Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.

Monday 26 November 2018

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.


Hai readers.
Harini kita habiskan share pasal percutian kat ipoh tu eh. Bukanlah satu percutian yang mewah pun. Tapi terasa indahnya sebab dapat jumpa dengan family. Dapat jumpa semua adik beradik ipar duai dan anak sedara pertama kita. Kebetulan adik yang tentera pun dapat cuti selepas operasi. So, lengkaplah semua.
Takdir Allah kan. Sebab mula-mula kitaorang plan nak balik Ipoh bulan 10. Tertangguh dengan hal kerja sampailah ddy dorang apply cuti seminggu bulan 11 ni. 

Hari sabtu, 17 nov 2018, sehari sebelum kami semua nak gerak balik mersing, kitaorang plan nak berjalan lagi. Kebetulan elok pula cuaca cerah haritu, so boleh keluar sebelah petang. Lepas zohor, ddy dorang ajak ke Mr.Diy. Baru dibuka kat Bercham. Sebelah bank Hong Leong. Kita ni ikut je la kan. 
Walhal bukan nak membeli pun. Saja nak keluar je. Dah settle di Mr.Diy singgah pula di Tesco. Sebab nak cari barang. 


Settle di Tesco, terus menuju ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Lama betul tak ke situ. Tak tahu la dah berapa tahun. Rasa macam last pergi zara kecik lagi. Erm... Ada ke ekkk bawak zara ke situ? 🤔 Ntah la. Dah tak ingat bila lastnya ke situ.
Nak bawak pergi zoo, jauh sangat. Tak sempat dah pun. Nak bawak ke Lost World, fulus tak berapa nak masyukkk.. So bawak tengok ikan je la. Janji dorang happy kan?


Masa hari sabtu tu, ramai sangat pengunjung. Rombongan budak sekolah. Tak sure dari mana. Meriah. Ingatkan nak bawak anak-anak ke seberang sana. Tapi memikirkan ramai orang, then lambat nak menunggu turn naik bot dia tu, baik takyah la. Kita jalan-jalan sekitar tu je la. 


Kebetulan pulak hari kami pergi tu, mereka pasang air terjun. So nampak cantik la permandangan kat situ. Mungkin sebab ramai pengunjung, so itu la daya tarikan disitu pun sebenarnya. 


Kami sekadar bergambar kenangan sekitar tu je. Buat kenangan. Yela, time anak-anak masa kecik ni la kita kumpulkan kenangan sebanyak yang mungkinkan? Nanti mereka dah besar, kenangan tu je la yang paling berharga buat mereka. Then nak tunjuk dengan real binatang pada anak-anak. Kasi dorang rasa teruja. 


Kalau sesiapa nak ke sana, kalau ikut tol, kena exit tol Ipoh. Kalau susah, boleh guna Maps je. Mudah kan.. So, sesiapa yang turun Ipoh, singgah la di Gunung Lang ni. 🤗

27 comments

  1. sekali nampak air terjun tu macam cahaya matahari je..

    ReplyDelete
  2. Bila namanya family gthering, buat aktiviti ape pun, walau kat mne pun tetap jadi moment yang indah dan bermakna

    ReplyDelete
  3. best pergi dengan family.. wahh air terjun tu yang jadi penarik tempat tu 😍

    ReplyDelete
  4. Seronoknya.. ada air terjun. Berbayar ke kat sini? Eheheh.. Boleh bookmark je dulu tempat ni.. Mana lah tau,next holiday ke sini pula

    ReplyDelete
  5. Zaza tak pernah lagi jejak ipoh.. Tp bila tgk pic2 rkn2 share ttg tmpt best kt ipoh.. Rasa nk pergi je nanti bila ada peluang.. Mcm tempat ni.. Nanti lah ada rezeki ke sana..insyaallah

    ReplyDelete
  6. next month nak ke ipoh, boleh datang sini. memang cantik untuk ambil gambar.

    ReplyDelete
  7. memang seronok pergi Gunung Lang ni. tak naik bot ke? airah dah banyak kali jugak pergi nak tangkap gambar belah sana banyak port best

    ReplyDelete
  8. Zira teringin nak pergi sini tapi tak taulah bila dapat pergi. Doakan dapat sampai sini

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi jejak ke ipoh & sekitar perak..hehehe.. Cantikla air terjun tu.. Dia pasang? Air terjun buatan ke?? Mmg mmg nmpk cntik kawasan rekreasi ni.. Aman damai je.

    ReplyDelete
  10. Bestnya tgk air terjun tu..sejukkk je rasa..syok dpt mandi manda tu...dlu2 pernh p mendaki bukit..ada air terjun juga

    ReplyDelete
  11. Cantik la Gunung Lang ni. Hari tu nak pergi but hujan lebat betul time tu. Next time memang nak try datang sini. Waterfall dia cantik la.

    ReplyDelete
  12. pernah dengar juga pasal tempat ni. ada air terjun buatan yang cantik. lepas tu tasiknya mmg sesuai untuk kita bergambar

    ReplyDelete
  13. Wow cantiknya ada air terjun yang halus dan nipis kat belakang pemandanga tu hehehe seronok dapat tidur sini mesti tenang dan relax jer kan ok lah boleh pergi sini nanti satu hari...

    ReplyDelete
  14. Wah best juga Taman Rekreasi Gunung Lang ini, tak pernah jejak ke sana lagi

    ReplyDelete
  15. Nampak menarik juga taman Reakreasi Gunung Lang ni. First time dengar sebenarnya dan rasa mcm nak jejakkan kaki jugak ni

    ReplyDelete
  16. Haritu jalan2 ipoh tak dapat singgah gunung lang ni walaupun dah nampak dah signboard dia..hehee..sebba terkejar2 masa

    ReplyDelete
  17. cantinya pemandangan gunung lang ni..tak pernah sampai sini..tapi kalau lalu ipoh dan ada masa free nak ajak famili singgah la..rugi antara tempat menjadi tarikan di malaysia kit atak terokai sama hehehe

    ReplyDelete
  18. Wow...cantiknya waterfall tu, rasa nyaman, sejuk dan tenang.

    ReplyDelete
  19. Rasa macam pernah pergi. Tapi lupa la pula hahaha. Cantik tempat ni. Bawa anak-anak bg makan Ikan tu paling mereka suka. Hahaha

    ReplyDelete
  20. Menarik ni. Qiya tak pernah tau pasal gunung lang sebelum ni. Cantik view dekat waterfall tu. Boleh la singgah nanti, mana tau sambil-sambil ada kerja kat sana ke kan.

    ReplyDelete
  21. Ipoh is a nice place to travel to... I also wanna go soon.. great view! love it!

    ReplyDelete
  22. Dibandingkan pantai, saya lebih senang berkunjung ke daerah pegunungan karena alanya dan cuaca yang dingin. Rasanya sangat menikmati.

    ReplyDelete
  23. Bestnya tengok waterfall. Auni lama x pergi bercuti, tengok orang bercuti ai is jeles. Lebih lagi dekat dengan air terjun. Sebab auni suka sungai.

    ReplyDelete
  24. wahhh.. kita pernah pi sini gak dulu kan mimi? dah banyak beza dah ye.. teringin nak naik bot ke seberang tu.. ada lagi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Kita pernah ke situ. Ada lagi bot tu. Dah diupgrade dah rupa dia. Besar boat dia. Kita hritu tak dapat nak ke seberang. Sebab ramai sngt orang. Mlas nak tunggu turn.

      Delete