Saturday, 2 March 2019

Sambal Sotong Ni Mengancam Selera Awak Ke?

Hai readers.. Salam hari sabtu.. Harini terlewat update sebab kebizian keluar beli barang dapur. Topup stok mingguan. Siapa kat sini penggemar sotong? Tak kira la sotong tu dimasak apa pun, tetap favourite?

Macam kita sotong ni biasa biasa je.. Nak kata favourite sangat tu tidak la jugak. Then depend pada masakan juga la. Macam sotong goreng tepung tu nyumnyumm.. Sedapnya kalau ratah gitu je kan. Tapi kena makan lepas goreng tu la. Masih hangat hangat gitu..
Kadang kadang kalau makan kat luar, ada sotong ni kita tak berapa lalu sangat. Sebab cara masakan dorang tu. Macam ada bau hanyir macam tu. Tak syok nak makan. Putus selera.

Sambal Sotong

Okay, bukan nak merapu sangat. Al kishnya masa valentine day haritu. Ehhhhh, lamanya peram cerita. Haha.. Masa tu tak tahu nak masak apa. Sekali teringat ada beli sotong. Terus dalam kepala ligat pikir, then bomm πŸ’£ terus dapat idea. Masak sambal sotong πŸ™ je la sebab ddy dorang ni suka sambal. Kang takde sambal boleh hilang selera pulak nak makan. Then dah siap masak macam biasa la. Snap πŸ“Έ gambar saja letak kat status wasap. 

Tak sangka ada beberapa orang yang kecur liur, kata sedapnya.. Then siap tanya resepi macam mana nak masaknya.
Terus rasa macam, aikkk.. Kan senang je buat sambal sotong πŸ™.. 
Tapi kita tetap share resepi. Hidup ni tak boleh kedekut. Kalau kata nak pinjam laki i tu opkos i kedekut la ye. πŸ˜…

So, bagi memudahkan adik adik yang baru nak belajar masak tu, kita tepek juga la resepi kita yang tak pro ni ye. 

Bahan bahan : 
Sotong
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cili blender (cili beli hat kat kedai pun boleh ye) 
Sedikit air asam jawa
Garam
Bawang holland (tak bubuh pun boleh je)

Cara caranya : 
Blender bawang merah dan bawang putih. 
Tumiskan sampai naik bau.
Masukkan halia (diketuk atau dihiris)

Nampak garing sikit, masukkan cili blend. Ikut korang la nak pedas macam mana eh..

Nampak dah pecah minyak, letakkan air asam jawa sikit. Jangan letak banyak..sebab nanti sotong kecut pun ada keluar air.

Masukkan garam secukup rasa.

Agak sambal dah masak, masukkan sotong. 
Gaul rata, agak agak dah cukup rasa, dan ckup masak, boleh la dihidangkan. Sotong tak perlu dimasak terlalu lama tau. Sebab nanti rasa macam liat. 

21 comments:

  1. Wah.. baru semalam teman masak sambal sotong .. huhu tapi malasnya nak up kat blog.. tengoklah.. ada masa nanti nak up jugak.. ni tengok masakan mimi ni, rasa nak continue makan baki sambal sotong malam tadi..

    ReplyDelete
  2. Sedap, tapi yang tak bestnya big boss saya tu tak makan pedas. mmmmmm

    ReplyDelete
  3. Hahahhaha...tajuk kemain buat ai ketawa besar.
    sambal sotong boleh la cuba-cuba masak nnt ...memandangkan ai tak makan sotong kot boleh masak kat laki ai. :P

    ReplyDelete
  4. Nasib semalam makan sotong, kecur liur sikit je. Haha. Kalau rajin nanti2 boleh try resepi ni.

    ReplyDelete
  5. Saya tengok pun dah mengancam wak. Sedapnya lehai. Dah tengahari dah ni. Hehe. Resepi ni pun senang juga nak masaknya. Suka makanan laut ni. Boleh cuba nanti!

    ReplyDelete
  6. Favourite ni. Selalu kalau masak sendiri, tak selera nak makan.
    Tapi kalau orang masakkan, laju je kita sauk. Hihihi.
    Kena polish lagi skill masak Sambal Sotong ni.

    ReplyDelete
  7. Tu dia. Sambal sotong pula mai. Nie buat Rawlins masih lapar (walaupun baru lepas lunch) haha. Rawlins lebih suka kalau ada yang masakkan hahaha

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar pun dah tergoda cm ne ni. Terus rasa lapar ni. Rasa nak gi pasar sekarang balik masak resepi ni.Baru lah best kan

    ReplyDelete
  9. Sambal sotong memang favourite akak .Tapi kalau ada telur sotong tuh lagi sedap mimi .Makanan yang ledas pedas ni memang akak suka. Sejenis suka pedas .Kalau tak makan pedas semacam rasa. Sambal sotong mimi ni mengugat selera

    ReplyDelete
  10. Ni menu saya kalau malas-malas. Campak campak masak kejap dah siap. Tambah sayur sikit, jalan. Kenyang hehehe

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaaa.. Kegemaran ni sotong sambal.. Lagi best tambah petai.. Perghh.. .Melelh. .Hehee. .Tetiba nak buat sotong sambal esok.. Hehee

    ReplyDelete
  12. Yer saya menjawab persoalan tu hehehehe memang mengancam dan sangat sedap giler mudah lak tu kita selalu masak sambal sotong ni tapi tak sesedap ni hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Lebih kurang sama laa cara masakan kita urk sambal sotong ni. Lama x masak heheh. Baca entry teus teringat nak masal hahaha

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Kita kurang gemar makan sotongπŸ˜‚πŸ˜‚ kecuali sotong goreng tepung. Masak seafood or sotong tak boleh lama2 kan nanti kenyal sangat. Susah pula nak makan nanti.. Haha

    ReplyDelete
  15. liez kalau asal sambal je tak kira la sotong ke, daging ke, ayam ke, memang suka sangat..resepi mimi pun sama macam resepi my mum.. terliur pulak tgk sambal sotong tu.. dh lama gak liez tak masak ni

    ReplyDelete
  16. Mak aii..lama giler xbuat sambal sotong.. Sbb sini sotong susab nk dpt..nk kepasar malas.. Skrg pon musim udang je... Kita suka sotong sbb kenyal2 lembut dia pehhh

    ReplyDelete
  17. Mmg mengancam sangat. Sambal sotong one of fave dulu. Tapi sejak ada anak kecik jarang masak sambal2. Sbb nak sekali masak yg diorang leh makan. Haha

    ReplyDelete
  18. alololo walaupun simple tetap sedap menyengat...tak pernah mengecewakan lagi reserpi syamimi...kita pun suka masakan gaya macam ni...anak2 confirm makan bertambah2,,hehe

    ReplyDelete
  19. Menu favourite ni. Thanks share resepi, hari ni juga rasa nak g pasar g cari sotong fresh! Lama betul tak makan sotong sejak diet.. hehe

    ReplyDelete
  20. Mouse mommy mmg gemar semua masakan sotong! Macam mana syami buat sotong tu begitu "juicy" ya? Nak belajar jugak.

    ReplyDelete
  21. PROMO!!!
    khusus untuk member yg daftar di bulan maret ini akan kmi berikan cashback ya bos. langsung saja klik www.fansbetting.co atau
    untuk info cashback lebih lanjut silahkan di add contact kami
    BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete

Sponsor

Comments