Setiap Minggu Date Dengan Dental.

Tuesday 19 February 2019

Hai readers.. Morning..
Semalam turun lagi ke HSI. Tiap minggu kena date dengan doctor dental. Setiap kali dah sampai sana, memang rasa seram tu datang. Serius, kita ni cuak jugak dengan doctor dental. Ntah kenapa. Selepas kes kena jait balik tu, seramnya tak habis habis.

Semalam gerak dari rumah jam 6.40pagi macam tu. Sampai HSI jam 9.45pagi macam tu. Kiranya lambat! Jalan jem. Tapi sebenarnya masalah cuaca juga. So tak boleh nak laju. Hujan renyai dari mersing ke kota tinggi. Bila dah masuk jam 8 pulak start dengan jem la pulak.


So kena daftar dulu di kaunter pendaftaran. Selalu tunggu turn memang makan masa sikit la. Ya Allah ramainya la orang. Mujur la anak anak kita masih di Ipoh. Kalau tak mesti dah macam macam ragam!

Settle bahagian kaunter atas pun dah pukul 10 lebih ke pukul 11pagi ntah. Pastu turun bahagian bawah. Pergi ke klinik Pakar yang kita perlu berurusan. Actually semalam sepatutnya ada 2 pakar kena jumpa. Ingatkan nak settle kan dental dulu baru pergi ke ENT. Sekali urusan ke dental selesai lambat. Jam 1.15petang settle. Masuk jumpa doctor dental tu dalam pukul 12lebih. 

Semalam jumpa dental tu tawakal je. Yang penting takmo dapat sakit. Semalam dorang buka ikatan benang yang ada dalam mulut. Ddy dorang cakap banyak juga la benang tu. Dia tengok sebba dia mesti akan temankan sampai ke dalam. Kalau dia temankan, so perasaan takut tu akan kurang la sikit. Jahitan benang dalam mulut tu kira hampir sebulan dah. So bila dibuka taklah sakit pun. Tapi bila nampak benang tu dikeluarkan lega la. 

Tapi tang bahagian yang dijahit balik tu baru 2week kan. Hat situ serammmmm! Ada rasa sakit sikit. Kecut perut jugak laa kita ni. Ddy dorang siap pegang kaki kita lagi. Haha. Bukan la kita meronta..tapi dia nampak kita dah terpejam pejam mata dok takut. Hihi.
Bila doc kata okay.. Settle.. Fuhh dia punya legaaaaaaa tu tuhan aje la tahu!.

Then disebabkan dah pukul 1.15petang, try ke kaunter ENT. Doc yang handle kes pulak tak dapat dihubungi. Sebab dah keluar makan. Pastu menunggu juga la sampai ke jam 2 petang. Nurse kata tak dapat dihubungi juga. Okay xpe. Tukar date lagi. 2kali dah tukar date. Tak dapat jumpa doctor ENT. So, balik nak kata rasa hampa sangat tu tak la. Happy sebab benang dah buka. Tapi still kena jaga jaga juga la. 

Bab makan tu still soft diet. Buat masa ni kita berani makan bubur je la. Nak mengunyah belum boleh. Sebulan makan bubur. Dok telan terus kan. So nak mengunyah jadi tak reti. Lagi lagi kawalan lidah tu. Masa buang tumor, doctor ada bagitahu lidah akan terganggu sikit. So kita kena sabar dulu la..

Nasi Beriani Mamak.

Balik dari urusan dah pukul 2petang. Ddy dorang ajak driver pergi minum dulu. Kitorg gerak ke JB naik kereta ZD. Mudahkan pergerakan kan. Pastu sampai kedai mamak order air je. Milo ais. Perut memang lapar. Sebab last makan semalamnya jam 8mlm. Lepas maghrib macam tu last makan bubur. Bubur ni setakat sejam boleh la tahan kan. Lepas tu krak krukk la balik perut. Dah la masa ke spital pun memang tak makan apa.


Sekali pekerja kedai mamak tu tegur "kakak, kasi ambik la nasi beriani. Sedap"..
Allah.. Kalau laaaa dia tahu, nak je cakap. Memang saya nak makan.. Tapi saya tak boleh nak kunyah makanan. Sedangkan minum air milo guna straw biasa tu pun mudah tersedak tau. 
So, memang kita kena banyak banyak bersabar la.

Balik dari tu terus ke Pusat Bandaraya. Nak cari Etiqa Takaful. Sebenarnya kita tak pernah sampai ke pusat bandaraya tu. Terasa macam jauhnyaaa. Paling takut kalau sesat, walaupun ikut google maps. Kita ni jenis cuak sikit. Dengan tempat tak biasa pergi. Tapi semalam hal Etiqa tak dapat diselesaikan lagi. Ada borang lain pihak hospital kena tolong isikan. Erm.. Bertabah la..

Balik rumah penatnya rasa badan. Malam tu sambil tengok majalah 3 dah terlena. 

24 comments

  1. alahai sis! takpe dah baik nanti makan puas-puas ya. tahan dulu skarang, semoga cepat sembuh tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit sakit haritu tak merasa nikmat makan. ni pun masih berpantang lagi. Memang tengah bertabah je. Hehe

      Delete
  2. Spoil la bila appointment dah buat tapi gagal juga jumpa doktor. Bertabahlah ye.
    Nasi Beriyani tu memang rugi la tak makan tapi nak buat camner, keadaan tak mengizinkan ye tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. 2x gagal jumpa doc yang sepatutnya. Pelik tak kan dia tak tahu pesakit dia ada yng dia x jumpa lagi.
      Kan.. Nasi beriani sedap.. Tp keadaan x mengizinkan..

      Delete
  3. Adoi.. jenuh nya la kalau kena pegi check up lah rawatan lah every week.. Speedy recovery ya! Semoga sema urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. memang selalu macam tu, kalau pergi hospital jangan mimpi la pergi sekejap. memang berejam, walaupun dah buat appointment.. SEmoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  5. Kesiannya Mimi, x dapat bayangkan kalau akak kat tempat mimi..mesti tak tertanggung kan rasa nak makan dengan semua pun x boleh buat..akak yg diduga dadi bulan 10 pun mengamuk kalau asyik makan bubur je..sabar ye mimi..insyaallah lepas dh sembuh boleh makan seperti sediakala. Buat masa sekarang kena jugak makan walau soft diet..nanti datang gastrik plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye akk. Kadang rasa nak meronta pun ada. Tak puas sebenarnya makan bubur. Cepat lapar balik kan. Tapi ank taknak ikut je la. Doc bagi dah try slow-slow makan yang lembut2. Tapi tu la. Susah nak kunyah. Lagi2 ada plate yang dipasang lat dagu tu. Tuk cantumkan balik tulang rahang yang dibuka. Tu yang susah sikit pergerakan mulut pun.

      Delete
  6. Yaaaaa! I know your feeling dear. Sakit gigi ni lah memang tak senang nak duduk. Nak makan apatah lagi, memang tak best sangat dan seksa dia tu kita je tahu. Moga gigi awak cepat sembuh dan boleh makan dengan selesa ya :D

    ReplyDelete
  7. Bagus lah rajin pergi jumpa dantel hehehehe kita ni tak rajin wakakaka betul kata doktor kena setiap 6 bulan setiap kali kena buat check up. Moga cepat sembuh ok....

    ReplyDelete
  8. Allahu..seriau baca, yg menanggung lagi lah kan. Bertabah ya..moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  9. tak bestnya bila tunggu turn lama-lama.airah pun tak suka menunggu tapi redha jela. semoga cepat sembuh nanti boleh makan best2

    ReplyDelete
  10. Buka jahitan dalam mulut ke? perghh.. dok baca pin dah seriau..gws

    ReplyDelete
  11. Bab nk pg hospital bila kena time deman selsema mmg kak mls nk pg..baik mkn ubat kat farmasi sbb dahlah kena tggu lama2 bila time jpa doktor dia cuma tgk kat pc jer...xcheck langsung,klu xdemam btl2 jgn hrp nk dpt mc

    ReplyDelete
  12. Liez dh dh tua pun takut nak jmp dentist..setahun sekali pun susah ni kan pulak tiap minggu.. get well soon mimi

    ReplyDelete
  13. I pun takut pergi dental clinic, naik bulu roma bila dengar bunyi drilling tu. Eeee nyilu sangat, so you are not the only ayang takut pergi jumpa doktor gigi.

    ReplyDelete
  14. Bertabahlah kak kene hadap macam tu. Kesian akak. semoga cepat sembuh dan diberi kekuatan.

    ReplyDelete
  15. oh no, wish you get well soon. It's better to get it done before too late kan

    ReplyDelete
  16. Rajinya pg dental. Kite jenis penakut. hahaha. Alhamdulillah x d masalah pape so far. Get well soon ya

    ReplyDelete
  17. Semoga cepat sembuh ya. Bila baca artikel ni tetiba teringat dah setahun dah xjmpa dental

    ReplyDelete
  18. Ouch ! I can feel you. Please get well soon supaya boleh makan nasi beriai tu hehe

    ReplyDelete