Friday, 7 September 2018

Kira Kira Produk Terbaik Dari Jepun


Sifat ingin tahu memang dimiliki oleh bayi semenjak lahir. Jadi mengapa tidak biarkan mereka melakukannya dengan penuh bergaya dan selesa. Kira Kira, jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun kini di Malaysia untuk membantu bayi anda membesar dengan bergaya sambil selesa.

Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants. Ramai pengguna Kira Kira yang berkongsi pengalaman di laman web syarikat Kira Kira bahawa bayi mereka lebih banyak bermain dan gembira. Selain daripada itu, bayi mereka lebih ceria  dan kurang meragam.

“Lampin kami sememangnya direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu, ‘Produk Berkualiti Melalui Kesederhanaan’. Dengan inovatif teknologi daripada Jepun, kami telah menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan beragin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari,” kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial – MOOCC bagi DSG Malaysia Sdn. Bhd.

Tambahnya lagi, sebagai contoh inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi anda agar sentiasa kering dan segar.

“Bagi membolehkan bayi anda tetap selasa dan bergaya, kami telah menggunakan corak lampin yang kawaii (comel) untuk si kecil anda,” katanya lagi.

Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah masanya untuk lampin perlu diganti  bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit bayi anda. Mereka juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi anda. 

Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, ibu bapa boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang terdapat dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu sahaja, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan mudah.



Selain lampin, Kira Kira juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi organik.

“Kami sebagai ibu bapa amat prihatin dan berhati-hati dalam penjagaan kulit bayi yang lembut. Produk penjagaan bayi Kira Kira mengandungi hanya bahan-bahan organik yang semulajadi dan diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang  bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya,” Patt menjelaskan.

Sebagai contoh, produk Kira Kira Top to Toe Wash berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda. Ekstrak camelia japonica menjadikan kulit bayi anda lembut dan gebu apabila disentuh. Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah.

Kira Kira Baby Lotion (380ml) yang mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusan berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat dapat melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.
Krim lampin adalah produk penjagaan kulit yang penting bagi bayi anda. Kira Kira Nappy Cream boleh didapati dalam bentuk tiub sebanyak 50 ml dan ianya amat mudah untuk disapu pada kulit bayi anda. Krim lampin ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit bayi anda daripada ruam lampin. 

Selain kualiti, ibu bapa pasti teruja untuk memilih produk Kira Kira. Mengapa? Harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar amat berpatutan walaupun ianya menggunakan bahan- bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat. Begitu juga dengan tawaran harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi, losen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding beberapa jenama lain dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama. 



Untuk penjimatan yang lebih besar, sekarang pengguna boleh membeli produk Kira Kira menerusi laman web Shopee. Anda hanya perlu melayari http://bit.ly/KiraKiraShopee , dengan setiap pembelian melebihi RM100, masukkan kod promo “KK25LAUNCH” sewaktu pembayaran untuk menikmati diskaun. *Promosi adalah sah sehingga 30 September 2018. 


Berikan si manja anda keselesaan dan penjagaan yang berkualiti ketika mereka membesar dan menerokai dunia ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan suka www.facebook.com/kirakiramalaysia.

29 comments:

  1. Nama produk unik kira-kira ingatkan nak kira produk ada berapa 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..
      Kalau salah baca ingat nak kena kira ada berapa ekk..

      Delete
  2. Cantiknya botol dia..ada kt shopee senang lah nk membeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye zaza. Dah masuk shopee.
      Sekarang kan orang suka shopping di shopee. So mudah nak membeli.

      Delete
  3. This brand is new to me but i like it because its cute.

    ReplyDelete
  4. La produk baby kah packing dia comel sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye cik ash. Tuk baby. Hihi
      Pampers tu anak kita pakai.
      Produk dia berkualiti

      Delete
  5. Dgn musim yg x menentu ni, parents mmg kena bijak memilih lampin pakai buang yg bleh bg keselesaan pd si kecil..klu x cepat ruam kulit baby nti. Ok la sbb produk ni pun ada barangan penjagaan juga

    ReplyDelete
  6. Memang produk kira kira nih baguskan Mimi sebab ia organik. Selamat untuk anak anak

    ReplyDelete
  7. comel nama dia kan, ingat disuruh kira baby..hehee..pampers dia nampak best dan menarik..

    ReplyDelete
  8. Kira Kira ni yang best nya sebab organik.. sesuai sangat untuk semua baby..

    ReplyDelete
  9. Kira Kira? Lama baru ngerti nih ternyata kira kira itu produk ya hehee....

    Klo soal urusan anak, apapun itu harus yang terbaik lah yah. Jika bagus untuk baby kita kenapa tidak? 😊

    ReplyDelete
  10. First time Ika dengar jenama ni KiRa-Kira.
    Nanti ada anak boleh la try beli lampin ni. Boleh tahan kebocoran tahpap maximum kan?

    ReplyDelete
  11. First time jugak dengar brand ni. Tapi fadzi dah apply untuk sample newborn dekat dieorang hari tu. Tengah tunggu sample dieorang sampai untuk baby baru ni

    ReplyDelete
  12. Wah syira tak pernah dengar lagi Kira Kira. Sebagai ibu, syira suka sangat barang baby. Hehe nanti nak cuba lotion dia. Senang nak beli pun dekat shopee je

    ReplyDelete
  13. First time dengar brand ni. I am sure the quality is guarantee. Banyak juga variant product dia boleh la buat hadiah.

    ReplyDelete
  14. tak pernah dengar lagi brand ni, tapi tengok macam best aje...byk dpt goodies tu hehe

    ReplyDelete
  15. Tak pernah dengar brand ni,tapi once tengok diapers dia IP dah jatuh cinta sebab cute sangat.lepas ni boleh cuba suggest dekat readers IP pulak hehehe - Ibu Pantang

    ReplyDelete
  16. Barangan organik mmg bagus klau diberi pakai pada bayi atau anak- anak kita. Selamat, even kita guna pun tanpa was was kan

    ReplyDelete
  17. Lah kita ingat kira-kira ini barang mainan kanak-kanak rupanya produk penjagaan kanak-kank hehehe nama pun unik menarik hehehehe tapi nampak macam bagus dan tengok meyakinkan....

    ReplyDelete
  18. Produk bagus dan berkualiti. Ada promo kod lagi tu. Memnag kena share benda bagus macam ni.

    ReplyDelete
  19. Comeinya nama produk ni..senang nak ingat..hehehe. Sis dah tak ada anak kecik untuk beli, nanti sis rekomen kat sesiapa yg ada baby

    ReplyDelete
  20. Tak pernah cuba lagi produk Kira-kira. Rasanya di shopping mall pun tak pernah nampak packing untuk pampers baby. Kalau ada jumpa nanti, nak cuba untuk anaklah..

    ReplyDelete
  21. Nama produk tu kira kira ya. haha. Ingatkan sedang kira kira nak beli produk dari jepun ni atau tidak. Produk jepun memang berkualiti dan dikenali ramai

    ReplyDelete
  22. First time dengar nama brand nie. Unik betul nama dia. Apalah agaknya maksud disebalik perkataan tu yer. Suka dengan slogan yg digunakan. Produk jepun mmg selalunya berkualiti walaupun nmpk sederhana

    ReplyDelete
  23. Ingatkan 'kira-kira' apa tadi. Nama produk rupanya. Design kira-kira ni comel je, minimalist

    ReplyDelete
  24. Kak suka tgk produk baby yg mcm2 design dan cantik.Visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete

Sponsor

Comments