Spend Time At Ipoh

Wednesday 21 November 2018


Hai readers..
Harini nak tepek lagi pasal cuti balik ipoh haritu. 
Seminggu kat ipoh rasa tak puas sebenarnya. 
Sebab masa tu macam terhad je.
Then ada masa sebelah petang je mula la hujan turun. So tak dapat nak keluar berjalan.

Haritu balik ipoh hari ahad. (11.11.2.18)
Hari isnin tu kitorang keluar juga la. Berjalan je. 
Sebenarnya niat balik ke Ipoh tu sebab nak cuba berubat secara tradisional sebab sakit kalenjar tu. Yela, kena juga berubat cara kampung orang kata kan. Kita usaha mana yang boleh. Ambil air penawar. 


Hari isnin tu ingatkan nak pergi berubat. Tapi tak jadi. Tunda dulu. So, kitorang keluar berjalan ke Tesco je. Maklumlah, duduk gemas takde tesco. Duduk mersing apatah lagi. Balik ipoh dapat cuci mata kat tesco pun dah kira best dah. 😄
Jakun pulak. Then disebabkan zhareef nak naik kuda, so lepas habis beli barang, terus bagi peluang dia naik kuda mainan ni. 


Dah puas main ddy nya tanya taknak makan ke. 
Mula-mula tu macam malas je nak pergi makan. Then bila ddy dorang tanya lagi, ajom je la pergi makan. Menu haritu sizling keteow. Dah lama tak makan sizling sampai terlupa macam mana rupa sizling. Sebab asik makan keteow kungfu je selalu kan.. Tapi rasa macam nasib tak baik je haritu kami 4beranak. Sakit perut sampai membuang la citer dia. Mujur la dah dekat rumah. 


Hari selasa, rabu dan khamis pergi berubat. Berubat cara kampung. Kita pertama kali la berubat cara kampung ni. Selalu dok tengok je kan. Kali ni buat dekat diri sendiri. Kami pergi berubat sebelah pagi masa hari rabu dan khamis tu. Hari selasa pergi berubat sebelah petang. Sebelah pagi sempatlah ke Maybank. Buat Asnb Online. Yes, akhirnya settle juga. Lepas ni senang la kalau nak simpan duit ke ASB. Boleh transfer je. Tapi kalau nak transfer limit RM100 serendahnya ya. Kalau masuk dari bank ke pejabat pos ke boleh je masukkan sikit. Macam rm50 ke..

Hari rabu tu sebelum pergi berubat sempat ke rumah adik ipar. Nak jumpa anak sedara baru. Baby Farhaan. Dah sebulan baru maklong dia dapat jumpa. Nak buat macam mana. Jauh kan. Nanti kalau jumpa lagi dah besar la dia. Boleh la main dengan zhareef dah. 

Hari khamis tu ddy dia ajak keluar lagi lepas pergi berubat. Cakap kat ddy dorang. Nak tebus voucher Padini yang ada tu. Rm10 je. Tapi tetap juga bernilai kan kalau tak digunakan. Memandangkan baju budak budak ni perlu dibeli, so, ajak ddy dorang berjalan sampai ke Aeon ST18. Jauh la sikit. Tapi berbaloi la. Puas dapat berjalan. Barang tuk budak budak ni pun dapat. 
Dan dorang pun sempat la paw mainan masa masuk ke Daiso. Zhareef macam biasa. Tambahkan koleksi lori yang ada. 


Balik dari Aeon selesaikan hal yang masih belum settle. Sebab dah suntuk masa kan. 
Ddy dorang sempat ke Koperasi Tentera ada hal perlu disettle kan. 

Lepas tu balik la ke rumah. Penat juga la berjalan seharian. Esoknya ada lagi.. Nanti la kita share ye. Saja simpan kat blog memandangkan dapat balik ipoh bukan selalu. Paling tidak setahun sekali je la.
Bila balik memang padat la setiap masa keluar berjalan ataupun settle kan hal yang tertangguh. 

17 comments

  1. amboi..padat jadual balik kg dia..:)

    ReplyDelete
  2. sesekali balik kampung, memang banyaklah aktivitinya kan. best!

    ReplyDelete
  3. Sekali dah balik kampung memang menghabiskan masa semanfaatnya lah kan. Ye lah, bukan dapat balik selalu dah duduk jauh ni.

    ReplyDelete
  4. betul tu mimi sekali sekala balik kampung rasa puas ada tempat yang belum pergi masa pulak terhad kan.. Cik Ash aritu balik kampung 4 hari rasa xpuas hahahaha

    ReplyDelete
  5. Seronoknya berjalan ,lama saya tak pergi berjalan atau bercuti. Harap ada masa untuk berjalan

    ReplyDelete
  6. Akak ni kalau balik kampung dok kat rumah je aktivitinya...hahah.. ni siap berjalan-jalan.

    Lepas berubat tu cemana keadaan sekarang ?

    semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. seronok bila balik kampung..macam-macam boleh buat kan..hehee..kalau duk rumah sendiri duk dalam rumah jela..

    ReplyDelete
  8. Ewahh kemain dia balik kampung ye.. Hehe.. Tp seronok kan balik sekali sekala... Rasa la balik kg tu.. Hehehe..

    ReplyDelete
  9. Rsnya last ms kita makan domino tu kan. Dh setahun dah eh? Hihu

    ReplyDelete
  10. Harap harap my trip to Ipoh next month boleh jadi lah.

    ReplyDelete
  11. plan nak pergi ipoh jugak ni, alang2 otw nak balik kedah. Sakit kelenjar? Moga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. hehehe

    ReplyDelete
  12. Semoga mimi cepat sembuh berubat kampung tu ye.. memang perlu gak berubat secara tradisional ni.. ikhtiar org kata

    ReplyDelete
  13. Best balik kampung, lupa sekejap kerja-kerja hakiki di pejabat..
    LZ belum pernah ke Ipoh, mungkin someday..
    Apa pun LZ doakan semoga mimi cepat sembuh dan dipermudahkan urusan, aminn.

    ReplyDelete
  14. Balik kg seronok.. Tambah meriah kalau semua ada syok kan

    ReplyDelete