Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri

Monday 3 December 2018


Hai readers!
Harini mama zara nak berkongsi cerita sikit pasal produk penjagaan diri yang sememangnya dah dikenali sejak dahulu lagi. Sebut je nama dia, tup ramai orang sedia maklum mengenainya.

Dettol.

Secara umumnya, semua orang pun tahu tentang Dettol ni kan?
Bila sebut je pasal dettol, apa yang korang bayangkan?

Bersih dari kuman?
Bau yang menyegarkan?
Lebih berkeyakinan tinggi?
Lagi?

Pada mama zara ni la kan, produk dettol ni memang sentiasa ada dirumah tau. Lagi-lagi mandian tu. Sebab rasa macam lebih yakin tentang kebersihan bila menggunakannya. Kalau untuk set mandian travel pun, kami sekeluarga sememangnya menggunakan produk dettol.

Cerita pasal produk dettol ni, mama zara dah gunakan dari kecil lagi tau. Suka sangat bau sabun ketul dettol tu. Bila lepas mandi, terasa sangatlah nyaman! Sampaikan masa mengandungkan zara dulu, tak boleh bau-bauan lain. Setiap kali rasa mual, cepat-cepat cari sabun dettol. Itu je la penyelamat.

Dan untuk harini, mama zara nak share la tentang lebih mendalam lagi tentang Kebaikan Dettol ni. Jom baca.



Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri


Diperkenalkan semula untuk melindungi 1.97 juta isi rumah Malaysia daripada 100 kuman berbahaya


Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.

Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol, sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. 


Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini . Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka. 


Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga.  Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. 

Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.  Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga. 

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi. 

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

24 comments

  1. Wahhh bagusnya produk dettol yg terbaru nie. Bukan sahaja dapat melindungi kulit daripada kuman, malah terbukti berkesan utk menjaga kesihatan kulit kita. No wonder lah ramai ibu bapa memilih dettol utk melindungi anak2 mereka. Rupanya memang bagus

    ReplyDelete
  2. yes ini terbaik dari dettol. shu guna cool dgn aktif (wrna biru tua) takda bau ubat.

    shu tag sis :D https://www.shuhaidasaad.com/2018/12/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    ReplyDelete
  3. Rumah amni pakai dettol hijau cerah dan gelap tu
    Suka gile bau2 dia
    Ni nak cari body wash baru boleh cuba yg baru ni la
    Adoiii sejenis yang suka body wash wangi2!l ni hahaha

    ReplyDelete
  4. Dettol antara produk yang sangat dipercayai sejak Ana kecik lagi. Sekarang dah ada banyak pilihan. Packaging pun nampak fresh. Yang penting boleh protect daripada 100 kuman berbahaya dan pada masa yang sama memberi kelembapan dan kesegaran sepanjang hari.

    ReplyDelete
  5. wah ada lagi! Tahniah Dettol kerana menjadi jenama yang dipercayai untuk rangkaian produk yang bagus dan berkualiti. bau dia pun tak dinafikan mmg wangi! tahniah!!

    ReplyDelete
  6. I mmg suka bau dettol. Wangi dan fresh. Kalau lepas guna, mmg rasa lebih berkeyakinan heheh

    ReplyDelete
  7. Dettol jenama fav dari kecik dulu. Suka iklan die yang kalau pakai habis satu badan lain hijau konon2 melindungi2.hehehe. Tapi dettol mmg best suka bau die.Nk beli lah.hehehe

    ReplyDelete
  8. Dettol is a old brand, my family is still using it, tried this recently at my friends place, it's not drying at all.

    ReplyDelete
  9. Kita juga adalah pengguna setia produk Detol ni hehehe sebab nak kekanl segar dan sihat dilindungi. Buih pun banyak sambil mandi boleh main buih wakakakakak...

    ReplyDelete
  10. My shower cream every day. I love yang lemon too. Best very fresh smells. Tak pernah tukar produk shower lagi for many years already.

    ReplyDelete
  11. I used to use this brand when I was a teenager. not bad at all. but I think my skin is sensitive now so I can't use it anymore so sad.

    ReplyDelete
  12. Dettol ni dekat rumah nad pun pakai..tapi jenis sabun..bau pun sedap..tu husbnd yang pakai..hehee..boleh cari yang baru ni..memang sesuai untuk husbnd lagi arna biru tu..mesti bau dia sedap juga kan

    ReplyDelete
  13. Dettol mmg kami guna dekat rumah ni. Husband jenis tak boleh pakai sabun lain.. sbb dia dah biasa dr kecil pakai dettol. Kami dah beli dettol baru ni dan mmg fav suami.

    ReplyDelete
  14. Dettol ni memang dari dulu lagi merupakan jenama yg dipercayai ramai. emi sendiri pun pernah jadi pengguna dettol. sekarang dah guna brand lain, hehe

    ReplyDelete
  15. Makin cantik dah packaging Dettol yang menjadi kegemaran keluarga Rawlins dari dulu lagi. Ada satu masa tu, Rawlins memang bergantung gila pada Dettol untuk mengubati kulit Rawlins yang super sensitif

    ReplyDelete
  16. Suka dettol ni dah la wangi, bersih dan sangat berkesan pada yg ade masalah kulit

    ReplyDelete
  17. Dettel, satu lagi jenama lejen..kalau bab antibakteria, keluarga kami memang lebih percayakan Dettol ni..sabun tangan sabun mandi pun kami guna jenama ini.

    ReplyDelete
  18. Wow Dettol. Personally, dekat rumah Nad memang guna Dettol dan Lifebuoy. Sebab rasa kuman memang betul mati lah bila guna sabun mandi ni. Rasa extra bersih hahah.

    ReplyDelete
  19. Dettol memang wajib ada kat rumah. Anak lelaki, suami semua keluar peluh kaw kaw punya. Memang lepas mandi je baru bleh dekat dengan akak. Kalau takkk. Masa Satu rumah. Hahaha

    ReplyDelete
  20. Suka pakai dettol. sekarang guna yang ada gold tu.

    ReplyDelete
  21. Kita suka yg warna hijau n kuning tu. .so freshhhh.. .Suka sangat

    ReplyDelete
  22. Wah..skrg Dettol dah ada produk vary,cantik pakaging dis,kak pun dah lama guna dettol

    ReplyDelete
  23. Dettol memnag produk yang dipercayai dsri dulu lagi kan sebab keberkesanannya melindungi kulit kita dari kekotoran dan kuman. Dettol akak memang bagi anak anak pakai sebab boleh lindung diorang dari kuman.

    ReplyDelete