Wednesday, 27 February 2019

Serum DR. BEAU, Serum Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Jerawat Dan Jeragat.

Masalah Jerawat Dan Jeragat Sering Menghantui Diri?

Hai readers.. 
Siapa kat sini susah sangat nak jaga muka? 
Rasa macam lecehnyaaaa nak kena pakai itu, nak kena tepek ini.. Rasa rimas je..
Haaa, sama la tu dengan kita. Kadang tu rasa macam rimas nak tepek macam macam kat muka ni. Rasa macam kan best, pakai 1 produk je muka terus elok cantik. Tak gitu? Punyalah tinggi impian, tapi malasss je nak usaha kan bunyinya tu.

Sebenarnya kalau nak cerita pasal Serum ni, kita sangat jarang nak pakai serum. Sebab apa? Konon-konon dok pikir pakai krim muka je dah cukup boleh cover segala masalah kat muka tu. Tapi rupanya tidak. Salah tanggapan tu. 
Then masalah lain, pernah gunakan serum, tiba-tiba kulit tak serasi pulak. Then naik jerawat yang besar dan merah-merah tu.
Seriau tengok muka sendiri okay. Start tu la kita kena berhati-hati untuk memilih produk muka terutama sekali serum.



DR. BEAU Serum Vitamin E

Ntah macam mana secara tak sengaja, tergerak hati nak cuba serum vitamin E DR.Beau ni. Tengok ramai juga yang dah pakai. Nampak best je produk ni. Nampak macam nak gunakan pun mudah, tak perlu risau kulit akan menjadi masalah lain sebab Serum ni fungsinya nak membantu masalah kulit yang kita hadapi.



Jom kita kenali dulu Serum Vitamin E Dr. Beau ni.

Telah mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan lebih 300,000 botol telah terjual. Diperbuat dari ekstrak herba-herba semulajadi dan dirumus khas oleh kilang tempatan. Produk keluaran bumiputera ini diyakini halal dan bukan berbentuk bahan kimia berbahaya.

Adunan berkualiti premium adalah dari formulasi bioteknologi terkini yang menggunakan teknologi pemprosesan penyulingan molekul dan pengekstrakan superkiritial yang disahkan dan dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Kulit Berminyak Dan Muka Berjerawat.

Sebenarnya mungkin ada kawan kawan yang sedia maklum,kan. Selepas menjalani operation haritu, kita mengalami masalah kulit berminyak. Alhamdulillah ianya dapat diatasi dengan mengunakan pencuci muka yang bersesuai. Namun, ianya tetap berminyak, cuma tidaklah begitu ketara. 

Tapi rasa tak best la bila bangun pagi, muka berminyak. Siapa alami masalah macam tu juga?
Okay macam ni. Kita ni kan kita nak testing la gitu, okay ke tidak serum ni digunakan pada waktu malam dan juga siang. Ternyata okay sangat tau. Bila pakai waktu malam, bangun pagi muka elok je lembut. Takde pun nampak macam makin bertambah berminyak. Elok je dia. 
Bila gunapakai waktu siang pun sama. Yela, waktu siang kan banyak aktiviti nak dibuat. Walaupun duduk rumah, kerja mengemas, memasak nak kena buat. 

Bila pakai waktu pagi selepas mandi, kita biarkan je. Sampai la tiba waktu nak masak. Selalu bila duduk dapur ni kan panas. Muka berminyak. Tapi bila kita gunakan tak pulak muka berminyak. Still kekal seperti biasa. Tu yang best tu. Pakai waktu malam okay, pakai waktu siang pun okay. Depend pada individu la kan. Sebab kita semua kulit muka berbeza-beza. 

Mungkin ada yang nak tahu, apakah isi kandungan serum ni kan? Antaranya ialah :


Vitamin E 

Rosehip Oil


Argan Oil

Almond Oil

Apricot Kernel Oil

Wheat Germ Oil

Evening Primrose Oil

Cara Penggunaan Yang Mudah.




Bersihkan muka terlebih dahulu. 
- Ambil 1 butir softgel serum dan koyakkan bahagian atas. Boleh letakkan ditapak tangan terlebih dahulu, atau titikkan dibahagian muka dikehendaki.
- Sapu rata ke bahagian muka. 

Nota : 1 softgel serum ni boleh guna 2x tau. Nampak je kecik. Selalu 1 butir ni saya gunakan untuk pagi dan juga malam. 

Serum ni nampak macam oily sikit. Tapi jangan risau, sebab dia cepat meresap ke dalam kulit ye. Macam kalau nak pakai mekap selepas menggunakan serum ni boleh. Pastikan ianya meresap ke kulit terlebih dahulu.

Menjadi Pilihan Selebriti

Mungkin ada yang tak tahu Dr.Beau Serum Vitamin C ni menjadi pilihan para selebriti terkenal juga tau. Haaa, bukan calang calang orang yang menggunakannya. So, nampak tak betapa bestnya serum ni. Jom tengok siapa yang menggunakan serum ni. 

Haaa, sebelum terlupa.. Serum ni sesuai untuk lelaki juga tau. Bukan je orang perempuan je yang perlu jaga kecantikan wajah, tapi orang lelaki pun kenal ambil berat aspek penjagaan wajah kan..









Testimoni Pengguna

Sebelum terlupa, kita share sikit antara testimoni pengguna yang lain juga ye. Antara mereka-mereka yang dah berjaya dalam mengatasi masalah mereka. 






Haaa, korang mesti nak tahu juga, kat mana nak dapatkan maklumat penuh untuk serum vitamin E yang best ni kan? Ni maklumat yang korang boleh terjah ya.



WEBSITE : 

FaceBook : 
drbeau malaysia

Instagram : 

PHONE : 
0169633443

28 comments:

  1. Looks like a product that is very useful for my skin!

    ReplyDelete
  2. mkn cantik berseri2 la mimie..:)

    ReplyDelete
  3. Comel lah dalam bentuk softgel mcm ikan.. Testimoni tu sorang kita kenal..

    ReplyDelete
  4. Akak pun dah lama tak pakai serum sebab kebanyakn serum buat kulit akak jadi mengelupas, berjerawat. Tak tahu la Beau serum ni sesuai ke tidak untuk akak..Boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  5. serum memang wajib pakai bagi kita.. suka kesannya.
    eh best pula serum dalam bentuk softgel macam ni. senang nak bawa kalau pergi mana-mana

    ReplyDelete
  6. First time dgr jenama ni.. Tp honestly mmg senang dlm bentuk softgel senang nak guna anytime, kebersihan pun terjamin

    ReplyDelete
  7. Jerawat tu memg maslah besar.. Resah bila ade.. Wah ramai tgk pakai prpduk ni.. Nampak macam best.. Kecil molek je

    ReplyDelete
  8. Memang nightmare tau masalah jerawat jeragat bagai ni. sebab tu rutin skincare yg lengkap memang penting.

    ReplyDelete
  9. Wahhh...sesuai untuk org yg ada masalah kuit berjerawat ye. .nnt leh ckp kat adik ai.

    ReplyDelete
  10. Kalau nak pakai 2 kali tu kan, lepas kite kopekkan, mimi simpan macam mana ye? Takut tumpah or masuk benda benda kotor pulak. Mimi simpan dekat mana nak tunggu pakai belah malam

    ReplyDelete
  11. Rasa macam sesuai dengan kulit muka akak je..mesti best kan..akak ada masalah kulit berminyak dan berjerawat..mesti sesuai guna product ni...packaging cantik dan ianya dalam bentuk kapsul kan...

    ReplyDelete
  12. banyaknya testimoni yang berjaya..memang serum vitamin E ni terbaik untuk kulit..nanti boleh cuba juga ni

    ReplyDelete
  13. Patutlah muka selebriti tu cantik cantik ek. Rupanya diorang pakai serum Vitamin E rupanya... Wah, nampaknya mimi pun lebih nampak glowing guna produk ni

    ReplyDelete
  14. Orang perempuan memang rajin apply mcm2 produk ni kan..sentiasa nak cantik😀

    ReplyDelete
  15. First time dengar nama produk ni. Ramai gak selebriti pakai ekk..patutlah muka diorg licin n cantik, pakai serum ni kisahnya. Bolehlah nanti sis cuba

    ReplyDelete
  16. ohhh serum dr.beau ni untuk dipakai yer , ingat untuk dimakan ...hehehe , tapi oklah camni , bijak diorang punya packaging sebab senang nak bawa ke mana mana dan jauh dari risiko serum tumpah dalam beg

    ReplyDelete
  17. Wah nampak macam best je serum ni. Skang ni trend kegunaan serum mmg dah jadi keperluan. Yelah die cover keseluruhan penjagaan kulit muka. Boleh try ni. Nak juga jaga kulit ni.hehehe

    ReplyDelete
  18. Bagus sangat ni.. Yelah kadang tu tak tahu nak pakai apa yang mana satu so sebenarnya kita tak perlu banyak produk.. Kena cuba ni..


    Husniey datang follow sini #1926

    ReplyDelete
  19. Saya lah tu antaranya yang malas sangat nak pakai itu ini walaupun muka tak berapa nak elokm haha. Tengok produk ni macam menarik

    ReplyDelete
  20. Nie rupanya rahsia keremajaan ye. Rawlins dah sampai tahap perlukan bantuan serum gak nie. Haha. Almaklum - dah usia dah lanjut kan

    ReplyDelete
  21. Suka tengok produk penjagaan muka ni. Packaging dia cantik dan paling penting ianya bagus untuk kulit rumah

    ReplyDelete
  22. Kulit berminyak & kerawat mmg musuh utama semua perempuan. Kalau ada serum yg boleh elak 2 ni, memang bagus sgt la tu.

    ReplyDelete
  23. Menarik la serum ni, suka kita. Cara nak pakai pun mudah jugak tu. Semoga mimi terus diberi kesembuhan ye. Muka berminyak tu nanti kena cari produk yang sesuai untuk kulit berminyak juga tau.

    ReplyDelete
  24. Huda pun dah guna serum Dr Beau ni, dari tahun lepas. Memang best sangat2! Serasi dengan kulit

    ReplyDelete
  25. This is my first time get to know about this product. I like the capsule form it hygiene and also we can get the consistency of the dosage per time. Will check out the product.

    ReplyDelete
  26. wah, serumnya dalam bentuk capsule. menarik juga

    ReplyDelete
  27. Comel pakaging dia, Design pun lawa

    ReplyDelete
  28. PROMO!!!
    khusus untuk member yg daftar di bulan maret ini akan kmi berikan cashback ya bos. langsung saja klik www.fansbetting.co atau
    untuk info cashback lebih lanjut silahkan di add contact kami
    BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete

Sponsor

Comments