Ayang Sebelum Kawen Pernah Belajar Siang Ketam Ke?

Tuesday 21 August 2018 Mersing, Johor, Malaysia


Haha.. Tengok tajuk pun mesti orang cakap, siang ketam pun tak kan tak reti. Ye dok?

Tu pertanyaan ddy zara tadi. Setelah hampir 5tahun kawen baru ddy dorang nak tanya. Yela, masak ketam pun baru 2kali kan..

Kali pertama masak pun dalam tahun ni jugak. Actually masa sebelum kawen dulu ada la tengok mak siang. Tapi tengok je la. Tak masuk dalam kepala pun. Bila nak masak buat kali pertama tu gigih tengok youtube. Maklumlah, maklumat dihujung jari kan. Hehe

Sembang dengan kak TB, katanya tengok kat Youtube je senang. Bagus jugak kan Youtube ni, banyak membantu. So bila ddy dorang tanya tadi, dengan mudah nya cakap kat dia, tengok je utube. Kan senang. Kalau tanya orang pun, mesti orang akan cakap macam tu. Google je.. Utube kan je..


Semalam ddy zara beli ketam dari kawan dia. Fresh. Kawannya hantar malam tadi. Baru lepas tangkap agaknya. So kita jadikan lauk la harini. 6 Ekor Rm15. Ya Allah manisnya isi dia. Walaupun dalam gred C kot, tapi okay la makan berdua. Budak budak bukan makan sangat pun. 

Next time boleh repeat size besar sikit. Baru syok layan makan kan? Hehehe

6 comments

  1. omaigad sha takpandai hahahha nak kena tgok youtube gak la

    ReplyDelete
  2. Murahnya 6 ekor rm15, bertuah ada kwn jual ketam.

    ReplyDelete
  3. 6 ekor makan berdua, memang puas :D

    ReplyDelete
  4. singgah sini :D dah lama follow akk...

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Uihh sedapnya ketam. Agak lama jugak lah zaza xmakan ketam ni

    ReplyDelete