Friday, 1 June 2018

Cooking With Love - Puasa ke 16


Cooking With Love - Puasa ke 16 | Sekejap je dah 2 minggu berpuasa kan. Tahun ni dugaan sikit time puasa. Ddy dorang kena kursus balik. So kawan bersahur dan berbuka takde la. Bila geng makan takde, agak blur juga la apa nak dimasak. Sebab tukang makan takde kan. Nak harapkan kita ni, makan ala kadar je pun. 

Untuk menu berpuasa harini, sebenarnya niat untuk makan berbuka nak buat cucur udang je. Buat rangup rangup. Tapi tak kesampaian. Pakcik yang jual ikan tak datang pula. So pikir punya pikir, kita buat roti jala je la. Sebab memang teringin pun. 


Ikutkan nak makan roti jala tu dengan kuah kari daging. Tapi stok daging takde dekat rumah. So jadinya kari ayam je la. Potong ayam kecik kecik macam mak selalu buat. Rasa best sikit bila makan tu. 

Sebenarnya makan tak la semegah mana. Janji ada benda nak makan kan. Next tak tahu apa nak masak. Dengan bahan dah terhad. Hehe..
Saya ni senang je. Kadang dalam kem ni ada je yang cod jualan. Tak kisah la yang frozen ke apa. Kalau yang frozen, harga ok, rasa okay, beli lebih terus. Senang. Biasanya kalau beli pun samosa frozen. Sebab dah tahu rasa dia memang sedap. 

Okay la, untuk harini saya share sekali la resepi untuk menu ni ye. 


Bahan bancuhan tepung roti jala :-

- tepung (agak-agak la ye nak banyak mana)
- sedikit santan
- sedikit garam
- sedikit kunyit
- sedikit planta
- sedikit air untuk membancuh (jangan terlalu pekat / cair)
- sebiji telur


Dah selesai bancuh tu, nanti boleh blend la ye. nak bagi tepung tu supaya tak berketul-ketul. Kalau berketul karang, susah pula tepung tu nak keluar kat acuan yang berlubang tu. Senang je kan. 


Untuk resepi kuah kari :

- bawang merah
- bawang putih
- halia
- kayu manis
- bunga cengkih
- buah pelaga
- bunga lawang
- daun kari (kalau ada la)

Ditumiskan terlebih dahulu sehingga naik bau atau sedikit garing.

- rempah kari

Masukkan rempah kari then kacau rata. Nak bancuh siap dengan air boleh. Atau air masuk kemudian pun boleh. Saya masukkan air kemudian. 

- masukkan air. Agak agak bersesuaian untuk dijadikan kuah ye.

- ayam
- ubi kentang

Dan masukkan air, bolehlah masukkan ayam dan kentang. Biarkan dia mendidih sekejap.

- santan

Agak agak je letak santan tu. Tak perlu terlalu banyak. 

- garam

Jangan lupa perasakan dengan garam. Kan senang je. 


15 comments:

  1. ya rabbi roti jala.. i is nak nangeh tengok sebab tak dapat2 lagi posa ni. ritu adela posa kedua kot pi bazar beli tapi hampa.. hampaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..
      Kalau tak jumpa, kena menjala sendiri la gitu.

      Delete
  2. Bestnya tengok resepi. Zaza nak kena belajar la buat nanti.. Bahan2 nak buat pun senang.. Cuma daun kari lah susah nak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita masak kari pun tak bubuh daun kari zaza. Pokok kari kat rumah dah mati. Haha
      Meh la buat. Senang je.

      Delete
  3. Cik Ash kalau buat kari ayam roti jala memang x tinggal mesti buat hihihi. . Cara masak lebih kurang sama jer kita mimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je nak buat kan. Cuma kadang tu malas je. Kikiki

      Delete
  4. kami kan dah byk kali buat cucur udang..ntah kenapa puasa kali ni nak cucur udang je..haha sedap dimkn ngan kuah kacang..pas2 sama juga..byk kali buat roti jala..tp mkn ngan kari ayam..menu simple2 ni senang nak buat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita baru sekali je buat cucur udang. Tengok esok mcm mna. Teringin bebeno. Hihi

      Delete
  5. Sama pulak menu kita minggu ni..Roti jala jugak..resepi je lain sikit.Tak letak santan dan planta. lain kali akak boleh try macam resepi mimi ni la..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la try kak. Saling bertukar menu nak buat kn. Hehe

      Delete
  6. Sedap! I like to eat roti jala with kari or with kaya also, be it sweet or savoury is nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti jala memang sedap kelly. Lagi lagi kalau jarang sangat dapat nikmati. Memang banyak blh mkn. Hehehe

      Delete
  7. Rajinnya Sya Mimie menjala kan, sedap sangat makan dengan kari atau kuah durian :)

    ReplyDelete
  8. weekend ni maybe aida menjala.
    mak abah nak dtg umah berbuka.
    pastinya dipasangkan dgn kari ayam kan.
    marbeles lah...

    ReplyDelete

Sponsor

Comments