Cuti Hujung Minggu..

Sunday 4 November 2018

Hai semua..
Hari minggu ni plannya kemana? Kitorang harini duduk rehat dekat rumah je la. Malas nak keluar. 
Semalam dah keluar beli barang,kan.. So harini rehat je la. 

Walaupun hari cuti, tapi sebagai Isteri tetap kena jalankan tanggungjawab macam biasa kan. Malahan lebih lagi rasanya kot. Bila suami ada kat rumah, kena la siapkan makan tu dari breakfast ke lunch kan.. Kalau hari kerja mungkin boleh skip . Pastu gorenglah nugget je untuk budak-budak. Ye dok? Tapi hari cuti tak boleh buat camtu. Mau ddy dorang muncung karang.. Dek perut berkeroncong.. 😄

Semalam masa pergi pasar cari bahan nak masak mee goreng. Untuk makan pagi ni la. Dek kerana terliur tengok orang sini promote mee goreng, So pagi ni menggoreng mee la. Sebab pikir balik, tak buat makan berat kang, cepat lapar nak menanti waktu lunch. Tu pun salah satu sebab la.


Sebelum masak mee, kita uli tepung dulu. Buat doh untuk donut. Entah kenapa la sekarang mabuk menguli donut je. 😅
Tapi sebenarnya nak bagi tangan ni lembut. Biar biasakan diri buat kuih. Mana nak tahu kan, tetiba ada orang suruh buat, tapi tak reti, tangan keras je, tak ke haru. 


Dan paling utama sebab belajar buat selalu tu, orang kata sekali buat tak tentu menjadi kan. So buat banyak kali untuk perbaiki hasilnya la. Sebenarnya teringin jugak nak buat jual. Tapi biarlah dulu. Simpan je angan-angan tu. Janji lepas tuk makan anak dan suami okay la kan.

Then selalu kita mesti whatsApp mak kalau apa yang kita buat tu menjadi. Hehehe..
Jakun je tunjuk kat mak kan. Bukan apa, atleast mak pun happy tengok hasil tangan anak dia.
Contoh macam kita google sesuatu resepi tu kan, kita try, elok menjadi ke.. Kita share la kat mak.
Pastu kalau mak try menjadi, dia pun rasa happy la kan.


Macam harini share gambar donut, dah mak teringin nak rasa airtangan anak dia. Hihihi
Tunggu balik ipoh nanti boleh la buatkan.
Bukan susah pun. Janji ada tukang makannya, ok la kan. Nak membuat tu rasa semangat la sikit. 😄😄



Untuk lunch menu simple je la. Malas nak masak yang berat-berat. Sekadar ayam goreng kunyit dengan sambal telur hancur je. Settle. Then sambal bilis kering ddy dorang sentiasa ada stok. So tak risau sangat la. 

Korang hujung minggu buat apa je.. Jenjalan ke.. Kat mersing ni boringlah.. Bukan ada mall pun kalau nak jenjalan. Nak turun kluang ke.. Jauh. Then lebih menjadi kepada buang masa je. So bagi kita santai santai je la kat rumah. Bonding time dengan family kan.. Tu la cerita hujung minggu kami sekeluarga..



32 comments

  1. hahaha betul kak mimi, kalau ada tukang makan memang semangat kita nak masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Akk ni kalau buat sesuatu, tukang makan nak taknak je makan, mula malas nak buat. Hehe

      Delete
  2. Salam kenal Sya....
    Rajinnya lahai masak dari bekfes sampai ke dinner. Hakak jarang masak bekfes Sya... selalunya kalau cuti cuti mcm ni mmg cuti masaklah hahahaha...

    Teringin pulak nak buat donat... lama dah tak mendonat ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..
      Erm.. Kalau saya cuti masak kang, takut cik abg bukak tudung saji muncung. Haha
      Nak xnak kena rajinkan diri.. 😄

      Delete
  3. kalau duduk rumah best je kan...banyak benda boleh masak lepas tu boleh repeat makan byk kali...hahaha...nak resipi donut please...Sally tak pernah buat donut jadi

    ReplyDelete
  4. Mee goreng tu sedappp.. Tp kalau zaza suka yg ada kuah sikit.. Mmg bselera lah kalau makan

    ReplyDelete
  5. Bila cuti2 ni xde ke mana2..mereput kat rumah..mmg keje nak masak je..dah melapo je kat rumah tu kan haha.samalah kt sini pun aduiii

    ReplyDelete
  6. yer semangat nak masak, kalau ada yang makan.. elok kejadian donut tu :)

    ReplyDelete
  7. Gebunya donut tu, terliur pulak tengok. Saya pun lepas habis pantang ni terasa weekend nak belajar memasak kuih muih melayu online. Seronok jugak bila pandai buat kuih muih melayu ni

    ReplyDelete
  8. Pagi2 masak mee, sedap pastu letak telur banyak sikit. Mesti budak akan tambah2

    ReplyDelete
  9. Masyaallah kita tengok sahaja kuih donut yang gebu gebas tu terus rasa nak pergi beli cari kat kedai tepi jalan sebab susah nak cari yang gebu dan besar macam tu hehehe bestnya hujung minggu masa untuk memasak...

    ReplyDelete
  10. bagus syamimi..rajin masak..donut tu nampak sdap..nak cuba gakla buat donut..

    ReplyDelete
  11. Nak donut tu please...x tahan tgk kegebuannya

    ReplyDelete
  12. Sedap nampak donat Tu. Menjadi betul.. nak juga resepi dia..hehe.. nak tapau donat boleh? Rajin memasak yer..sedap sambal telur hancur Tu..

    ReplyDelete
  13. adoi ternanpak donut mimi tu.. terliur.. feberet teman tu..

    ReplyDelete
  14. Alamak kak terliur dibuatnya. Donut tu nampak dari jauh je dah taw gebunya mcm mana. Teringin pulak nak makan donut. Share resepi please.hehehe

    ReplyDelete
  15. dulu takut nak buat donut sebab pernah buat dan kurang jadi terus malas nak cuba lagi. kalau suruh masak lauk-lauk masih gigih dan rajin nak cuba. jadi orang perempuan memang memasak la salah satu aktiviti bila weekend kan. kecuali hari gantung kuali..

    ReplyDelete
  16. Tengok mee goreng tu twringin pulak nak makan mee goreng. Lama dh tak pekena mee goreng buatan sendiri. Nanti nak buat gak lah..:)

    ReplyDelete
  17. Hujung minggu saya suka berjalan. Tak kesah ke mana je. Dan xperlu pon utk ke tempat mahal atau pergi shopping. Asalkan dpt luangkan masa dgn kawan baik atau yg tersayang, pergi taman biasa pon dah cukup gembira dan bermakna.

    ReplyDelete
  18. Lobak siap ada design2 lagi berrambah selera nak makan

    ReplyDelete
  19. Montok n gebunya donut tue.. AM pun sampai skrg masih fail nak buat donut.. jadi kembang kempis dbuatnya.. nnti leh la mimi share camna buat donut yg gebu gebas camtu tue ye

    ReplyDelete
  20. Lia pun kalau hujung minggu ada mood rasa nak memasak je. Kalau rajin masak 2 3 lauk. Tapi kalau malas makan luar je lah. hehhe

    ReplyDelete
  21. Cuti memang lemau. Tapi kalau duk dapur OK je. Masak apa pun semua makan. Cuma bila Hari biasa tu org dlm rumah kurang makan. Sebab dah makan di ofis dan balik rumah mandi dan tido. Hehe.

    ReplyDelete
  22. I memang tak pandai buat donut ni. Makan memang terrer. kekeke..Sekarang ni memang tak berkesempatan nak masak langsung. Dulu rajin la jugak walaupun sorang je kat rumah masak je.

    ReplyDelete
  23. Allahu terliur plak tengok menu-menu syamimi ni la..hahaha rajinnya dia masak-masak tapi ye la kan..kalo kak min pun time cuti memang prefer masak..lagi puas ati

    ReplyDelete
  24. Sedapnya nampak mee goreng donut..ayam kunyit dengan sambal telur hancur tu. Kita weekend hari tu buat kari telur pecah ja

    ReplyDelete
  25. Ya Allah kak, pandainya buat donut. Seriously ingatkan beli kat kedai tadi. Nanti boleh share resepi kat sini.

    ReplyDelete
  26. Wow you're such an amzing cook, I couldn't not whip out so many different dishes, my cooking skills are pretty basic, guess I need to learn from you :)

    ReplyDelete
  27. Nampak sedap semuanya - rajinnya memasak nie semua. Bahagia suami dan anak-anak bila dapat melepak dan merasa makanan emak kan. Next time hantar sket please

    ReplyDelete
  28. You are expert in kitchen. I usually do a simple preparation as kitchen not that big. And hubby like light food.

    ReplyDelete