28.10.2018 | Keputusan Sample

Sunday 28 October 2018


Hai readers. Thank you sudi singgah sini. Mungkin ada yang tahu, kita ada masalah kesihatan sikit kan.. Mungkin ada yang tak perasan sebab kita jarang update. Selalu update bila balik dari hospital je kan.

Harini ada follow up checkup. Dapat result kena ambil sample 23.09.2018 haritu. Erm.. Kalau ikut result katanya tak berapa nak cantik kot. Ntah la. Macam tak berapa ingat apa yang doctor bagitahu tadi. 

Tadi checkup dengan doctor india pulak. Kali pertama doctor cina. Bulan lepas doctor melayu. Kali ni india pulak. Complete 3bangsa. Hehe

Erm.. Bila kita cakap, kalau boleh harini taknak cucuk ye. Pastu doctor buka fail tengok result. Katanya benda tu tak berapa bagus. Kena ambik sample lagi sekali. Masa tu terus rasa down. Suara dah start nak serak. Rasa nak nangis. 

Ye! Ni la kali pertama rasa macam down. Bukan down pasal sakit tu. Tapi sebab dengar nak kena cucuk. Sebab bayangkan, doctor cina cucuk, doctor melayu cucuk, dah tahu camne rasa kan. Ni doctor india. So terpikir mesti ganas cara dia kan. Tu yang tak leh nak tumpu apa doctor bagitahu pasal sakit.


Cuma yang masuk dalam kepala ni, doctor cina ada bersama dengan doctor india tadi. Dia bagitahu, kalau tak check, risau kalau benda ni boleh jadi kanser. (Allah.. Dalam hati minta dijauhkan la) Tapi masa dia cakap pasal tu, kita macam tak hirau. Sebab sebut pasal nak cucuk tu je kita dah semacam. Tu tak masuk dalam kepala hal lain dia cakap.


Then checkup kali ni, ddy dorang masuk sekali. So ddy dorang dengar la penerangan doctor. So masa doctor cakap nak cucuk, kita taknak. Pastu kita pandang la ddy dorang. Ddy dorang bagi respon cucuk je la, so, nak taknak kena gak la cucuk. Yela, risau la isteri tersayang sakit kan.

Yang rasa macam kelakar, harini rasa macam kemain keras hati taknak dicucuk, sekali doctor india tu cakap, "suami sudah bagi, saya cucuk juga harini"..

I is pasrah..


Keluar bilik doctor duduk kat ruang menunggu.


"Perasaan sangat mendebarkan"..


Seram sejuk semua ada.. Nak ngis pun iye. Then staf nurse panggil masuk 1 bilik ni. Ye, bilik mula mula cucuk nak ambik sample bulan 8 haritu.

Bila nurse dah panggil, dia suruh baring sementara nak tunggu doctor datang. Maybe dia nak settle kan pesakit yang ada dulu.

Sementara nak tunggu doctor tu, mulut ni cuba baca apa yang boleh. Selawat. Ayat kursi, apa sahaja yang boleh buat hilang rasa takut. Tapi makin sejuk tangan kita rasa. Sebab dah ada pengalaman dicucuk kan. Of couse la perasaan takut tu ada. Dah untuk harini, dah 3x kita kena ambil sample. Secara total, dah 5 jarum kena kat situ. 😭




Syukur Alhamdulillah. Harini doctor india tu tak ganas. Sekali je dia cucuk. Kita seram kalau dia godek godek jarum macam mana doctor sebelum ni buat. 😣

Dan sakit pun tak sesakit masa 2kali cucuk sebelum ni. Mungkin sebab kita sempat baca pape yang boleh sementara nak tunggu doctor tu kan. 

Dan sebenarnya benjolan tu pada kita macam dah surut. Tapi yela, doctor tak tahu sebab setiap kali kita checkup, doctor berlainan yang kita jumpa. So, dorang tak boleh nak agak kan.


Apa apa pun, didoakan moga dijauhkan la dari penyakit merbahaya. Kengkawan doakan ye. Moga moga kita dijauhkan dari penyakit "kanser" tu ye. Dijauhkan dari penyakit merbahaya.. Hope takde bersangkut paut dengan penyakit tu. 


Sebab ada kawan-kawan cite, kalenjar airliur ni boleh baik. In shaa allah.. Jika diizinkan kita balik Ipoh nanti, kita nak cuba juga perubatan islam/tradisional. Cuba ikhtiar kan..


Allah datangkan ujian.. Tentu bersebab kan. Kita terima lah dengan kelapangan hati. 



Next result / checkup : 11 november 2018

16 comments

  1. harapnya bukan lah kanser tapi bakteria lain. Jaga makan & rest bebanyak ye kak.

    ReplyDelete
  2. Allah. Take care ye awak. Semoga result awak tu result yang bukan penyakit tu. Kita doakan awak dari jauh.

    ReplyDelete
  3. Semoga sentiasa sihat. .Minta dijauhkan dari kanser atau seangkatan dengannya..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah..xde apa2 tu mimie..moga baik2 aje yer..

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan..insyallah moga dijauhkan perkara2 yg tidak baik..jika ianya berlaku jugak..jgn putus asa..itu adalah tanda Allah syg kita..kuat semangat..positif ok..

    ReplyDelete
  6. Insyaallah semoga tak ada apa2.. Semoga dijauhkan dari sebarang pyakit berbahaya amin.. Positif okayy

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh ,harap keputusan Okey

    ReplyDelete
  8. semoga diberikan kesembuhan buat Mimi.. Insyaallah.. kita berdoa dan berusaha 💕

    ReplyDelete
  9. Allahu.. Mimi akak tak tahu pun Mimi sakit. Semoga urusan Mimi dipermudahkan. Minta dijauhkan semua tuh

    ReplyDelete
  10. Semoga baik-baik sahaja mimi. Doa banyak2, kita doakan tu penyakit biasa je.. Swmoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. Hope all the best and the result will turn out good and not the worst thing that you think..
    Cheer Up Girl

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahkan urusan sis mimi. Banyakkan berdoa supaya sis lebih tenang.

    ReplyDelete
  13. Semoga dipermudahkan segala urusan mimi dan diberi kesembuhan.Aamin

    ReplyDelete
  14. Semoga cepat sembuh mimi.. tak tau nak kata apa sebab tak berada kat tempat mimi.. tspi sebab dah ikuti pkmbgn sakit mimi ni dari mula lagi.. memang risau jugak.. harap bukan kanser .. just bengkak biasa je tu

    ReplyDelete
  15. Singgah sini dari laman RRAI

    ReplyDelete
  16. moga cepat sihat ye. moga bengkak tu just kelenjar and surut cepat, insyaallah. aamiin..

    ReplyDelete