Wednesday, 17 April 2019

Genap 31Tahun. Bagaikan Mendapat Kehidupan Baru!

Assalamualaikum semua.. Hai readers dikasihi..
16.04.2019
Genap usia cik mimie ni 31tahun. Kadang tu rasa macam tak percaya je dah masuk awalan umur 30an gitu..
Syukur Allah panjangkan usia kita.
Bagaikan dapat kehidupan baru. Apatah lagi pernah menjalani pembedahan besar lebih separuh hari pada januari baru ni.


Syukur sangat ya Allah. 
Masih boleh bernafas dibumi Allah ni. 
Bagaikan satu mimpi dengan apa yang dah terjadi..

Moga seiring dengan peningkatan usia, dengan dugaan besar yang Allah beri ni, mendatangkan 1001 hikmahnya pada diri kita.

Dan sebolehnya kita nak berubah menjadi seseorang yang lebih sopan, lebih elok tertutup auratnya.. Mungkin satu ketika dulu pernah terniat, tapi tak terlaksana. Harap secara perlahan lahan perubahan tu akan terjalan..

Apa pun, tahun ni bagaikan 1 keistimewaan buat diri ni. Tak berharap apa pun sambutan, tapi berharap kawan kawan terus mendoakan kita akan kuat untuk menempuh kehidupan, sentiasa  positif dengan segala perubahan diri atas kekurangan diri.

Secara kebetulan ddy dorang ambil cuti untuk balik ke Ipoh. So dapatlah berkumpul beramai ramai dengan keluarga serta adik adik ipar juga.


Thanks a lot sebab adik ipar buat suprise birthday  cake semalam.. Rasa macam terharu sekejap. Dah lama sangat tak potong kek ni. Apa pun thank you to All my family and friends. 💕

21 comments:

  1. selamat hari lahir semoga diberikan kesihatan yang baik dimurahkan rezeki mendapat keberkatan kehidupan di dunia dan akhirat amin

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah sis. Didoakan semoga sis dipanjangkan umur dalam ketaatan dan dimurahkan dengan rezeki yang baik. Semoga lebih banyak kejayaan dengan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir
    Semoga panjang usia, sihat selalu dan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir. Sama umur kite rupanya. Semoga semakin bertambah usia semakin kite dekat kan diri dengan Allah dan semakin kite puas dengan hidup kite

    ReplyDelete
  5. Tahniah di atas ulang tahun kelahiran. Anggap ianya hanya satu nombor dan juga peluang untuk kita menjalani kehidupan di bumi Allah. Moga sentiasa diberkatiNya. Amin.

    ReplyDelete
  6. Happy Birthday! Semoga dipermudahkan urusan. Sama-sama kita berusaha jadi lebih baik.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah! Semoga berkat hidup awak dan sentiasa sihat dan happy. Happy Birthday Mimi. I harap semua dipermudahkan dan terus bertabah ye.

    ReplyDelete
  8. Happy birthday mimi, semoga panjang umur murah rezeki. Best yer dapat adik ipar baik, siap dapat kek camni. bertuah yer. semoga terus sihat walafiat dan capai segala impian. Amin..

    ReplyDelete
  9. Selamat ulang tahun kelahiran moga terus berjaya dalam hidup dan terus mencapat apa yang dihajati dan menjadi muslimah yang berjaya dunia akhirat...

    ReplyDelete
  10. Selamat hari lahir Cik Mimie. Semoga bahagia disamping keluarga tercinta, juga semoga apa yang dihajati menjadi kenyataan hendaknya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. Happy birthday, kak! Semoga terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin!

    ReplyDelete
  12. selamat hari lahir :) semoga kehidupan diberkati dan dimurahkan rezeki. semoga berbahagia Bersama keluarga tercinta dan diberikan kejayaan dalam kehidupan.aminn

    ReplyDelete
  13. Happy birthday mimi wahh sebaya kita. Enjoy dgn kehidupan. Usia makin mengajar kite untuk lebih matang. Semoga panjang umur n diperluaskan rezeki.Aamin.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah .Selamat Hari Lahir ke 31 Mimi .Semoga beroleh kesihatan yang baik ,dilimpahi rezeki dan menjadi hambaNya yang solehah. Kuatkan semangat cekalkan hati hadapi ujian yang Allah berikan .Semoga kebahagiaan sentiasa milik Mimi

    ReplyDelete
  15. Selamat hari lahir Mimi! Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan always happy bersama keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah... Happy birthday to you! ♥♥
    Moga diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus sukses! Aamiin

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, selamat ulang tahun kak Mimi. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Keep fighting ya !

    ReplyDelete
  18. Happy birthday mimie! May you have a wonderful birthday celebration with family and friends.

    ReplyDelete
  19. Happy belated birthday. Umur 31 pun masih cun. Tak kisah umur berapa pun semoga sentiasa kuat hadapai segala cabaran.

    ReplyDelete
  20. Selamat hari lahir mimi..moga bahagia d samping keluarga tersayang n dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari Jadi Mimie! semoga semua dipermudahkan and have a wonderful time with your family.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments