Ct Simulation Dan Cabut Gigi.

Monday 1 April 2019

Assalamualaikum.. 
Bismillahirahmannirrahim.. .
Untuk harini, mungkin perkongsian entri yang agak panjang. Masih ingat yang kita pernah operation masa bulan 1 haritu?
Sebenarnya, selepas operation, kita masih belum habis rawatan lagi dengan pihak hospital tau. Kecuali la kita tak datang terus semua appoiment, tu lain la. Memang anggap settle la. Hehe

Sebenarnya, selepas 5minggu operation macam tu doctor pakar ENT bagitahu, kena jumpa pakar Onkologi pulak. Untuk buat Radioterapi. Radioterapi tu apa? Radioterapi ni dia macam menggunakan laser macam tu. Then buat kat bahagian yang dikatakan ada sel sel kanser je. Kira macam kita operation kat bahagian leher, so nanti kena buat kat bahagian leher la. 

Radioterapi ni beza ye dengan kimoterapi. Kimo ni kena masuk ubat. Radio ni dia macam menggunakan laser berkuasa tinggi macam tu.


Ct Simulation 25.03.2019
Sebelum buat radioterapi ni. Kita perlu buat topeng muka dulu. Untuk cover bahagian yang sepatutnya la. Macam kita kena buat bahagian leher, so bahagian muka tu perlu dicover. 
Hari isnin 25.03.2019 kita ada appoiment dengan bahagian onkologi. So haritu kena buat ct scan dan lepas tu buat topeng sekali. 

Mesin Ct Scan

Seperti gambar dibawah ni. Sebiji macam ni la topengnya.


Masa buat ct scan tu macam biasa la. Kena puasa 6jam sampai ke waktu nak kena buat. Sebab kena masuk ubat contras tu. Badan dah kecik ni, isi pun takde, bila masuk ubat tu Allah.. Terasa gak la sakit sikit. 


Walhal sebelum ni, sebelum operation ada je buat. Tapi macam tak rasa sakit sangat. Berzikir je la bagi kurang sakit.

In shaa allah, untuk radioterapi ni akan bermula pertengahan bulan 4 nanti. Selama 33sesi. 1minggu 5hari kena buat. Setiap minggu kena buat. Doakan ye kawan kawan semoga kita kuat, dijauhkan dari rasa sakit. Supaya kita kuat untuk selesaikan sebelum raya.

Cabut Gigi | 28.03.2019
Sebelum buat radioterapi ni, doctor bagitahu kena cabut gigi. Kenapa kena cabut gigi? Sebab doctor cakap dalam kesan jangka panjang lepas radioterapi tu nanti kemungkinan airliur akan berkurang. Jadi gigi mudah rosak. So bila gigi rosak, bila dicabut risau kemungkinan lambat nak baik. Lagi lagi gigi belakang tu. Geraham. 

Macam kita, haritu 2 doctor ada bagitahu, gigi memang masih cantik. Memang sayang nak cabut. Sebab memang masih elok. Cuma prosedur untuk radioterapi tu dah macam tu. Katanya kalau taknak cabut pun boleh. Cuma risau nanti mulut susah nak buka luas. Nak cabut gigi pun susah. Kira macam tanggung sendiri la macam tu. 

Sebenarnya mula mula doctor ada bagitahu kat ddy zara kena buang 12batang gigi. Can u imagine? 12batang gigi perlu dibuang. Nak buang 1 pun seksa. Ni kan 12. Masa kita tanya doctor lelaki ni, berapa nak kena cabut. Dia kata 8batang gigi. Terkejut jap. Dok pandang encik suami. Tak terkata apa dah. Cakap kat doctor tu. Kenapa banyak sangat. Tak boleh kurang ke.. Dia geleng kepala. Ohhh makk.. Balik tu stress dia Allah je yang tahu. 3hari kot cuba pujuk hati. Terbayang bayang 8btng gigi nak kena cabut. 

Haritu kebetulan jumpa doctor lain. Doctor perempuan, cina. Cakap kat dia. Kena buang 8batang gigi jugak ke? Then dia pun terangkan macam macam. Tapi nampak dia seorang yang boleh consider. So kita cakap. Kalau nak cabut juga, cabut la 4batang je. 8batang tu banyak sangat. Saya baru nak boleh makan.

Alhamdulillah. Doctor tu macam tak menekan sangat. Dia bagi buang 4batang je. Cuma dia kata risiko rosak tu je la. Actually rosak tu lambat. Bukanlah harini selesai, esok esok gigi rosak. Ada kita sembang dengan sorang akk ni, lepas 2tahun gigi dia goyang. Means, lambat la juga kesan tu. Depend atas badan individu juga sebenarnya. Kita paham. Tapi buat masa ni encik suami macam tak izinkan nak buang lagi 2batang tu. Lagi-lagi kita bergantung harap nak mengunyah belah kanan la..sebab belah kiri ni otot lidah macam masih lemah lagi. 

So, ramai tanya, apa kaitan nak buat Radioterapi tapi kena buang gigi tu, kisahnya sebab kesan dari radioterapi tu. Kalau buat radiaterapi dekat leher, dan yang berdekatan ni, macam boleh merosakkan gigi la macam tu. 

Senang cerita, kisah kita. Buat radioterapi nanti di bahagian leher. Pastu doctor bagitahu, airliur akan kering. Pastu bila airliur kering sikit, gigi mudah rosak. 
Bila rosak, goyang ke apa la maksudnya, kena cabut. Bila cabut, luka tu lambat nak sembuh.
So doctor taknak jadi macam tu.

Then lagi 1 kata doctor, kemungkinan pesakit akan susah nak nganga luas. Erm.. Hat nganga luas ni, sekarang pun tak berapa luas juga pun. 
Tapi semuanya apa yang doctor bagitahu la. 
Kira effect dia tu. So, kalau gigi banyak rosak nanti kalau nak cabut pun, kita tak boleh sembarangan ke klinik gigi. Kena rujuk dengan HSI tu juga la. 

So, rasanya faham kan apa kita ceritakan ni? Kiranya cabut gigi tu sebab doctor macam nak ambil langkah memudahkan pesakit la macam tu. Tapi macam pesakit, kalau boleh taknak la cabut gigi selagi dia belum rosak kan? Sesungguhnya cabut secara paksa ni terseksa. Kita tak pernah sakit gigi. 😭
Kena cabut paksa 2batang tu pun Allah.. Cukup menyeksakan. 
Doctor cabut belah atas tu, siap boleh stop. Then kita pun tak tahan nganga mulut lelama. Lenguh.
Kita tengok gaya doctor cabut geraham atas tu dah macam orang bersusah payah nak cabut pokok ubi kayu tu haa..

Muka lepas kena cabut 2batang gigi

And now, i'm traumaaaa! 😫😫

20 comments

  1. Allahu..berat nya dugaan mu mimie..moga mimie sentiasa kuat utk kmbali sihat. kami sentiasa mndoakan mimie..

    ReplyDelete
  2. hmmm...ssesungguhnya sangat bersabar dengan segala dugaan ni...bila baca entri ni bagi kekuatan untuk kita semua untuk hadapai dugaan masing2 dengan lebih bersemangat..stay strong ya

    ReplyDelete
  3. Allahu mimi. Kinah doakan moga mimi terus kuat untuk tempuhi semua dugaan ni. Moga mimi akan sembuh seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  4. Allahu.. mimi kena jaga diri dan kesihatan. Kuat ye

    ReplyDelete
  5. Get well soon. Take care of yourself. Hopefully all will be fine soon for you.

    ReplyDelete
  6. I worst moment is fearing to go dentist, yeah no choice for our oral health. We need to do this for our health. Take care yeah, glad you sharing your experienced here. I had my wisdom tooth removed n injection more than 4 times :(.

    ReplyDelete
  7. Moga dipermudahkan ye...gigi berlubang pun jenuh nak menampalnya inikan kena cabut gigi. Dengar pun takut kan tapi takpe lah demi untuk kesihatan yang baik, kita terpaksa tabah kan...moga ada pelangi selepas hujan ye. Moga cepat sembuh. Prosedur yang disebutkan di atas semuanya baru saya dengar....

    ReplyDelete
  8. Saya pun pernah kena cabut gigi geraham. 2 batang belah atas sebab nak pakai braces. Ya Allah dentist tu punya goyang gigi, rasa nak tercabut mulut

    ReplyDelete
  9. seram bila dengar cabut gigi ni. apatah lagi cabut 2 batang gigi tue..mesti sakit bukan main kepalan kan. erm..bulan ni kena pergi dental la check kesihatan gigi

    ReplyDelete
  10. Semoga cepat sembuh mimi.. Insyaallah semoga urusan berjalan dgn baik

    ReplyDelete
  11. I scared to cabut gigi. Ngeri bila memikirkannya. Need to find a good dentist.

    ReplyDelete
  12. Sedihnya dengar. Hope awak tabah dan cepat sembuh. Tak sangka pula kena cabut gigi. Semoga Allah permudahkan semuanya. Aminn :)

    ReplyDelete
  13. Semoga cepat sihat kak mimi.Moga dipermudahkan segalanya. Thanks juga share info pasal kimo dan mesin-mesin tu. Baru pertama kali tahu.hehehe

    ReplyDelete
  14. Allahu Mimi... Seram sebak menggigil baca kisah awak. Tak tahu nak kata apa. Kak nina hanya mampu doakan moga dipermudahkan segala urusan Mimi dan diberi ketabahan kekuatan menghadapi hari -hari mendatang. Diberi kesembuhan segera hendaknya. Take care... Aamiin

    ReplyDelete
  15. Aduiii. Seram pulak baca. Ngilu gigi kita. Huuu. Sabar la dengan dugaan ni. Semoga cepat sihat. Jaga makan jugak.

    ReplyDelete
  16. Hmmm moga dipermudahkan urusan. Ye lah sbb doktor pun cuma menjalankan tugas kan. Faham akan risiko dia. Tapi In Sha Allah apa je jalan yang kita pilih untuk pemulihan dengan niat balik ke fitrah akan dapat manfaat nanti di akhirat.

    Ada hikmahnya. Stay strong ya.

    ReplyDelete
  17. Moga dipermudahkan ye semua. Doktor nasihatkan tu sebab dia tau risiko yang bakal terjadi kan. Kita faham apa yang awak lalui sebab kita pun pernah duduk almost 2 months dalam hospital - semua tak selesa kan tapi insyaAllah lepas tu akan bertambah baik la kita hendaknya.

    ReplyDelete
  18. Ok baru paham. .Allahu, berat ujian mimi kan.. Takpe ade hikmahnya ni. .Swmoga segala urusan mimi dipermudahkan.. Swmoga baik-baik sahaja mimi. Memamg seram ye cabut gigi. .Takpela demi kebaikan mimi juga kan.. Harap mimi kuat selalu

    ReplyDelete
  19. Semoga syami kembali sihat semula. Kuatkan semangat tau. Minum air banyak dan kuatkan imun badan. Mouse mommy doakan segala urusan dipermudahkan. u can fight it!

    ReplyDelete
  20. Thanks for educating me about the CT scan...didn't know that we need to wear a mask. Anyway I wish you all the best and speedy recovery. :)

    ReplyDelete