Thursday, 14 February 2019

Bubur. Sampai Bila ~

Hai readers.. Baca tajuk siap rasa nak nyanyi pulak lagu misha omar tu haa.. Haha..
3minggu dah berlalu.. 3 minggu jugak la kena makan bubur. Tolak 3hari lepas operate minum susu ikut tiub. Huhuhu..

Masa dekat hospital dorang bagi bubur. Then lauk. Tapi kita tak boleh nak makan. Sebab masalah kita ni, kita tak boleh nak mengunyah. So lidah pun macam tak boleh nak kontrol makanan sebenarnya. Sebab ikatan benang dalam mulut tu la..

Dekat hospital walaupun "soft diet" tapi makanannya tak semua kita boleh makan.. Macam ada sekali tu, dorang bagi lauk ikan salmon kalau tak silap. Sedap. Lembut. So boleh la makan banyak masa tu. Senang nak telan. Kadang tu lauk yang tak kena. Patah hati betul nak makan. Baginya lauk ayam. Keras pulak tu. Nangis tengok lauk. Memang soft diet, tapi sebab masalah mulut kita ni yang buatkan kita jadi terhalang nak makan. Sudahnya suh ddy dorang yang habiskan. Cakap kat dia. Jangan buang makanan. Sayang.. 

Bila doctor janjikan boleh balik, Allahu.. Perasaan tu sangatlah berbunga bunga! Sampai plan nak buat bubur sekian sekian rasa. Kononnya!
Tapi kadang tu tak lalu jugak. Terbayangkan sup ayam + kentang + daun sup. My favourite. Dah buat, makan sikit je. Biasa la, sup ni bila makan dengan nasi, bubuh kicap, alamak.. Sedapnya kan..

Bila makan tak lalu, en.suami perasan.. Then dia pun bersuara.. " Sian isteri abang.. Sampai bila nak makan bubur je kan "..

Then kita jawab balik.. " Takpe la abng.. Daripada minum susu guna tiub tu, baik makan bubur dulu kan.. Redha je la. Asalkan masuk perut sikit sikit "..

Pernah juga sebenarnya give up dengan diri sendiri. Sebab lapar. Pastu tak tahu nak makan apa. Dalam masa yang sama kena "pantang makan".. Tapi cepat cepat pujuk diri.. Ada lagi orang lain yang sakit lebih teruk, tak boleh nak makan. Kena bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Agar cepat cepat rasa bersyukur.


Hari selasa baru ni checkup. Balik tu minta singgah ke Mcd. Terbayangkan bubur Mcd. Sebab kalau balik nak terus masak memang tak la kan. Dengan keadaan perut yang tentunya dah bernyanyi sakan. Kat Mersing takde Mcd. So singgah Mcd di JB la. Alhamdulillah. Dapat juga bubur Mcd.


Then hari rabu tiba-tiba datang idea. Nak masak bubur ala Mcd juga la. Kebetulan bahan pun ada kan. Kita buat je. So memang makan dengan selera la. Walaupun macam mana pun, makan bubur ni kenyangnya sekejap je. So, kena la makan berulang. Itupun kalau lalu la. Hehe.
Kita makan bubur sehari 2kali je. Lunch dan Dinner. Pagi kadang minum milo sikit. Itu pun tak lalu. Makanan sampingan lain takde. So maybe boleh kurus la kan pasni. Haha..

Resepi Asal Bubur Ala Mcd

Semalam try buat bubur ala Mcd. So kita share sekali la resepinya eh kat sini. Mana tahu ada yang nak try ke.. Ke kita sendiri terlupa. 😄😄

Isi ayam
Beras
Air 
Stok pati ayam
Halia
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit garam
Sedikit bawang goreng
Hirisan cili merah (semalam tak letak sebab takde cili)


11 comments:

  1. xperlah mimie..mkn la bubur tu. dah sihatlps ni..mkn jer apa yg mimie nak mkn..hehe

    ReplyDelete
  2. Cepat sihat mimi.. Tak apa nanti dh betul2 okay blh la melantak mcm2 nanti

    ReplyDelete
  3. Bubur ni kalau ada telur masin kicap n berlauk mmg boleh mkn berkali2 haaha..lama x mkn bubur mcd..gws mimi

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh ya :) saya pun tgh dalam fasa tak lalu makan. Lapar tapi tak lalu makan. Sedih je rasa hari hari mcm ni. Saya faham tu perasannya.

    ReplyDelete
  5. sabar ye mimi. nanti dah okay boleh makan yang sedap². pernah operate masa cabut gigi tu. nak tunggu jahitan tu tertanggal sendiri memang kena makan makanan lembut je. moga cepat sembuh mimi

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sihat sis...sedapnye bubur ayam

    ReplyDelete
  7. Xpe mimi.. Asalkan cpt sihat dan sembuh dah lega kan.. Wawa kdg2 bosan mkn sedap2 ni.. Bubur juga jd pembuka selera. Hehe

    ReplyDelete
  8. Xpe mimi. Janji awak cepat sembuh. Nampak sedap pulak bubur yang mimi buat tu. Nanti nak trylah

    ReplyDelete
  9. Kesian mimi.. Takpe asalkan alas perut tu ye.. Daripada kosong.. Lapar.. Buat sendiri letak ayam banyak ke.. Sayur ke.. Kenyang juga.. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Kalau i tak sihat biasa mak akan masak bubur ayam macam ni la, sedap juga. Its easier to eat and digest.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments