya yang buat best ke tak best ke, dari sikap individu tu juga. Kalau jenis suka cari pasal dengan orang sekeliling, macam mana nak rasa seronok kan? 


28 comments:

  1. xper mimie...sekurang2nya org lain blh thu mcm mana kehidupan di kuarters ni..:)

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi nisa ada peluang nak masuk tengok kawasan kuarters tentera ni macam mana.. biasa tgk kuarters polis je.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat rumah yang selesa dan selamat. Betul apa yang akak cakap tu, yang membuatkan suasana rumah kita seronok tu bergantung pada individu sendiri. Kalau buruk perangai kita, maka persekitaran pun tak seronok dan membosankan.

    ReplyDelete
  4. Ok la dpt rumah yg besar.. selesa sikit kan... Nasib la tingkat 2 jerk.. klu tak puas mendaki..

    ReplyDelete
  5. suasana tepi pantai tu yang buat nampak menarik dok mersing tu kan mimi? lama-lama biasalah nanti di tempat baru.

    ReplyDelete
  6. jenuh kite fikir apa tu kauters. ahahaha rupanya kuarters. lol khai sendiri memang duduk kuarters sebab ayah kerja uniform. kadang best kadang tak best yer la sebab dalam tu je kan ahhaah

    ReplyDelete
  7. Duduk la mana2 pun kalau ada yang cari pasal memang tak best.. Dapat yang masing2 buat hal sendiri, berjumpa bila perlu, tahu jaga privasi jiran lain, itu memang best la.

    ReplyDelete
  8. Best kalau pindah2 pun dapat rumah yang selesa dan dapur beso.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Bukan senang ye kawin dengan orang beruniform ni.. Kene pindah randah.. Tapi okla mimi, dpt kuarters tepi pantai.. Best tu.. Kalaubjiran ok, okla kita kan.. Tak kisahla duk mana2 ,berhiran kene tegur kan

    ReplyDelete
  10. bila dah confirm tempat sepatutnya barulah lega kan...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. Syiok nye...rindu masa kecik kenangan jadi anak askar. hehehe...Dok kuarters camni ada banyak semangat kejiranan. Boleh la kenal ramai orang sekeliling nanti.

    ReplyDelete
  12. Rezeki dpt duduk rumah kuarters sbb kdg2 lama br dpt.. Kdg2 ikut pangkat . TQ share duduk kuarters tentera kem Iskandar Mersing

    ReplyDelete
  13. rindu pulak nak duduk kuaters. dulu masa kecik saya duduk kuarters polis. tapi lain juga rasanya kuaters polis dengan askar kan? :)

    ReplyDelete
  14. Bestnya.airah duduk johor pun tak pernah pergi mersing lagi teringin nak pergi sana.macam kuaters yang airah duduk sekarang boleh la selesa jugak tapi tak secantik kuaters atas ni

    ReplyDelete
  15. The view is stunning, I've been to Mersing once and the food is really good, miss the keropok lekor there. Hopefully someday I'll get a chance to visit again.

    ReplyDelete
  16. Best Mimi ada pengalaman merasa duduk kuarters tentera. Akak dari sejak kahwin sampai anak tiga tak pernah merasa duduk kuarters .Masa kecik kecik je merasa sebab ayah navy .Dah kahwin, duduk rumah sewa sekejap lepas tu duduk rumah sendiri. Pengalaman Mimi duduk rumah kuarters tu yang seronok sebenarnya.

    ReplyDelete
  17. Ah tapi mmg awal2 rasa tak best sbb pelik2 (dulu selalu pindah randah gak). Tapi once dah biasa xnak pindah dah~tapi cantik lah tempat ni. Bersih besar. Bebas berlari lari gitu~ Cantik lah kuarters ni~

    ReplyDelete
  18. memag jadi kenangan kan..dulu masa ayu kecil pun pernah duk kuarters....memang seronok sebab ramai kawan sebaya bila baca entry ni tiba rindu rumah masa duduki zaman kecil...kuarter...ada lagi x rumah tu...ntah kenapa rasa sayu jer huhu

    ReplyDelete
  19. Rawlins pernah duduk kat kuarters tentera - meriah suasana dengan pelbagai jenis jiran tetangga. Tetiap petang mesti melepak beramai-ramai tengok anak-anak bermain sakan.

    ReplyDelete
  20. Tak ada pengalaman duduk kuaters. Agaknya mcm mna lah rasanya ya. Sy pon gayat jugak tempat tinggi2 nie. Duduk tingkat 3 pon dah rasa takut. Hahaha. Nanti bila dah pindah mesti rindu zaman2 duduk kuaters kn

    ReplyDelete
  21. nasib rumah kuaters 3 tinggkat je. kalu 4 tingkat ke atas tak ada lift mau mandi peluh nak sampai rumah. ayah BBL dulu staff government so pernah jugak rasa stay dalam rumah kuaters..lama jugak stay 3 tahun.

    ReplyDelete
  22. Best dduk kuarters ni kan.. Uma pon dekat2.. Penah ke kuarters guru kita... Boleh la thn bsr dia pon ok juga... Xdelah rasa sunyi sgt kan

    ReplyDelete
  23. Ah ok juga kuaters tentera kat Johor, tempat nyer kemas and nampak selesa juga.

    ReplyDelete
  24. Macam ni rupanya quaters askar. Baru Iza tau. Iza selalu masuk kuarters guru je sebab abang ipar iza guru besar. Tapi rasanya macam tak jauh beza sangat kot.

    ReplyDelete
  25. wah... now kuarters living totaly different than last time d... it looks better, nice and more to like a home feel. kudos!!!

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah. best je duduk kuarters ni. Ros pun duduk kuarters.. meriah suasananya dan rasrasa lebih selamat ;)

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah . btw susah juga kalau stay tak tetap ni kan. nak nak ada barang banyak nak kena angkut satu satu kesana kesini fuhh mesti penat sangat

    ReplyDelete
  28. Syukur dapat kuarter yang lagi selesa untuk family. tak pernah pun stay kuarters ni. Tapi pernah pergi rumah kawan-kawan yang stay kat kuartes.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments