Tuesday, 20 November 2018

Seminggu Bercuti Di Ipoh.

Hai readers.


Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam..
Beberapa hari juga la mama zara tak update blog kan. Sebab kami sekeluarga bercuti balik Ipoh. 
11 nov. 2018 gerak balik Ipoh. Dari Mersing gerak keluar rumah dalam pukul 7.15pagi. Disebabkan ni pertama kali nak balik ke sana sejak berpindah ke Mersing, so kena set time yang betul. Sebab perjalanan jauh.

Seawal jam 5pagi lagi kita dah bangun. Nak settle kan saki baki kerja yang perlu diselesaikan. Basuh pinggan, kemas rumah dan buang sampah yang perlu. Mula tu target pukul 6lebih gerak. Tapi rasa macam tak dan je. So targetkan seawal jam 7 mesti bergerak. 


Pagi tu budak-budak tak mandi pun. Sebab mama dorang malas nak layan drama airmata. Buang masa. So tukarkan pampers je. Baju untuk mandi nanti dah standby dalam 1 bag yang lain. Nak mudahkan kerja. 

Perjalanan pagi tu smooth je. Kenderaan pun tak banyak lagi. Kami nak elak kenderaan terlalu banyak di Felda Nitar tu. Sebab kalau lewat, mesti lori pun banyak kan. Faham-faham je la macam mana. Memang tak lalu nak follow belakang lori. 

Bila sampai di Kluang pun, rasa selesa je perjalanan. Sebab awal pagi. Kenderaan tak banyak sebab kedai-kedai pun banyak yang belum beroperasi. So, suasana tu tak kelam kabut. Walaupun hari ahad adalah hari bekerja di kawasan Johor.


Part paling best bila nampak highway. Nampak tol. Rasa macam satu nikmat. Sebab bila dah masuk lebuhraya ni lain feelnya. Lagi-lagi sebab nak jalan jauh. Happy tu lain. Zara banyak kali la tanya, "nak balik rumah opah ke mama"?
Zara sememangnya excited sebab dekat rumah opah dia ada kawan. Nak jumpa budak yang mak ngasuh. Dia nak main sama-sama. 


Sepanjang perjalanan tu, rasanya berhenti pun dalam 4kali kot. Berhenti di Shell Kahang sebab nak ke toilet. Lepas tu hentian mana ntah lupa sebab ddy dorang nak ke toilet lagi. Berhenti di R&R Ayer Keroh. Sebab nak mandikan anak-anak. Then kami singgah makan sekali. Perut kosong. Hanya makan roti je bekalan dalam kereta. Lepas tu tak ingat ada berhenti lagi ke tak. Yang last berhenti di R&R Tapah. 


Masa di Tapah tu terus minta izin dari ddy dorang nak drive. Sebab penat asik duduk sebelah. Then nak tengok ragam zhareef bila mama dia drive jauh sikit. Alhamdulillah. Dipermudahkan sehingga sampai ke Ipoh, langsung dia tak meragam. Yang penting, kenyangkan perut dia siap-siap. 

Sampai ke Ipoh jam 4.36petang. Pertama kali merasa perjalanan yang jauh. Duduk gemas kalau balik ke Ipoh pun dalam 6jam perjalanan. Kali ni merasa 10jam. Memang rasa kematu montot. Lenguh pinggang semua ada. Alhamdulillah, sampai ke Ipoh hujan membasahi bumi. Satu nikmat yang paling berharga. Dalam keadaan penat, diberi nikmat cuaca yang sejuk. 

Selama seminggu macam macam program juga la dapat buat. Apa yang dibuat selama seminggu di Ipoh? Next entri la ye..

21 comments:

  1. Replies
    1. Dah selamat kembali ke sarang sendiri ciknor. 😄

      Delete
  2. Memang penatkan Kalau drive lama ni, Okey zira tunggu next entry. Selamat bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang x drive pun penat zira. Penat duduk sebelah. Pastu ngntuk nak tido je. Adoiyai..

      Delete
  3. wah.. bestnya keluar dari rumah sekali sekala kann.. idak la terpekong je.. highway best bawak sebab jalan straight.. Alhamdulillah budak2 tak meragam yea.. budak2 suka jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak. Kali ni keluar jauh sikit. Kita pn dah lama tak dtive kat highway. Memang best je rasa.
      Zhareef dia ok. Mau ngn ddy dia. Selamat la sikit. Tak macam zara dulu. Meragam wlpun dh besar.

      Delete
  4. Oh Wah! best jugar pergi ke Ipoh, I am planning a weekend trip there too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ipoh best kelly. Datang la sana. Banyak tempat boleh pergi tau.

      Delete
  5. lama tu seminggu bercuti di ipoh..sure byk tmpt dilawati and tk lupa jln2 cari mkn kn...last year akak pi ipoh..sempat la juga pi mkn tmpt2 yg dicadangkan

    ReplyDelete
  6. Bercuti betul mimi. Seminggu kan. Tapi betullah, alang² nak balik kampung, cuti lama sikit seronok. Tu pun rasa tak cukup je masa bila dah kat kampung

    ReplyDelete
  7. Road trip memang best tapi kalau terlibat kesesakan, memang menangis. Rawlins pernah travel dari Bangi ke Pulau Pinang selama 12 jam. Huhuhu.

    ReplyDelete
  8. waa bestnya bila masa cuti2 mcm tu kita keluar berjalan dgn family kan, lagi2 if jalan jauh hehe. seronokla pergi smpai ke Ipoh, tp mesti penat tu jalan jauh huhu.

    ReplyDelete
  9. Kalau dah jauh memnag kena gerak awal la. Memang kalau mandikan bebudak ni pagi2 banyak drama dibuatnya..hahaa..ah bagus mimi drive..kita ni entah bila drive

    ReplyDelete
  10. wah best jalan-jalan ke bandar ipoh...bagusnya anak semua behave..mmg kadang2 jadi org sebelah pun penat..seronok juga kalau drive hilang mengantuk

    ReplyDelete
  11. Salam Maulidur Rasul masih belum terlambat kot... Bestnya cuti panjang dan balik kampung kita lama tak balik rindu kat kampung juga hehehehehe..

    ReplyDelete
  12. Wow that's a really long trip, glad you guys enjoyed yourself, I've not tried travelling so far yet,definitely will be a challenge.

    ReplyDelete
  13. Hehe. Kalau layan drama airmata lambat pula nak gerak nya kann. Aiyo kalao 10 jam memang tak larat lah. Memang kena tukar driver. Nasib anak2 tak meragam. Kalau meragam stress pula di jalan raya. Btw, Happy Holiday!

    ReplyDelete
  14. Perjalanan jauh naik kete nie mmg kematu bontot dibuatnya. Kalau kereta selesa dan x berhimpit, gagah je. Tp kalau sempit tu, ya ampunnnnn. Wahhh siap request nk drive. Kalau sy, kalau ad drivet yg volunteer nk bawak. Mmg idakk lh nk pelawa diri utk drive. Hahaha

    ReplyDelete
  15. haha.. mimi ni memang suka drive kan dari dulu.. kalau jalan highway memang syok drive...straight je.. tak banyak kereta ke masa tu mimi? syok nya jalan2 ..

    ReplyDelete
  16. Selamat bercuti di Ipoh. Nasib jalan pun tak sesak kan.. 10jam jugak ye dari johor nak ke IPoh, rasa tak jauh sgt pun sebenarnya tapi dah lalu baru th kan..

    ReplyDelete
  17. Yupe.Driving so far is not a joke. Then again once you are used to it, it should be ok. :) I have always driven to Taiping a few times every year.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments