Serius, jumpa pakar dental sangat menyeramkan. Dah la last kita ni check check gigi 3tahun lepas masa pregnantkan zhareef. Tapi jumpa bahagian gigi masa pregnant ni tak seram mana.
04 Februari ada appoiment dengan Dental. Masa tu sikit pun tak nervous. Berharap sangat benang kat gigi dorang buka. Tapi pergi masa tu kena jait bahagian dalam ni. Sebab ada yang terbuka. Ya Allah.. Seramnyaaaa. Sakit lepas ubat bius habis tu usah dikata. Sampai malam nak tidur still tak hilang sakit tu. Berdenyut denyut. Semacam je rasa kat mulut. Bagaikan dilumur dengan cili api segenggam!
Minggu ni kelmarin 12 Februari jumpa doc pakar yang handle kes kita masa operation tu. Siap cakap dekat dia. Minggu ni saya taknak sakit lagi. Doc lain yang check bahagian dalam mulut kata ada terbuka sikit. Ya Allah.. Berderau darah! Doa sangat jangan la cucuk lagi. Mujur doctor bagitahu dorang nak cuci je.
Fuhh lega dia tu, tuhan aje yang tahu. Takut tu memang lain macam. Minggu depan ada checkup lagi dengan dental. Seminggu sekali mesti jumpa. So seminggu sekali kena turun HSI la.
Sebelum balik doctor pakar tu sempat bagitahu report masa operate. Katanya, bahagian leher yang dioperate tu clear. Bebas dari sel sel tumor. Allahuakbar.. Syukur Alhamdulillah. Doctor bagitahu tinggal tunggu report rahang yang dibuka tu je. Doakan ye moga moga kita bebas terus dari sel-sel jahat tu. Cukup la sekali ni je Allah uji kita sebesar dugaan macam ni.
Sebab doctor bagitahu, seandainya masih ada sel sel jahat tu maybe rawatan susulan ada kimo or yang sepatutnya la. Kita sebolehnya taknak. Kita taknak nanti badan lagi lemah. Kita masih ada tanggungjawab lain nak diselesaikan. Anak perlu dijaga. Perlu dihantar ke sekolah. Apa apa pun, Allah maha mendengarkan..
Sebelum balik dari hospital haritu, doctor siap bekalkan ni. Air ni untuk cuci bahagian dalam mulut dekat tempat yang dijait balik tu. Dia minta suami tolong cucikan sebab kita tak nampak.
Apa apa pun, kita berharap cepatlah jahitan tu baik. Buat masa ni ada masa sakit juga bahagian dalam tu. Tapi ada gel yang dorang bekalkan untuk bubuh disitu.
memang seram
ReplyDeleteAllahh. Semoga sentiasa diberi kesihat. Amen amen
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh. Walaupon seram nak pi dental tapi kita kena pergi juga buat rawatan kalau sakit. Murni ni dari tahun lepas nak pi buat scalling tp tak pi buat pon..hehehe
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan dan semoga kembali sembuh. Akak ni dah dekat 2 bulan bertangguh, memang tak minat nak ke dentist tapi memang nak kena juga pegi ni, semakin hari semakin berdenyut2 belah kana, atas dan bawah, ya Allah seramnya akak huhu
ReplyDeleteCara Nak Mulakan Bisnes Homestay
alamak. seram nyer bab cucuk tu, mimie!
ReplyDeleteaida memang seram nak jumpa dentist.
plan nak gi these few weeks. ntah la bila.
dok tangguh jer :)
saje je nak cek gigi. tak sakit pun. once a year jer cek up.
Thanks for sharing your experience. I hate to visit Dental. the sound, and the scary part haha. but what to do. must visit my dentist at least once a year.
ReplyDeleteerm..seramnya baca entri ni. kena jaga kesihatan mulut elok-elok la. BBL suka pergi dental untuk cuci gigi dari plak dan check gigi.
ReplyDeleteaduhai.seramnya baca kisah sis..semoga tiada lagi sel-sel jahat tu...semoga sis cepat sembuh ye...
ReplyDeleteDental memang menyeramkan. Tapi kena gak visit dentist ni sebab kalau sakit gigi memang rasa macam nak bunuh orang je kalau tak pegi check kat dentist. huhuhuh
ReplyDeleteAlamak..seram pula baca kisah mimi.. Huhu.. Waa pon penakut gak tp kes mimi ni sbbkn operate aritu kan.. Allahu.. Moga baik2 sahaja semuanya..
ReplyDeleteGet well soon. Take care of yourself.
ReplyDeleteMemang seram juga kalau buat operation. Alhamdulillah sel tumor tu dah tak ada. Actually semua org ada sel kanser but tak aktif. Semoga cepat sembuh dan jalani kehidupan dan tanggungjawab lepas ni. Aminn
ReplyDeleteuiks sakit kt bahagia mulut/gigi memang kita pun tak suka. Sabar sabar. Semoga cepat sembuh
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh sis. Tetiba saya pun rasa ngilu bila dengar hal berkaitan operation dlm mulut ni
ReplyDeletemasa kecik mmg takut sgt nak g dentist..pernah masa umur 7 tahun nak g cabut gigi, boleh kita lari seliling klinik. dah cucuk ubat bius dah..last sekali parents redo je balik rumah tanpa cabut gigi.. smp jedkt rumah,mak pakai tgn je terus cabut tanpa rasa sakithihihi
ReplyDeleteAlhamdulillah sel ttumor dahvtakde. .Baca part jahitan terbuka tu, kita pun rasa seram.. Ape2 mimi jaga diri ok. .Nad last jumpa dentist masa pregnant fariza.. Huhu
ReplyDeletesaya pun kalau berkaitan dental mmg seram..jns takut jumpa doktor...ni kalau dah setel bahagian gigi memang rasa tenang jer hidup////moga cepat sembuh
ReplyDeleteOmg... memang dental is mental. I cant take the drilling sound rasa macam otak kena drill. By the way, take care and get well fast fast ok.
ReplyDeleteAlhamdulillah awak selamat semuanya. Part gigi ni kita kena ambil seriuskan even takut gila dengan dentist, tapi hakikatnya kita jangan takut dengan sesuatu yang selamatkan kitakan. :D
ReplyDelete