Aiskrim Malaysia

Friday 28 September 2018

Aiskrim Malaysia

Hai readers. Siapa kat sini penggemar aiskrim?
Kalau macam kita ni, dulu dulu memang gemar la. Sekarang ni dah kurang sikit. Faktor usia maybe. Haha..
Masuk umur 30tahun terus kureng sikit dengan aiskrim ni. Maybe sebab kadang tu tak tahan gigi rasa nyilu kan. So cara mudahnya, kurangkan je la makan aiskrim.

Zara ni suka mintak aiskrim. Budak budak kan. Dia tahu aiskrim tu best. Sedap sejuk je bila dimakan. Tapi kalau setiap kali keluar minta aiskrim cornetto tu even Rm2 pun, bukan taknak beli. Sesekali boleh la. Selalu parah jugak la mama dia ni. Then lagi satu taknak bagi selalu sebab manis. Manis sangatkan. Nak nak tang hujung con tu. Ada coklat pekat kadang kat situ. Sebab tu dikatakan "sesekali" boleh. Selalu No, No, No.

So bila tak dapat nak belikan selalu, so mama dia janjikan akan buatkan aiskrim. Boleh je kalau nak buat aiskrim yang jenis berkrim tu. Tapi kang satu kerja pulak makan meleleh sana sini, dah kena kemas pulak. Eehhh, cerewet nau mama zara zhareef ni kan. Haha

Disebabkan dari itu, so mamanya gigihlah buatkab aiskrim malaysia ni. Modal pun tak banyak,kan.. Setakat ni zara ni suka makan aiskrim milo je la. Setiap kali nak makan mesti bagitahu, kongsi dengan adik. Kalau tak mama taknak buat lagi bila dah habis. Hehehe

Kena kejam sikit. Sebab nanti taknak kongsi, adik makan sendiri mulalah melekit sana sini. Sebab adik pun tak berapa pandai lagi nak handle. Ikutkan zara pun tak reti makan aiskrim macam ni. Tapi kena ajar dia supaya dia tahu ni la aiskrim yang tak lapuk dek hujan. Tak lekang dek zaman. Ehhhh.. Betul ke?

Teringat masa kecik kecik dulu. Mak buatkan aiskrim macam ni banyak. Untuk anak anak dia sebenarnya. Masa tu kita ni kepoci sikit mulut tu. Bising kat kakak jiran sebelah rumah. Bagitahu mak buat aiskrim banyak. Hahaha
Sudahnya kakak tu nak beli. Rentetan dari situ, terbisnes la aiskrim ni kat rumah. Masa tu jual RM0.10 je tau walaupun pelbagai perisa. 

Aiskrim perisa milo, nenas, barli, bandung, sirap asam boi.. Ehh macam macam la. Rindu betul suasana tu. Sekejap sekejap la orang ketuk pintu rumah nak beli aiskrim. Sampai satu tahap aiskrim takdan nak beku orang nak beli. Kadang orang borong sampai 10pcs. Nak pulak masa tu peti ais kecik je. So tak dapat nak buat sekali banyak.

Berbeza dah dengan zaman sekarang ni kan. Dah dipelbagaikan. Aiskrim choki choki je sampai Rm2 sebatang. Tak mampu pulak nak belikan tuk anak anak. Kita buat je la mana yang boleh kan..
Janji anak anak kenal aiskrim malaysia ni macam mana rupa dia. Antara rajin dengan tak je nak membuatnya. 


Aiskrim malaysia, aiskrim yang penuh dengan kenangan dari dulu hingga sekarang. 

22 comments

  1. Kalau dulu harga dia 10sen je.. Sekarang mahal ya amat.. Kalau sedap memang berbaloilah beli, kalau rasa pun hampeh, sekali jelah.. Yang pasti buat sendiri juga yang untung..

    ReplyDelete
  2. Kan, sebenarnya senang gila nak buat ais krim ni, tapi kena rajin aje. Ada budak-budak kat rumah lagi best sebab berebut-rebut.

    ReplyDelete
  3. Sampai sekarang kita masih pengfemar tegar ais krim Malaysia. Tapi kadang tu harga melampau. Mahal namateyyy
    Padahal biasa² jer setakat ais krim milo, jagung yang kosong. Huhuuu

    ReplyDelete
  4. yeah hot weather sometimes make me wanna eat ice cream. The ice cream sticks are easy to eat and so many flavours to choose from. Yeah I would choose the one with asam moi ice cream.

    ReplyDelete
  5. Inilah satu2nya eskrem yang mampu dibeli sewaktu zaman kekecik dulu. Nak beli eskrem Walls, nak kene merengek throw tantrum.. tu pun belum tentu mak belikan haha
    Cara Nak Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek Dari Rumah

    ReplyDelete
  6. Dulu pernah gak buat.. Suruh ank buah tlg jual hehe.. Tp skg tak dah sbb diorang pg ptg sek.. Mlm kdg pergi tusyen dah xsempat nak tolong zaza mbuat dan mjual..

    ReplyDelete
  7. mmg rmi suka aiskrim msia..dlu ms kecik2 mak buat jual..blk sekolah ..kwn2 dtg lepak sbb bli aiskrim msia...ada juga buat ngan adik2 tp part nk simpul tu tk brp mahir hehe

    ReplyDelete
  8. omg my favorite !!!! teringat waktu kecik2 dulu naik basikal tgh2 hari pegi beli eskrem m'sia. sbb panas sgt so mesti la nak makan aiskrim hehe

    ReplyDelete
  9. Asam boi is my pilihan. dulu masa kecik aiskrim ni 10sen je. Sekarang jangan harap la kan. Zaman berubah but still the feeling of aiskrim malaysia sgt nostalgic.

    ReplyDelete
  10. Rindunya nak aiskrim malaysia nie...tak tahu lah bila last beli... susah dah nak jumpa orang jual aiskrim nie

    ReplyDelete
  11. Alamak paling fav ni. Dulu masa kecik-kecik selalu beli kt umah orang sbb harga pun murah. Sekali mak buatkan sendiri. Excited sgt dan tak tahu aiskrim ni boleh buat sendiri. Gamaknya asyik bukak peti ais je kak.HAHAHA. Suka aiskrim milo.Adui tiba2 terbayang.hahaha

    ReplyDelete
  12. Ais krim malaysia ni kalau beli di stesen minyak, mahal juga. Kalah ais krim jenama antarabangsa. sebatang boleh rm2. Hehe

    ReplyDelete
  13. Liez pun ada gak buat utk anak2.. nak elak anak2 beli ice cream skt kedai baik buat sendiri.. pakai stevia lagi hihihi

    ReplyDelete
  14. Btul..kecik2 dlu memang suka..mai tua2 ni ngiluu btul nak mkn ice cream ni...
    Boleh tangkap urat kepala depa kata..hahahha

    ReplyDelete
  15. Lama betul tak makan ice cream malaysia ni. Dulu masa kecik pernah jual gak..mak selalu buat jagung n asam boi..perghhh sedap. Teringin pulak dah ni..nampak gaya kena buat lah nanti..hehehe

    ReplyDelete
  16. Kalau makan aiskrim Malaysia, korang gigit dari bahagian yang dipintal ke dari bawah? Hehehe. Ada macam2 cara nak makan aiskrim Malaysia kan.

    ReplyDelete
  17. Lama dah x buat ais krim malaysia. Zaman kecik dulu kita siap berniaga lagi. Teringin pula ais krim bubur kacang hehehe

    ReplyDelete
  18. Aiskrim lejen ni..dulu dulu balik skolah, panas panas makan aisrik 10sen ni memang lega gila rasa tekak..nak nak yg perasa asamboi

    ReplyDelete
  19. Ni aiskrim zaman 90 an mmg best dulu masa sekolah jual rm0.20 aje..skrg dh rm1.50 satu byk beza kan...mmg sedap buat sendiri..

    ReplyDelete
  20. sedapnya... saya buat jual... alhamdulillah.. musim panas mmg laku lah...

    ReplyDelete
  21. Aiskrim malaysia memang favorite saya juga. Best kalau buat sendiri boleh boleh mkan bnyak mana pun kat umh .Aiskrim malaysia memng legend

    ReplyDelete
  22. Bila tgk ais krim malaysia teringat masa kecik2 dulu,skrg dah mhl Tanya😊beli pun dah jarang2 sbb xsemua org jual ais krim malaysia. Visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete