Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Pencuci Muka Simple Atasi Kulit Berminyak Dan Mengatasi Masalah Kulit Berjerawat.

Thursday 14 February 2019


Hai readers.. Harini kita nak berkongsi tentang satu masalah selepas jalani Operation haritu. Selepas operation, kita memang tak dapat nak jaga kulit muka. Sebab wayar tiub sana sini, then operation haritu kan berjahit sampai ke bibir. So nak elakkan kesan jahitan disitu terkena air, terpaksa skip skip basuh bahagian muka.

Disebabkan masalah tak dapat nak cuci muka dengan sebaiknya, muka kita mula nak jadi sesuatu. Kulit muka mula berminyak. Pelik rasanya sebab kulit muka kita bukan jenis berminyak. Rasanya hari ke-4 macam tu kita slow slow cuci muka. Guna cleanser. Tapi tak boleh nak cuci betul betul sebab masa tu tiub minum susu belum dicabut lagi. 



So disebabkan muka menjadi berminyak dan mula naik berdaki, kita cuba cuci pakai 1 jenis cleanser ni. Sebab cleanser tu je yang kita bawa ke hospital, so bila pakai muka still sama. Muka tetap berminyak. Bila dapat balik rumah, kita cuba gunakan satu cleanser baru ni. Aloe AC Clean Bubble Cleanser namanya. Try guna yang ni dengan harapan dapat atasi masalah kulit berminyak tu. 

Beberapa hari juga la mencuba gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, kulit yang berminyak tu berjaya diatasi. Punya la pening pikir kenapa muka berminyak, rupanya ada juga jalan penyelesaikannya. 



Mesti nak tahu apa kandungan yang terkandung dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser, yang boleh membantu muka jadi bersih tak berminyak tu kan? 



Haaa, nak tahu, nama nya pun Aloe kan, salah satu kandungannya ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Kita semua pun sedia maklum kan, aloe vera elok dalam mengatasi masalah kulit kan.



Sebenarnya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser bukan sahaja untuk masalah kulit berminyak, tetapi, ianya juga dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat juga. Bagaimana ianya dapat membantu? Ianya dapat membantu dengan membersih secara mendalam dan menutup lubang-lubang jerawat yang ada. 

Apa yang bestnya bila dah menggunakan Cleanser ni, kulit dah la tak berminyak, dia elok je lembap seperti biasa. Dan ianya juga tidak mengeringkan tau. So memang best guna sebab tak perlu risau dah. 





Mesti ada yang nak tahu, macam mana rupa Cleanser ni kan? Meh tengok ni. Botol ni tersedia dalam bentuk dipam tau. So bila kita pam, maka akan keluar cecair dan ianya dalam bentuk berbuih. Berbuih tapi ada air sekali. So kalau kita tak basahkan kulit muka terlebih dahulu pun takpe, sebab ianya takkan kering dimuka. Dan teksturnya ringan. 



Kebiasanya pembersih jenis gelembung boleh membersihkan kulit dengan baik, tetapi mungkin membuat kulit sangat kering selepas mencucinya. TETAPI Pembersih Bubble Clean Aloe AC ini berbeza, ia adalah pembersih kualiti yang baik, ia membilas liang kulit bersih dengan kulit kelembapan, kita pasti selepas korang bersihkan dan basuh, korang akan rasa kelembapan, tidak kering. Ia adalah pembersih yang berbuih, Melembutkan & WATERY.



Okay, dah bebel banyak ni kan, mesti ada yang nak cuba produk ni, betul tak? So macam mana nak dapatkan produk ni dengan cara paling mudah? 
Ni kita sharekan websitenya, dan korang boleh terjah situ, then boleh juga tengok apa sahaja yang mereka sharekan tentang produk tersebut.



🍁Website : 






Sebelum terlupa, harga yang ditawarkan untuk 1 botol ni ialah RM65 sahaja.
Untuk kandungan sebanyak 150ml.







22 comments

  1. memang susah nak cari cleanser yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat..Kalau dah jumpa cleanser yang sesuai mcm ni okay laa

    ReplyDelete
  2. Klay aloevera mesti best sebab dia gentle for d skin kan... Mesti lembut ja kulit lepas tu

    ReplyDelete
  3. product yang berasaskan aloe vera memang bagus. yang jenis gelembung ni macam lebih jimat kot.

    ReplyDelete
  4. Macam menarik pulak pencuci muka ni. Ye la skrg byk lambakan produk kecantikan jadi harus bijak memilih

    ReplyDelete
  5. Aloe Vera ni kadang-kadang ada orang tidak serasi. Tapi tengok botol dia pam camtu, saya pun jadi tertarik nak cuba. Nanti bleh cuba.

    ReplyDelete
  6. Wah bagus lah kandungan dalam aloe ac clean bubble cleanser ni. Tertarik pula rasa nak cuba, dah la kulit muka yang jenis berminyak

    ReplyDelete
  7. seriously, aida pernah cuba this kind of bubble cleanser dulu, mimie.
    tak payah basahkan muka.
    bcoz bubbles tu dah ada kan. just rata kan jer kat muka.
    nice. aloe vera is good utk kulit kan.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga. Pencuci muka dah nak habis dah ni. Hehe....buih pencuci sekarang pun ala ala macam ni juga. Kalau sesuai bagus la kan...

    ReplyDelete
  9. Aloe Vera memang bagus untuk soothing kan kulit. Fist time dengar brand ni. Nampak menarik. Nanti boleh la try jugak.

    ReplyDelete
  10. I pun guna brand Hansaegee ni punya cc cream. Memang berkualiti. Rasa macam nak try cleanser pulak la

    ReplyDelete
  11. menarik ni..kna cuba jgk ni..:)

    ReplyDelete
  12. Wah menarik produk ni. Saya pun gemar guna produk aloevera. Tp ni berbeza. Nanti nk beli la. Nk tgok ok x

    ReplyDelete
  13. Wah nampak macam best je. Berbuih-buih nampak dan kite mmg suke produk yang ad aloevera sebab mmg kite dh tahu kebaikan alovera kan. Boleh try nnti ni.hehehe

    ReplyDelete
  14. Wahh aloe vera bubble lah..susah nak cr yg berbubble cam ni, nampak menarik. Kalau ada aloe vera sure best ni..bolehlah sis cuba nanti

    ReplyDelete
  15. nad ada pakai aqua whitening cream dia..memng best..ni nak cubala cleanser dia..bubble kau..mesti dia bersihkan betul2 muak kita..lagipun aloevera kan

    ReplyDelete
  16. So produk ini memang baik kan. Human sahaja berkesan bahkan harganya juga berpatutan jika dibandingkan dengan produk produk yang lain. 1😁

    ReplyDelete
  17. suka sangat dengan pencuci yang ada bubble ni. sebab cuci lebih bersih dan lembut pada kulit.. harga pun berpatutan. kandungan produk pun mmg bagus ubtuk kulit kan

    ReplyDelete
  18. Bagusnya ada cleanser gini. Menyenangkan, mudah dan menyihatkan gak. Rawlins pun ada baca komen yang baik berkenaan produk ini. Perhaps dah sampai masa Rawlins kena try gak.

    ReplyDelete
  19. Saya suka la pencuci muka yang bubble ni. Baru seronok dan ada mood nak basuh muka kan. Hihi

    ReplyDelete
  20. Macam ok jer kita pun memang kulit berminyak ni hehehehe boleh lah cuba sebab nampak macam selamat dan selesa nak guna hehehhee kita selalu cuci guna produk yang biasa jer...

    ReplyDelete
  21. Bila muka ada masalah macam ni memang rimaskan mimi .Nak nak bila kulit muka berminyak .Kalau pencuci ni dah serasi why not teruskan pakai. Senang pun senang kan.

    ReplyDelete