Monday, 11 March 2019

Keluarkan Rm2. Digantikan Rm20

Hai readers..
Siapa kat sini percaya pada rezeki bersedekah?
Rezeki tu kadang kala mungkin bukan datang dalam bentuk duit sahaja, mungkin boleh jadi rezeki tu datang dari segi pemberian sesuatu barangan ke.. Apa apa sahaja yang baik untuk kita.. Yang mungkin boleh mendatangkan perasaan seronok pada kita.


Mungkin apa yang kita cerita ni hanyalah sebagai satu kebetulan. Ye, kebetulan yang Allah dah tuliskan dan untuk kita kongsikan. 
Selalu dengar orang kata "kadang kala kita beri sikit, tapi Allah akan gantikan lebih"..
Ye, kita sentiasa percaya pada setiap rezeki yang Allah turunkan bila kita ikhlas dalam memberi.

Kisah haritu kita ke HSI.
Seperti biasa untuk checkup seperti yang telah tercatit tarikh appoiment diberikan.
Buat masa ni, setiap kali pergi checkup, suami akan gunakan pemandu. 
Guna kenderaan utiliti tentera. Bukan sebab nak jimat ke apa. Tapi faham sahaja la kan kalau nak berurusan di hospital besar ni. Lagipun memang ada hak kebajikan orang kata, so gunakan je la.

Setiap kali pergi checkup, bila gunakan pemandu, memang akan bertukar pemandu. Dah 4 kali rasanya pergi checkup di HSI selepas operation, dan dah 4kali tengok pemandu yang berlainan.

Kisahnya haritu. Lepas keluar hospital kami semua pergi minum makan dulu. Sebab dah lunch hour. Kita tak makan minum pun. Bukan tak lapar. Tapi kalau nak makan pun kena cari makanan yang sesuai. Yang lembut lembut. Then nak minum, rasa macam malas sebab minumnya seteguk dua je. Tak habis. Lagipun ada je bawak air masak. So boleh minum.

Hanya Rm2. Digantikan Rm20

Selepas dah settle makan minum, kami pun bergerak balik. HSI tak jauh pun dengan Tesco Tebrau. Dan satu jalan, singgah la sekejap sebab ddy zara zhareef nak cari barang. Dalam masa yang sama, tergerak hati nak cari donut yang lembut macam biasa beli kat tesco ipoh. Tapi takde pulak. Hampa sekejap. Then cakap kat ddy dorang, nak belikan roti la untuk driver tu. Boleh dia bagi buahtangan kat anak anak dia. Kita sebenarnya tak tahu anak dia umur berapa. Boleh makan dah ke belum. Maybe besar zara zhareef juga kot.

So cakap kat ddy dorang. Takpe la, barang makan tu kita bayarkan. Kita niat nak belanja. Niat nak belanja tu sebab kita nak orang seronok kalau lepas ni nanti kami nak ke HSI mereka tolong bawakan. Sama seperti driver lain pun. Kalau kita ada beli apa apa, kita belikan bagi sekali. Bukan niat nak menunjuk baik. Tapi nak orang seronok bila kita perlukan mereka.

Sebenarnya harga roti yang dibeli tu Rm2 je. Pastu petang pada hari yang sama, tiba tiba mata kanan gatal sangat. Sambil berseloroh dengan suami "siapa nak bagi duit ni.. Mata kanan gatal sangat"
Spontan je cakap sambil seloroh gitu.
Sebab selalu kalau mata kanan gatal sebenarnya nak nampak sesuatu yang baik. Macam orang kata tapak tangan kanan gatal mesti nak terima sesuatu. Haaa, gitu.

Then malam tu tiba-tiba blogger ciknor whatsApp.. "Mimie, G tuntut hadiah cpt"..
Terpinga-pinga jap. Hadiah? Hadiah apa?
Macam takde join contest je. Haha
Pastu bukak blog then check giveaway apa yang kita ada join.


Rupanya dalam giveaway Giveaway Cash Blogger Malaysia ada rezeki terselit disitu. Dapat cash Rm20 di tempat ketiga.
Terus cakap kat suami.. "Siang tadi belanja roti tu Rm2 je niat bagi anak anak driver tu. Sekali malam ni dapat Rm20 Allah gantikan"..

Kuasa Allah dalam kita memberikan.. Tak disangka-sangka. Rezeki dariNYa

Sebab tu orang kata, kalau kita dah berniat yang baik, nak bersedekah untuk anak anak kecik lagi Allah gandakan rezeki tu kan. Bukan rasa puas je dapat beri. Tapi Allah selitkan juga perasaan yang tenang pada diri kita. 

19 comments:

  1. Begitu la ketentuan bab rezeki ni kan mimi..sama macam akak..gaji tak la seberapa tapi every week kalau balik rumah Seremban memang akan banyak keluar belanja walau dah tengah bulan..alhamdulillah esok lusa atau seminggu kemudian akan masuk lagi rezeki sikit2 dan mampu bertahan sampai hujung bulan..

    ReplyDelete
  2. Memang betul..kalau kita memberi..lebih banyak rezeki kita terima. Jangan takut utk memberi, sis pun selalu ajar anak2 agar rajin2lah memberi sedekah..tak miskin kalau kita membantu org lain

    ReplyDelete
  3. Betul tu Mimi .Walaupun nilai yang kita sedekah tu kecil nilainya tapi kalau kita ikhlas bersedekah pasti akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar .Sedekah lah seikhlas hati tak misah berapa nilainya pasti kita akan dapat hikmah nanti .

    ReplyDelete
  4. Itu di namakan rezeki. I always believe you must give to get something in return. So if kalau ada lebih jangan lupa bersedekah insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Mimi menang giveaway. Huda pun menang juga first place dari giveaway yang sama,itu pun huda yakin berkat sedekah pada adik huda yang tengah belajar kat Maahad Johor 2 minggu lepas.

    ReplyDelete
  6. Rezeki memang tak pernah salah alamat kan? Kita sedekah kat orang, melimpah2 balasan rezeki Allah bagi kat kita. Sebab tu kena sentiasa bersyukur walaupun dalam kesempitan.

    ReplyDelete
  7. tahniah menang GA.. tapi memang betul jangan pandang ringan walaupun kita bagi rm1 pun. klau betul-betul ikhlas ,ALLAH SWT turunkan rezeki melimpah ruah.. sedekah tidak akan membuat kita miskin..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah. Mesti bersyukur driver tu dapat roti tu kan. Rahsia sedekah nie besar kan. Kadang2 Allah swt mudahkan urusan kita dan keluarga. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. Betul tu kan . Sukanya baca perkongsian macam ni. Terinspirasi. Bersedekah kan salah satu sumber dan punca rezeki. Percaya dan yakin dengan Allah. InShaaAllah. Baik sungguh hati dan niat sis mimi belanja driver tadi. Nah! Allah ganti dua kali ganda. Alhamdulillah. Tahniah sis

    ReplyDelete
  10. Hal terpenting adalah bersyukur selalu akan apa yang kita ada meski itu hanyalah, benda kecil dan yang penting juga, kita tak boleh tamak-tamak:)

    ReplyDelete
  11. Betul, kalau kita memberi, kita akan dapat ganjaran yang lebih. Nad pun pernah dapat mcm ni.. Alhamdulillah, rezeki mimi kan. .Tahniah mimi..

    ReplyDelete
  12. No matter how much you give out, lots of little... One day you will get your return... That's what we call good deed will have good return...

    ReplyDelete
  13. Betul, semakin kita memberi, makin banyak kita terima. Tp tulah, kadang kita rasa susah nak keluarkan duit utk derma or sedekah sbb takut duit kita habis. Walhal, ganjaran pahala besar dan mungkin akn digantikan dgn yg lain

    ReplyDelete
  14. oh wow Congratulations on this. nice rezeki for the day kan hehe. It's good to be grateful for everything and hopefully many more in future kan

    ReplyDelete
  15. Bertuahnya dapat menang giveaway. Alhsmdillah, rezeki orang kata. Tahniah

    Setuju, sedekah tu bukan bermakna kita kaya. Tapi more to bersyukur dengan rezeki yang kita ada untuk dikongsi bersama. InshaAllah, kita berkongsi dengan orang, rezeki kita pun aku dimurahkan selalu. Yang penting kita ikhlas

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Emi pun selalu macam ni. Tengah2 takde duit tp bila ada yg memerlukan, kita bagi. Tengok2 Dia bagi lebih lagi kat kita.

    ReplyDelete
  17. Wah! congrats rezeki tuuu. Yah sometimes jangan berkira sangat kalau boleh kita buat baik like share the food, sedekah or even have good thoughts then God will protect us. Semoga murah rezeki pada orang yang berbuat baik.

    ReplyDelete
  18. Memang murah rezeki bila bersedekah..tapi tak sangka akak pun percaya bila tapak tangan kanan gatal kiranya ada duit nak masuk...

    ReplyDelete
  19. Janji Allah itu betul kan..cuma cepat dan lambat tu je menjadi rahsia Dia. Terbaik..semoga sentiasa dimurahkan rezeki

    ReplyDelete

Sponsor

Comments