Hilangnya Nikmat Makan.

Thursday 4 April 2019

Selalu kalau kita dalam keadaan yang normal, tanpa ada sakit apa apa, seronok je menikmati makanan yang kita suka kan..
Menikmati tanpa rasa bersalah. Makan sepuas puasnya sehingga cukup kenyang.
Allah.. Nikmatnyaaaa..

Selepas kita kena sakit yang kuat, kita dah hilang nikmat makan. Walaupun makan kfc yang sedap tu, kita tak jumpa kat mana kesedapan dia. Bila mengunyah, kepala mula sakit berdenyut. Sudahnya terpaksa stop makan. Perut kosong berbunyi minta diisi. Tapi apakan daya..

Adakala ubat penahan sakit la sebagai bantuan. Bila makan ubat, alhamdulillah boleh nikmati lagi makanan yang sedap sedap. Boleh makan sebanyak mana kita nak.. Tapi..

Bila start je operation, semua tu terhenti seketika. Hampir 50hari makanan kita hanyalah bubur. Makan sekadar untuk mengalas perut. Untuk mengelakkan pitam. Bila dapat makan nasi balik untuk pertama kalinya, Allah.. Rasa nak menangis! Allah je tahu perasaan tu macam mana. Dengan keadaan terkial-kial. Kita tak boleh mengunyah macam biasa. Tak sure la untuk jangka masa berapa lama.

Bila dah boleh makan nasi, makanan pejal, masih juga berhati hati. Takut tercekik. Sebab saluran makan macam sempit. Kita masih redha. Makan sikit sikit gunakan sudu.
Tapi walaupun boleh makan nasi, kita sebenarnya dah macam hilang nikmat makan tu. Makan tapi kunyah pun terkial kial, ala kadar je dan terus telan. 

Pernah rasa give up. Sedih dengan diri sendiri. Sebab orang lain boleh makan sedap sedap. Boleh menikmati dengan penuh perasaan. Tapi kita? Makan tu memang sekadar alas perut. Hati dengan perasaan rasa sebak. Haritu balik umah mil masa kenduri pun kita bawak diri. Makan sorang sorang kat dapur. Sebab kita taknak orang perhati cara kita makan macam mana. Bukan mudah nak terima keadaan diri. Tapi kena cepat cepat sedarkan perasaan tu. 

Ikan Perkasam
Fav. Tapi kena pantang

Dan buat masa sekarang ni pun, kita makan ada yang kita pantang/elakkan. Tak semua benda boleh dimakan. Kita rela je pantang makan demi untuk sembuh. Kadang pikir balik. Boleh ke kita nikmati kesedapan makanan tu macam orang lain. Macam sekarang, makan memang makan. Tapi sesuai macam kata untuk alas perut je.

Rindu.. 😔😔
Rindu kenikmatan yang Allah pernah bagi sebelum ni.
Doa doa lepas ni bolehlah nikmati makanan seperti biasa.
Yang membuatkan kita susah nak makan sebab ada pasang plate + skru kat dagu. Sebab masa operation kena buka rahang kan..
So untuk bagi cantum balik, perlu letak benda tu.

Kangkung Goreng Belacan


Sebab tu rasa macam agak payah sikit nak mengunyah. Kalau contoh makan sayur pun, kena tengok juga sayur apa. Sayur daun hijau kita cuba elakkan. Kadang tak boleh kunyah elok. Pastu mula melekat macam nak termuntah jadinya. Sayur kubis pun sama. Sebab keras sikit kan. Bab makan ni masih kena ambil yang mudah nak kunyah sesikit then terus telan. Tapi bab deria rasa hilang tu, bukan la 100% hilang. Cuma nak nikmati makanan sesedap tu dah tak macam dulu. Bila tengok kawan kawan buat review makan, seronoknya. Terbayangkan, 30tahun kita boleh makan dengan  sempurna. Tiba tiba Allah tarik nikmat tu.


Kadang kala serba salah dengan suami. Macam sekarang ni masih berdua sebab anak anak kat rumah mak. Bila keluar makan, dia dah selesai makan, kadang makanan kita baru sampai. Nak tunggu kita habis makan, makan masa. So kadang tu sian dia menunggu. Kalau rasa tak larat nak makan, minta tapaukan je. Makan kat rumah.

Apa pun, semua ni ujian Allah kan.. Untuk sementara.. Semoga 1hari nanti kita boleh makan dengan sempurna. Sekiranya dah sihat betul betul, boleh makan seperti biasa, kita niat nak belanja anak anak kenny rogers. Even orang lain dah tak heran, tapi tu la niat kita.


Nota :
Setiap entri kita ni bukan nak mengeluh.. Tapi kita just nak share, itulah setiap perasaan yang terbit dari hati. Yang kita sedang alami. 

10 comments

  1. Turut simpati
    Semoga beransur sembuh seperti sedia kala

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh. sabar.. nanti da sihat boleh
    makan apa pun. insyallah =)

    ReplyDelete
  3. Takpe mimi share sini :) tak anggap pun awak mengeluh. Moga cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah mimi, semoga cepat sembuh okay.. Nanti boleh mkn sedap2

    ReplyDelete
  5. Moga mimi terus tabah hadapi semua dugaan ni.... Insyaallah satu hari nnti mimi boleh seperti dulu.. Moga mimi cpt sembuh ye.. Kuatkan hati ye..

    ReplyDelete
  6. Allahu...semoga bertabah la ya...InsyaAllah ada yg lebih baik Allah akan bg nanti...serba salah pulak bila asyik review makan tp kawan kita tak boleh makan dgn sempurna :(

    ReplyDelete
  7. Betul tu, bila tak sihat memang nikmat makan tu tak terasa. Makanan kegenaran kita pun tak terasa sedap ditekak. Emi masa warded dulu, fmly & kwn2 bwk mcm2 makanan kegemaran. Tp sedih tekak ni rasa takleh nak terima.

    ReplyDelete
  8. Sabar yea mimi.. taknak sedih2 yea.. takpe mimi.. ada hikmah disebalik tu.. mimi pun dah nampak sikit2 kan.. Alhamdulillah.. moga yang baik2 datang lepas ni .. Aamiinn

    ReplyDelete
  9. Bila hilang selera makan memang nampak apa pun tak lalu kan padahal makanan favourite kita

    ReplyDelete
  10. harapnya sekarang ini mimie dah sembuh seperti sedia kala

    ReplyDelete