Apam Nasi Mudah Dan Senang

Wednesday 3 October 2018

Apam Nasi Mudah Dan Senang


Hai readers! Sebenarnya kita nak simpan resepi dekat blog ni sebab takut akan datang terlupa apa bahan yang diperlukan kalau nak buat apam nasi ni. Ni bukan resepi copy tapi tak pernah try tau. Tapi dah try dah. Dan menjadi dah pun.

Sedap apamnya. Orang kata boleh la nak jadikan minum petang. Tapi macam kita, anak-anak kurang sikit dengan apam ni. Makan sikit dah takmau. Dia macam pelik pulak, walhal sedap sangat. Rasa macam apam biasa tu juga. Cuma kali ni guna nasi. Elok la nasi yang tak habis tu, kita modified kan jadi sesuatu kan? Tak la membazir.

Untuk bahan-bahannya :
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 paket kecil mauripan/yis

Cara-caranya :
Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender.
Blend kan kasi nasi nampak hancur
Kemudian perapkan dalam 1-2jam, biarkan mauripan /yis tu bertindak.
Kemudian kukus. Antara 15-30 minit

Nanti bila nak kukus, pastikan bekas untuk isi bahan tadi tu disapu dengan minyak dulu ye. takut nanti melekat tak boleh nak keluarkan.

Siap. Selamat mencuba!



Nota : Resepi ni kita jumpa dari facebook. Dan panjangkan perkongsian disini. Terima kasih buat empunya resepi kerana berkongsi. 

11 comments

  1. sdap ni.mkn ngn kepala parut..:)

    ReplyDelete
  2. Dok kata nak buat tapi tak terbuat sbb takut takde yang nak makan..

    ReplyDelete
  3. Resepi dia ringkas je kan mimi. Nanti zaza nak try la belajar buat jugak

    ReplyDelete
  4. Sedap apam ni, mak kalau buat dua ketul zira makan tak keras

    ReplyDelete
  5. Nti boleh cuba..apam2 ni kalau buh kelapa mmg layab

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makan apam nasi.Dulu masa kecik2 ini la sarapan pagi tiap pagi opah akak buat.Rindu rasa kat dia bila tengok apam nasi ni..

    ReplyDelete
  7. Wahhh apam nasi.. Kita xpenah try buat apam nasi...tp teringin nak buat .. Kalau org2 dlu suka sgt dgn apam nasi kan

    ReplyDelete
  8. Memang mudah dan sennag nak sediakan. Jimat masa kan mimi

    ReplyDelete
  9. boleh try ni kalau ade nasi2 lebih

    ReplyDelete
  10. kreatif snagt ni gun anasi. selalu nampak jemput-jemput guna nasi..hehe..tu pun tak buat lagi..ni pulak apam nasi..ada masa nanti nak try la

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap. Bahan2 pun mudah jerkk.ok nanti nk try utk mnm ptg

    ReplyDelete