Tuesday, 5 March 2019

Berdikari Dan Pandai Bawa Diri..

Hai readers..
Harini ingat nak skip update blog. Sebab badan tak berapa sihat. Tiba tiba macam nak demam. Tapi tak la panas sangat badan. Tapi batuk boleh tahan. Naik kering tekak. Pastu bila berdiri lama rasa macam orang tak stabil je. Tapi sebab rasa macam dah lamaaaa je tak share kisah anak kan. So kita share la ye. 

Start bulan 1 bila kita kena admit ward mula mula pasal nak buat MRI tu hati macam kental lagi. Tak la sedih mana. Sebab tahu ddy dorang boleh jaga sekali. Dan kebetulan tumpang rumah my BFF kat JB tu. Sebab zara pun kenal acik tu, so tak la risau dorang akan meragam sangat ke apa. Walaupun hati tetap rasa gusar kan. Anak kan.. Siapa tak risau..

Ingatkan lepas MRI boleh balik, rupanya kan kena tahan. Okay.. Cuba bertabah. Tapi tetap risaukan anak. Sampai la hari khamis, doctor bagitahu kena oepration hari ahad (20jan2019) hati macam Allah.. Ready ke tak ready. Anak macam mana ni. Even tahu zhareef sangat kurang meragam, kawan pun cakap dia pandai bawak diri, tapi rasa macam boleh ke dia ni tanpa mama dia lelama. 

Hari khamis terus telefon mak. Bagitahu mak oepration akan buat hari ahad. So paling lambat pun mak kena turun JB hari sabtu. Sebab nak mintak tengokkan zhareef dengan zara. Sebab taknak lepas tangan suruh my bff jaga. Sebab my bff ada 2 orang anak lelaki dan tengah pregnant.

Setahu kita, zhareef ni dia macam takut sikit dengan orang yang jarang jumpa. Contoh macam atoknya. Kami kan jarang balik Ipoh. Nak jumpa mak abah memang tak sangat. Risau juga zhareef ni mau ke dengan opah atoknya. Risau nanti ddy nya kena jaga kita, pastu anak anak meragam. 


Allah sebaik baik pengatur kehidupan. 
Zhareef jadi rapat dengan Atoknya. Masa datang hospital hari pertama lepas kita operate tu, dia takmo berenggang dengan atoknya. Sampailah seminggu kita kat hospital. Datang mesti berdukung dengan atok. Rasa macam soooo touching.. Rasa macam nak nangis tengok.
Sebab dia boleh okay tanpa mama dia.

Dan dalam tak sangka, selama kita tak jaga dia tu,  seminggu tu dia dah laju bercakap. Boleh kata jelas la dia cakap. Walhal sebelum tu macam malu malu. Pelat lagi. Allah.. Rasa macam betul ke ni.. 
Dia datang melawat kat hospital dia cakap kat opahnya. "Mama akit.. Mama jait" (mama sakit, mama jahit) sebab dia nampak luka jahitan tu. Pastu dia dok main lari lari dalam ward. Sikit pun tak kisah mama dia.

Sampailah opahnya bawak balik ke Ipoh untuk sambung jaga, dan kita perlu balik mersing. Msg kat adik. Zhareef zara meragam tak. Sebab perjalanan jauh kan. Pastu tanpa kami berdua. Adik cakap zara tido. Zhareef bernyanyi je. Alhamdulillah. Sikit pun dia tak risau berjauhan.
Ada masa buat video call. Tapi dia tak heran pun dengan mama dia. Bila tengah call dia tengok sekejap je. Dia cakap mama jait. Pastu dia lari ke dapur cari makanan!

Zara pun sama. Tak cari makanan. Tapi dia macam malu nak cakap. Beberapa kali juga buat videocall, sikit pun tak heran. Bila buat videocall time ddy nya ada. Bila nak sembang dengan dia, dia panggil ddy dia. 🙄🙄🙄
Ehhhhh la zhareef.. Pastu bila hala balik ke arah mama dia, dia panggil ddy dia balik.
Adududu.  Kecik hati betul. Rasa macam anak dah buang mak ni. 😆😆😆

Minggu lepas call lagi. Sebab rindu. Terlepas segala perkembangan pembesaran dia kan, sekali ada 1 ayat dia yang buat mama dia ni tak percaya.
Dengan muka selambar dia, dia dok cakap

"Ddy ayang Mama" (Ddy sayang Mama)

Masa tu macam terkejut. Pastu tanya dia balik.. Apa dia dik.. Sekali dia ulang

"Ddy ayang Mama" (Ddy sayang Mama)

Ohhhmakkk.. Macam tak caya je budak 2 tahun cakap camtu. Dan yang best ddy dia jawab dalam videocall "mesti la sayang.. Tak sayang tak kuar la 2org"

Ya ampun.. Kalau la mak abah semua dengar? 😐😐😐😐
Tergamam jap.. 

Tak sangka.. Zhareef dah banyak perkembangan yang mama dia terlepas tengok. Sangat berdikari. Kalau zara dulu umur 2tahun pun kalau tak nampak mama dia mula la mencebik!
Sampai sekarang ni pun. Balik sekolah tak nampak muka mak dia ni haaa, mula berkaca kaca mata tu. Apaaaaa daaaa..
Apa pun.. Dalam kenakalan zhareef, dia sememangnya anak yang pandai bawak diri dan senang dijaga. 

22 comments:

  1. alhamdulillah..Allah aturkan yg terbaik utk mimie..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. dah besar kan zhareef.. lepas ni jadi anak teruna pulak.. pandai berdikari tak susahkan parent.. Alhamdulillah.. good boy.. hehehe.. nanti balik rumah mesti rindu atok opah lak.. kih3

    ReplyDelete
  3. Kadang kita rasa anak2 ni xboleh buat. Tapi sbnrnya dia boleh buat lebih dari tu. Maybe sbb dia terlalu bergantung dgn kita mak mak ni kot. Tp nk jauh dgn anak tu sakit betul rsenya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Pandai dia berdikari. Dia tau mama dia sakit. Zhareef anak yang baik

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah semoga membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan kedua orang tua. Paling penting semoga sayang sihat dilindungi dan dimurahkan rezeki ya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak soleh.. done klik iklan 😊

    ReplyDelete
  7. Anak2 bila diberi kepercayaan berdikari, pandai lah diorang tu 😁 smoga mama dia cepat sembuh juga

    ReplyDelete
  8. aduhai. anak2 cerdik dan menyenangkan hati, zara & zhareef.
    alhamdulillah...
    anak2 ni, mimie, akan bwk diri bila kita takde. dia tahu yg dia kena behave.
    just kita kena cekal tinggalkan dia.
    ditinggalkan dgn org yg kita percaya, ahli keluarga, kan :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah moga dipermudahkan urusan mendidik anak-anak hero Zhareef moga jd anak yg baik InsyaAllah

    ReplyDelete
  10. Alahai comelnya. Dah ada adik terus pandai nak uruskan diri. Die taw mak die kene jaga adik die. Semoga membesar dgn baik yer adik Zhareef.hehehe

    ReplyDelete
  11. Semoga segala dipermudahkan dan terus diberi kesihatan untuk keluarga lebih bahagia. Biar anak sejauh mana kasih sayang ibu tak akan putus moga anak menjadi seorang anak yang soleh dan baik kepada kedua ibu bapanya... Aminnnn

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...dia xmo susahkn ati mama dia...xmo susahkn atok n opah

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..kecik2 dh pandai berdikari dn bawak diri..dia tahu mama dia x sihat. Moga jadi anak yg soleh dn dpt membahagiakan mak ayah

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, sepanjang syamimi operate, semua anak behave tak banyak meragam.. Bgusla tu kan.. Nad masa bersalin, si kakak suap demam tak de nad. .Hhaha. .Ni sekrg dh besar ok la kot takde maknya.. Bgus zhareef. .Jadi abang yang baik

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah. Allah sebaik perancang. Bagus Zhareef ya. Btw semoga cepat sembuh sis.

    ReplyDelete
  16. Berkat didikan parents nie insyaAllah anak akan pandai membawa diri. And moga dipermudahkan urusan semua ye. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  17. Mmg kdg2 kita under estimate anak sendiri kan. Rasa dia macam xtau apa, tapi rupanya dia dah paham byk benda dah.

    ReplyDelete
  18. PROMO!!!
    khusus untuk member yg daftar di bulan maret ini akan kmi berikan cashback ya bos. langsung saja klik www.fansbetting.co atau
    untuk info cashback lebih lanjut silahkan di add contact kami
    BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete
  19. Anak-anak ni, memang cerminan kita sebagai parent. Nak nampak berdikari, tengok intai-intai apa mereka buat. Sekarang ni susu tepung pun banyak DHA, Susu badan ibu lagi la bijak anak-anak ni. Sebab tu kalau dah nampak anak ada potensi macam ni, hantar pi belajar tau kak. Tadika sekarang ni pun ada dari baby lg. Sebab zaman sekarang ni anak memang cepat. Cepat belajar, pandai, berdikari, sosial pun cepat mesra dalam kelas. Masa hari anugerah akhir tahun, akak akan tengok anak akak baca surah hafazan atau doa. Subhanallah. Tambahan anak lelaki. Sejuk perut ibu. haha

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, dah makin besar makin berdikari la dia ye. Suka tengok budak2 yang bukan asyik nak mengempeng dengan mak aje.

    ReplyDelete
  21. Senang kerja mama, ank pandai2 bawa diri sendiri. Tak perlu risau sgt.

    ReplyDelete
  22. Anak cerdik... bagus la tu sebab mak pandai didik dari kecil. Now he is independent and easy to blend in with the situation. Awesome!!!

    ReplyDelete

Sponsor

Comments