Pengalaman Buat MRI (Magnetic Resonance Imaging)

Friday 18 January 2019

Hai readers.. Selamat Petang..

Pengalaman Buat MRI (Magnetic Resonance Imaging)


15 januari 2019
Kali kedua kena admit ward. Kali ni di JB pula. Hospital Sultan Ismail (HSI)
Sebab admit nak buat MRI. Sebab ianya lebih mendalam lagi, dan mereka nak comparekan hasil Ct Scan pada 03 Januari 2019 yang buat di Terendak tu. 

Start malam pukul 12 dah disuruh berpuasa tau. Sampailah tibanya buat MRI baru boleh nak makan minum. Pagi tu ingatkan appoiment MRI pukul 9. Tapi sampai ke sudah tak panggil pun. Menantilah sehingga ke tengahari. Tak juga panggil. Last-last pukul 3 nurse bagitahu akan buat MRI tak lama lagi. Boleh bayangkan tak, berapa jam kita berpuasa? 

So i feel happy la. Sebab nak settlekan kerja cecepat. Plannya nak balik jumpa anak anak. So bila dipanggil untuk MRI, kena turun ke tingkat 2. Kita duduk ni tingkat 8. Mujur ddy dorang ada temankan dari pagi. Hilang la boring sikit. 

Jam 3.30 petang macam tu masuk bilik untuk MRI. Perasaan tu mula biasa je. Sebab dah pernah buat ct scan kan. So rasa sama sebab pikir masuk terowong juga. Cuma nurse cakap MRI ni bunyi bising sikit la mesin dia tu. So i feel pun okay je la lagi. Sebab taknak rosakkan mood kan. 

Disebabkan nurse ada cerita, buat MRI ni dalam sejam jugak, so kita pun persiapkanlah diri. Sebab Ct Scan haritu dalam 15minit je kan. Takdan rasa pape yang pelik. Bila buat MRI tu, kita pula dalam keadaan celik dan sedar, rasa macam bosannya. Lagi pulak lama. Dorang ada bagitahu la, terowong tu rasa sempit sikit. Ingatkan masuk terowong tu, macam sama la terowong tuk MRI ngan CT Scan tu. 

Sumber : Google

Kita macam tak boleh nak imagine kan pape lagi. Tapi bila dah masuk, dalam 5-10 minit tu, rasa macam nak meronta keluar pun ada. Hati dan perasaan dah memacam dah. Pikir yang bukan bukan. Sudahnya berzikir. Zikir la apa yang terlintas. Ya Latiff. SubhanaAllah. Apa je yang boleh disebut. Okay la rasa macam terkawal sikit mula tu perasaan. 

Bila dah rasa macam lama sangat je kat dalam tu, mula nak rasa tak tentu arah balik perasaan tu. Cepat-cepat larikan fikiran. Dok pikir, macam ni ke bila kita dalam kubur. Allah. Tak tentu arah rasanya. Serba serbi tak kena. Dengan tak boleh nak bergerak. Nak menelan airliur pun ada masa masa je boleh. 

Sampai terpikir, macam mana kalau tiba tiba alat tu tersangkut kita tak dapat nak keluar? Adoiyai.. syaitan 👹 dah menghasut macam macam pikiran ni haaa.. Susah nak tenangkan pikiran balik. Sampai satu tahap dorang stopkan, kita ingat dah selesai. Sebab masa tu dah setengah jam kot dalam tu. Rupanya alat dorang pulak longgar ke apa ntah. Nak kena betulkan balik.

Huaaaaa.. 😭😭
Ingat selesai dah.. Rupanya buat balik semula kot.  Pastu dah lama lebih dari setengah jam macam tu, dorang tarik keluar dari terowong balik. Ingat dah settle. Sebab rasa macam dah sejam dah kat situ. Rupanya belum. Nak masuk ubat pula. Okay, layankan je. Siap dorang cakap sikit je lagi ye. Nak habis dah. Dia punya janji nak habis tuuuuuu.. Rasa boleh buat orang meraung tahu..

Sumber : Google

Pastu kan kita pun menanti jugak la dengan penuh kesabaran. Sampai tiba tiba hidung nak buat hal. Macam nak minta digaru la. Ehh.. Ganguan syaiton 😈 sungguh la. Dah la tangan semua tak boleh bergerak. Sampai terpikir juga. Kang tetiba nak bersin macam mana.. Aihhhhh. Memacam laaa kan..

Bila pikir balik, dah merasa ct scan tuk leher, ni MRI next katanya Ct Scan full body. Nanti kita cerita hat tu pulak ye. Semua ni atas kuasa Allah. Penuh kesabaran menanti semua ni. Kalau tanya macam mana bunyi yang dialami masa dalam terowong MRI tu, erm... Memacam bunyi ada. Bising usah dikata. Tapi kita dipakaikan alat untuk tutup telinga tu. 

Biarlah pengalaman buat MRI ni sekali ni seumur hidup je la. Orang lain sejam, kita 2jam suku dok dalam tu. Tak sangka selama tu kita berkejung badan duduk dalam terowong tu haaaa..

Hasil MRI yang kita tahu, dorang just cite sama la situation dia macam Ct Scan tu. Ada tumor, so perlu operate buang. 

Nanti kita cite pasal CT Scan Full Body pula ye. Kalau larat. 

38 comments

  1. aida x pernah kena buat mri.
    pernah tgk Izzat yg masuk dlm kebuk tu, tapi setakat kepala jer, mimie.
    sebab dia terjatuh time kecik.
    aduhai. seram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita masuk kepala juga. sebab nak.scan kat leher kan. memang rasa seram bila dah merasa buat tu. 😅

      Delete
  2. aduh. kalau kejap je dia scan dlm terowong tu mesti x de rasa x tentu arah tu kan mimi.. ni sebab lama sangat.. terkurung dalam rumah pun kita dah rasa bosan n buntu. inikan pulak tempat sempit.. tapi kan part yang hidung gatal tu teman nak tergelan pun ada.. huhuhu.. seksa jugak tahan gatal tauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. Duduk dalam terowong sempit yang tak boleh bergerak langsung sampai 2jam. Huhuhu.. Takleh bayangkan macam mana la kita boleh tahan..

      Delete
  3. I know how you feel.. i pun pernah buat MRI untuk tulang belakang i. Your tumor tu kat mane? Hope everything goes well for you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumor tu dibahagian leher sis.
      Siapa pernah merasa buat MRI, mesti rasa seram kan.

      Delete
  4. seramnya. terbayang yang bukan-bukan tu. aduhai. saya tak pernah buat ct scan atau mri. tak terbayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena buat, memang akan kata "cukuplah sekali je".. 😌

      Delete
  5. takutnya nak buat mri ni. zul dah lah suka bergerak hehehe memang kene marah lah dengan dr n nurse.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Kalau buat MRI, pastu bergerak pulak, memang kena mara.. 😅
      Sebab nanti hasil scan tu tak cantik.

      Delete
  6. Umannggg aiii... Debar jugak baca part tetiba mesin tu stop. LeYa pun tak pernah lagi MRI ni. Ct Scan tu pun tak pernah jugak. Tapi syukur alhamdulillah..segalanya selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stop sebab ada macam macam hal. Bukan sebab dah settle. 😅

      Delete
  7. pernh rasa juga pengalaman mcm ni tp thru ct scan...tp mri lg details la...mmg kita tk bole nk bergerak sbb nk dptkan result bacaan tu bg accurate..sure dlm fikiran mcm2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, btl. Sebab mri ni dia lebih details. So memang kena banyak2 bersabar dan kuatkan hati jea la bila duduk dalam tu.

      Delete
  8. Anak kita pernah kena buat MRI sbb terhantuk & muntah2 and doktor nak tgk ok tak. Tp kena bg ubat tido sbb dia baru setahun 4 bulan masa tu. Kesian sgt tgk dia masa tu mcm xtau pape huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau budak kecik selalunya memang ditidurkan. Kalau tak, mau meronta dorang.

      Delete
  9. tak pernah ada pengalaman MRI. semoga dipermudahkan urusan sis dan diberikan kesihatan yg baik Amin

    ReplyDelete
  10. kalau orang claustrophobia mmg akan rasa takut dan rasa mcm lemas kat dalam tu.. tapi diorang bagi earphone dan boleh dengar lagu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde bagi earphone pun. Dok pakaikan alat tu mcm org dok dengar lagu, apa ekk namanya, benda tu jea.tu pun still orang dengar memacam.

      Delete
  11. Ayu pernah baca pengalaman org buat mri ni satu masa dulu. Rasa insaf Sbb dia kata macam
    masuk tempat yg sempit..tapi sis mmg tabah dan kuat.. moga cpt sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sis ayu. Sempitnya tu memang xleh bergerak2 woo.. Haha.. Baring kadar statik.

      Delete
  12. Bonda dh rasa dh masuk terowong MRI ni....mmg lama...sampai mengantuk kita dibwtnya kt dlm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nak tido, tapi takut jugak. Tak tido, otak memacam pikir. Hehe

      Delete
  13. Get well soon. Hope everything goes well for you. Take care

    ReplyDelete
  14. I always had fear of getting into a MRI machine - but thank for the information! hope everything is fine with you at the moment!

    ReplyDelete
  15. Pernah gak buat MRI ni..lama sungguh dah..apa yg sis ingat masa tu buat je lah apa nak buat sb memang dah tak tertanggung sakit.
    Apa2 pun moga sembuh sepwrti sediakala semula ya

    ReplyDelete
  16. Get well soon kak mimi. Takut pulak tgok machine MRI ni. Sebab dh terpikir penyakit kronik bagai.hehhee. Thanks for sharing your experience.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta dijauhkan la tuk buat semua ni. Seremmmm. Hahha

      Delete
  17. Emi lepas warded sekali haritu, memang rasa serik dah. Nak jaga kesihatan betul2 lepas ni hehehe. Btw get well soon ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul emi. Kadang tu dah jaga elok2, tapi ujian Allah kan. Janji kita jaga diri sebaiknya.

      Delete
  18. Moga semuanya dipermudahkan ye. Tak mengapa bersusah sekarang, asalkan semakin sihat kelak. Rawlins pun pernah warded dua kali danmerasa MRI gak - tapi tak la selama tu. Bertabah ye.

    ReplyDelete
  19. Pergh macam scary je pengalaman. Buatnya macam saya yang takut dengan tempat yang sempit ni, sure dah menangis la kot.

    ReplyDelete
  20. Bukan sis je rasa sempit seperti dalam kubur tapi ramai dah pesakit yang kena buat MRI NI kata cam gitu.. Time dalam tu la kita ingat mati huuu.. takut kan.. tapi memang zaman sekarang banyak penyakit masa kini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau dah alami MRI, memang tu la yang kita akan rasai.
      Takde pikir lain kecuali pikir dalam kubur je..

      Delete
  21. Thanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. If possible, as you gain expertise, would you mind updating your blog with extra information? It is extremely helpful for me. how does medical imaging work

    ReplyDelete
  22. Kalau bhgian lutut shaja yng nk dilihat mmng kena msuk kseluruhan bdn jgk ke dlm terowong tu? Erm tkut umr bru14 tpi dh mcm ii skit😭..frtstime nk buat ni🤕...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bhgn lutut je, rasa bahagian kaki ke bawah je.
      rasa bukan keseluruhan.
      tapi xtau la pendapat pakar mcm mana kan..
      adakah nak tgk bhgn bdan yang lain..

      Delete