Roti Arab At Mersing

Thursday 1 November 2018


Roti Arab At MersingSemalam ddy zara ajak pergi Maybank. Nak aktifkan Asb Online tu. Sampai ke Mersing dah pukul 4 kot. Pastu staff kata kalau nak buat sebelum pukul 4. Ni dah lewat. So, tak dapat la nak buat. 

Lepas tu pikir balik, tak kan nak terus balik kan. Nak kuar pun dah 20-25minit, pastu nak balik. So boring la. Dah la mersing ni tak menarik. Mati kutu nak pergi mana-mana. 

Pastu ddy dorang cakap, "nak makan roti arab tak?"

So kita pun cakap la, kalau nak belanja boleh je. Hehe

Kita tak pernah lagi makan roti arab tu. Ddy nya pernah makan dengan kengkawan masa ada urusan kerja kat luar. So kali ni ddy dorang bawak la family pulak.


Sampai sana pesan 3roti arabnya. Pastu ddy zara cakap ada menu lain. Kita ni kan rabun jauh sikit. So tak nampak list menu. Masa pelayan hantar roti tanya laksa ada ke tak.
Memula kata takde. Macam hampa jap. Hehehe
Sebab teringin. Pastu tetiba katanya ada. Nak ke..


So, terus order 1. 

Nikmatnya dapat makan. Rasa dia okay laa.. Cuma dia bubuh macam potongan nenas sikit, rasa macam manis manis buah la. Kita suka kalau kuah tu macam masin sikit. Tapi boleh laaa.. Janji keinginan lepas.

Warung Roti Arab ni kecik je. Masa kita datang tu tak ramai orang sangat. Masa tengah makan tu, kejap-kejap oeang masuk. Masuk bukan sorang 2. Dengan family 5-6orang macam tu. 


Erm.. Cerita pasal roti arab ni, Rasa roti ni biasa je. Macam bau doh donut tu pun ada tau. Sebab masa dia bagi ke kitorang tu panas-panas lagi. So terbau la macam donut. Hehe.
Tapi dia tak la segebu donut. Macam liat sikit camtu. Tapi sedap. Cicah dengan kari ayam.

Next kalau nak makan, order 2pcs je la kot. Sebab roti tu pun besar. Besar menggelembung. Hehehe. Makan 1 pun kenyang. Kita kongsi dengan budak budak ni pun tak habis. Tak habis sebab kita pun pulun laksa kan. Laksa dia banyak semangkuk tu. Boleh kongsi 2 orang. 

Semua makanan murah juga la kat Warung Roti Arab tu.

1 nescafe ais
1 teh O ais
3 roti arab
1 mangkuk laksa
4 potong pisang

Total Rm11 sahaja. Ddy nya cakap roti arab tu Rm1 je. Ok. Murah laaa..

Waktu operasi : Isnin-Ahad. Tapi jumaat cuti.
Buka jam 2petang-7petang.

Next nak try apa ekk yang unik kat mersing ni?

23 comments

  1. Replies
    1. Haah ciknor. Kita ingat roti arab tu mahal. Haha

      Delete
  2. Eh murah! Ingatkan roti arab nie mahal ke tak sama harga..tapi saya lebih terliur tengok laksa tu..

    ReplyDelete
  3. waa murah2 jugak harga makanan kat kedai tu kan, and nampak dari gmbar tu pon mcm not bad jugak mcm sedap jugak ek. Dah lama jugak tak makan roti arab hehe.

    ReplyDelete
  4. kembung nyer mcm roti puri.
    kat sini roti arab nyer lain skit, mimi.
    mcm roti just dari segi rasa ade telur.
    sihat skit la kan. bagi yg elergi telur, boleh la makan.
    abah emak aida suka roti arab.
    murah la makanan nyer, mimi. kita2 ni yg ramai anak, yg murah tu la best, kan :)

    ReplyDelete
  5. Belum pernah sampai mersing. Tengok roti tu gebus kembung cantik teringin nak pi makan sana. Harga pun murah tu... Nasib laaa mersing tu jauh dari KL, kalau tak ini jam dah berdesup ke sana

    ReplyDelete
  6. wah roti arab tu nampak gebu-gebu gitu..hehehe..Murah juga harga dia..tapi jauh nor ye ke mersing..hehee..kotla nanti lalu tak salah singgah kan

    ReplyDelete
  7. Aduhai murah n sedapnya !! Tgk roti arab memalam nie terus rasa lapar.. nak nak time sejuk & hujan cicah mkn dgn kari!! Terbaik woo!!

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan roti arab. Tak sangka regenya RM1 je. Cukup murah. Tapi rasanya mungkin ikut kawasan jugalah harganya tu. Laksa pun nampak sedap, suka kalau guna laksa beras. Yng liat tu tak gemar. Hehe

    ReplyDelete
  9. Roti Arab memang terbaik emak kita selalu buat juga roti ni hehehe selalu makan dengan kuah kari terbaik. Tengok saiz ni besar mak kita buat kecik sikit hehehe nak lah balik kg makan roti ni hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Harga roti arab memang murah ke? Saya tak pernah lagi makna roti arab. Nampak macam papadom versi kembang gila dan besar

    ReplyDelete
  11. Akak tak pernah makan roti arab lagi. Nampak sedap la mimi. Murah pun murab kan rm1. Sekarang ni susah dapat harga macam tuh

    ReplyDelete
  12. Kita tak pernah lagi jalan mersing walaupun orang Johor... takpe satu hari nanti saya mesti sampai sini

    ReplyDelete
  13. murahnya harga RM1 jer? Tengah2 malam ni tengok rasa lapar la pulak..nanti kalau ke Mersing nak cari la jugak roti arab ni

    ReplyDelete
  14. Wahhhh..lama dah xmakan rotu arab..fav saya tu..kalau kt tmpt saya ni ada 1 sedap gila...tpi tu la dah lama kot xmkn

    ReplyDelete
  15. Murahnya harga makanan tu. Roti Arab tu pun nampak gebu sangat - buat teringin pula haha

    ReplyDelete
  16. Gebu betul roti arab tu eh? Harga pun boleh tahan murah. Sebab dulu masa k india pnh makan roti mcm tu juga. Tak ingt nama tpi mmg sedap. Aduh tiba2 teringin ni. hehehe

    ReplyDelete
  17. amboiii gebu betul roti arab tu. Sama macam roti puri kan ? Cuma saiznya agak sedikit besar. my family yg berlatarbelakangkan jawa-singapore, panggil gerengseng. tp org jawa tak tahu pulak gerengseng tu apa. hahahaa so tak tahu gerengseng nie perkataan dri kaum apa. anyway, cicah dengan gula merah sedap sangat !

    ReplyDelete
  18. Murahnye price for so many things, the roti arab looks really interesting will try this when I happen to pop by.

    ReplyDelete
  19. Murah harga makananya.. lama kak liez xmkn roti puri kan? tapi mmg sedap dpt cicah dgn sambal or kari..laksa tu mmg all time fav

    ReplyDelete
  20. belum pernah cuba roti yang kembang macam tu. saya ni memang peminat roti dan kari. sedapnya. ditambah pulak kalau kuah kari/gulainya pekat. hehe

    ReplyDelete