Dimana Keikhlasan & Keberkatan Dalam Berniaga?

Thursday 12 April 2018

Selamat Tengahari. Orang kata bila kita nak berniaga, jangan terlalu mengejar keuntungan semata-mata untuk cepat jadi kaya. Tapi biarlah seiring dengan kejujuran juga kan?

Kisah semalam.
Bawa zara pergi check up. Bila dah nampak orang niaga, memang dia stoplah. Kalau bab makan anak saya tak berkira. Kecuali la minta coklat harga Rm50 seketul ke, memang berkira la kan. 

Nak jadikan cerita, zara nak beli kuih serimuka. Kuih favourite dia. Saya pula ternampak kuih karipap. Nampak sedap je. So beli la RM2 iaitu 5biji. 3biji ambil karipap inti kentang. Lagi 2 ambil inti sardin. Balik rumah baru saya makan. Sekali rasa kecewa sangat. Sejujurnya. Kecewa!!



Rasanya karipap ni tak layak panggil karipap inti sardin. Mungkin boleh panggil, karipap inti angin. 
Kalau la ddy dorang yang beli, memang kena dah kot. Tapi sebab saya yang beli, tak tahu nak cakap macam mana.



Kedekut! Berkira! Nak kaya cepat!

Itu kesimpulan yang boleh saya rumuskan. Kalau setakat bubuh bawang dan sardin yang tak berapa nampak sardinnya tu, lebih baik takyah jual. 

Kalau nak buat kuih, buat la betul betul. Jangan main 'tangkap muat' je. Kalau tak reti buat, baik jangan buat. Buat mara orang je. 

Sebelum ni banyak kali terkena  'karipap boleh goncang'. Maksudnya inti kentang tu kalau digoncang boleh dengar. Kalau saya la, tak sampai hati nak jual. Malu. Lagi lagi kalau orang tahu siapa si pembuatnya.

Sebelum ni saya buat juga kuih popia untuk jual secara frozen. Alhamdulillah, kawan suka. Siap kata inti padat lagi. Rasa pun tak lari. Memang saya cuba jaga kualiti makanan. 




Kepuasan orang yang membeli & makan, kepuasan bersama juga kan? 

15 comments

  1. Replies
    1. Sardin cap apa yang murah ciknor? Kat keda RM2 ada ke? Haha

      Delete
  2. Benda makan mmg jangan dibuat main..sebabnya manusia takkan pernah berkira kalau bab makan, tapi jangan la kena tipu mcm ni..mau 7 keturunan org menyumpah tukang buat + tukang jual kuih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sally. Bukan minta banyak pun. Tapi kalau inti sardin, tapi ada bawang, trus nak buat pembeli membawang. Hehe

      Delete
  3. Pernah gak terkena gitu kadang2, kadang nak marah gak org meniaga buat gitu.. last sekali buat sendiri baru puas hati makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang nak buat tak sempat. Kadang teringin nak makan air tangan orang lain kan. Tapi tu la, penjual tak paham.

      Delete
  4. Selalu yg inti angin karipap king Kong, nampak besar tp inti macam takde. Beza sangat mak saya buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, mak kita ni dulu niaga juga. Tapi tak la buat macam ni.

      Delete
  5. Dulu2 biasa inti hmpir penuh kan.. Tapi karipap mmg zaza jenis buang inti.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa.. kenapa makan buang intinya zaza. 😅😅

      Delete
  6. selalu kena mcnie juga,hhmm..ntah laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Mana mana tempat orang jual mesti karipap angin je

      Delete
  7. Sekarang ni mmg patern karipap angin. Kalau nak beli mmg beli dari tempat yg biasa beli atau frozen punya. Confirm inti penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frozen ok lagi. Tengoklah harga nya pun kn. Mahal sikit. Tapi berbaloi makan

      Delete
  8. Tak semua orang jujur dlm meniaga..

    ReplyDelete