Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka

Tuesday 5 June 2018




Buih Mandian DASHING 2 in 1, Muka & Badan Sebagai Pelengkap Mandian Si Jejaka | 
Zaman Sekarang kaum lelaki juga perlu menjaga penampilan diri kan. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja. Penjagaan diri sememangnya penting sebab ia melambangkan identiti seseorang tu. Untuk hari ini, saya nak berkongsi la sedikit tentang info terbaru produk terbaru Dashing. 

Haaaa, jangan ingat budak budak je ada mandian 2in1 ni tau. Ala-ala head to toe gitu. Untuk produk Dashing ni, dikeluarkan produk Face & Body Wash. Haaa, tak ke senang macam tu. Sambil mandi tu boleh cuci muka sekali. Senang kan?

Tak perlu nak pening kepala nak beli produk mandian yang mana, untuk muka yang mana. Sebab dah disediakan dalam 1 pakej yang sangat memudahkan. 


Jom baca sedikit info mengenai produk ni. 

Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!

Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.


DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   

 Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.


Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.  







14 comments

  1. memudahkan dan menjimatkan bila 2 in 1 ni...

    ReplyDelete
  2. lah baru tau dashing pun ade gel mandian jugak ye..sekali muka n badan lagi senang n jimat tu

    ReplyDelete
  3. Muka ngn bdn sekali.. mudah tu.. laki kan suka ringkas2.. 1 sabun je boleh semua

    ReplyDelete
  4. Senang ada sabun muka dan badan sekaligus.. Mcm zaza pun ada satu sabun muka tp blh guna untuk badan sekali..botol dia pun lawoo.. Buat hantaran pun cantik gak ni

    ReplyDelete
  5. Botol packaging dia sgt sesuai dengan lelaki maskulin..nampak kacak betul..harap2 pas ni iols beli dashing ni tuk suami..suami pun bertambah kacak hihi

    ReplyDelete
  6. Saya suka kalau yg lelaki ni pakai dashing sebb laki ni kuat peluh jadi sesuai sangat

    ReplyDelete
  7. Orang lelaki suka produk jenis ni sebab satu untuk muka dan badan.. senang nak bawa travel juga..

    ReplyDelete
  8. Senang macam ni .sekali cuci gosok je dari muka sampai ke badan.Orang lelaki kan tak suka renyah2 banyak barang macam pompuan..kan?

    ReplyDelete
  9. Eah ada muka skli ea? Ingtkn utk bdn je.. Tp oklh sng sbb 2 in 1 benda ni.. Skrg wajah dashing dh baru.. Husband wawa pakai juga dashing ni.

    ReplyDelete
  10. Senang dah suami nak pakai lepas nih. 2 in 1 ..muka boleh badan pun boleh kan. Bagus dashing keluarkan produk macam nih

    ReplyDelete
  11. Ini memang best untuk lelaki, satu product for face and body. They don't like to use too many products

    ReplyDelete
  12. menarik ni.
    ringkas utk lelaki.
    diorang memang ringkas 24 jam :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
  13. Terbaek.. mesti wangi ni.. :)

    ReplyDelete