Kenapa Dental Tu Menyeramkan?

Thursday 14 February 2019

Hai readers.. Harini masuk 25hari kita dah lepas operation. So now tinggal jaga nak bagi baik elok then kena jaga permakanan sekali. Lagipun sebelah dalam mulut ni jahitan ada yang tak dibuka lagi. Then ada yang belum baik lagi. So doctor kata better makan bubur dulu la. Then doctor dental bagitahu benang pada gigi dan dalam mulut tu dia akan reput sendiri. So bertabah je la..

Serius, jumpa pakar dental sangat menyeramkan. Dah la last kita ni check check gigi 3tahun lepas masa pregnantkan zhareef. Tapi jumpa bahagian gigi masa pregnant ni tak seram mana. 

04 Februari ada appoiment dengan Dental. Masa tu sikit pun tak nervous. Berharap sangat benang kat gigi dorang buka. Tapi pergi masa tu kena jait bahagian dalam ni. Sebab ada yang terbuka. Ya Allah.. Seramnyaaaa. Sakit lepas ubat bius habis tu usah dikata. Sampai malam nak tidur still tak hilang sakit tu. Berdenyut denyut. Semacam je rasa kat mulut. Bagaikan dilumur dengan cili api segenggam!


Minggu ni kelmarin 12 Februari jumpa doc pakar yang handle kes kita masa operation tu. Siap cakap dekat dia. Minggu ni saya taknak sakit lagi. Doc lain yang check bahagian dalam mulut kata ada terbuka sikit. Ya Allah.. Berderau darah! Doa sangat jangan la cucuk lagi. Mujur doctor bagitahu dorang nak cuci je. 

Fuhh lega dia tu, tuhan aje yang tahu. Takut tu memang lain macam. Minggu depan ada checkup lagi dengan dental. Seminggu sekali mesti jumpa. So seminggu sekali kena turun HSI la. 

Sebelum balik doctor pakar tu sempat bagitahu report masa operate. Katanya, bahagian leher yang dioperate tu clear. Bebas dari sel sel tumor. Allahuakbar.. Syukur Alhamdulillah. Doctor bagitahu tinggal tunggu report rahang yang dibuka tu je. Doakan ye moga moga kita bebas terus dari sel-sel jahat tu. Cukup la sekali ni je Allah uji kita sebesar dugaan macam ni. 

Sebab doctor bagitahu, seandainya masih ada sel sel jahat tu maybe rawatan susulan ada kimo or yang sepatutnya la. Kita sebolehnya taknak. Kita taknak nanti badan lagi lemah. Kita masih ada tanggungjawab lain nak diselesaikan. Anak perlu dijaga. Perlu dihantar ke sekolah. Apa apa pun, Allah maha mendengarkan..


Sebelum balik dari hospital haritu, doctor siap bekalkan ni. Air ni untuk cuci bahagian dalam mulut dekat tempat yang dijait balik tu. Dia minta suami tolong cucikan sebab kita tak nampak. 
Apa apa pun, kita berharap cepatlah jahitan tu baik. Buat masa ni ada masa sakit juga bahagian dalam tu. Tapi ada gel yang dorang bekalkan untuk bubuh disitu.

19 comments

  1. Allahh. Semoga sentiasa diberi kesihat. Amen amen

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh. Walaupon seram nak pi dental tapi kita kena pergi juga buat rawatan kalau sakit. Murni ni dari tahun lepas nak pi buat scalling tp tak pi buat pon..hehehe

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan dan semoga kembali sembuh. Akak ni dah dekat 2 bulan bertangguh, memang tak minat nak ke dentist tapi memang nak kena juga pegi ni, semakin hari semakin berdenyut2 belah kana, atas dan bawah, ya Allah seramnya akak huhu
    Cara Nak Mulakan Bisnes Homestay

    ReplyDelete
  4. alamak. seram nyer bab cucuk tu, mimie!
    aida memang seram nak jumpa dentist.
    plan nak gi these few weeks. ntah la bila.
    dok tangguh jer :)
    saje je nak cek gigi. tak sakit pun. once a year jer cek up.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing your experience. I hate to visit Dental. the sound, and the scary part haha. but what to do. must visit my dentist at least once a year.

    ReplyDelete
  6. erm..seramnya baca entri ni. kena jaga kesihatan mulut elok-elok la. BBL suka pergi dental untuk cuci gigi dari plak dan check gigi.

    ReplyDelete
  7. aduhai.seramnya baca kisah sis..semoga tiada lagi sel-sel jahat tu...semoga sis cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  8. Dental memang menyeramkan. Tapi kena gak visit dentist ni sebab kalau sakit gigi memang rasa macam nak bunuh orang je kalau tak pegi check kat dentist. huhuhuh

    ReplyDelete
  9. Alamak..seram pula baca kisah mimi.. Huhu.. Waa pon penakut gak tp kes mimi ni sbbkn operate aritu kan.. Allahu.. Moga baik2 sahaja semuanya..

    ReplyDelete
  10. Get well soon. Take care of yourself.

    ReplyDelete
  11. Memang seram juga kalau buat operation. Alhamdulillah sel tumor tu dah tak ada. Actually semua org ada sel kanser but tak aktif. Semoga cepat sembuh dan jalani kehidupan dan tanggungjawab lepas ni. Aminn

    ReplyDelete
  12. uiks sakit kt bahagia mulut/gigi memang kita pun tak suka. Sabar sabar. Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  13. Semoga cepat sembuh sis. Tetiba saya pun rasa ngilu bila dengar hal berkaitan operation dlm mulut ni

    ReplyDelete
  14. masa kecik mmg takut sgt nak g dentist..pernah masa umur 7 tahun nak g cabut gigi, boleh kita lari seliling klinik. dah cucuk ubat bius dah..last sekali parents redo je balik rumah tanpa cabut gigi.. smp jedkt rumah,mak pakai tgn je terus cabut tanpa rasa sakithihihi

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah sel ttumor dahvtakde. .Baca part jahitan terbuka tu, kita pun rasa seram.. Ape2 mimi jaga diri ok. .Nad last jumpa dentist masa pregnant fariza.. Huhu

    ReplyDelete
  16. saya pun kalau berkaitan dental mmg seram..jns takut jumpa doktor...ni kalau dah setel bahagian gigi memang rasa tenang jer hidup////moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  17. Omg... memang dental is mental. I cant take the drilling sound rasa macam otak kena drill. By the way, take care and get well fast fast ok.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah awak selamat semuanya. Part gigi ni kita kena ambil seriuskan even takut gila dengan dentist, tapi hakikatnya kita jangan takut dengan sesuatu yang selamatkan kitakan. :D

    ReplyDelete